Tuesday, December 18, 2012

Manusia dan perhatian


Manusia ini selalu mengharapkan perhatian manusia.

Jangan tipu diri sendiri.


Kita akan buat apa-apa yang kita mampu untuk dapat perhatian manusia. Baik atau buruk, kita akan lakukan juga. Dengan perhatian, kita akan rasa dihargai, diperhati, kita punyai nilai.

Kita sebenarnya bukan nak perhatian, kita hanya nak kasih sayang. Orang yang dah cukup kasih sayang, jarang-jarang inginkan perhatian.

Disekolah dahulu, orang yang suka curi perhatian ini orang kata suka 'mencapub', mencari publisiti.

...

Aku nak balik Malaysia ini nak top-up kasih sayang daripada keluarga, selain daripada Tuhan dan Rasul.

Jom buru perhatian Tuhan jom!

Sunday, December 9, 2012

Pesanan seorang mama.



" Duit cukup tak? mama tahu kalau jadi ketua ni selalu kena sacrifice lebih. Dulu masa mama jadi ketua kelas, selalu 'terpaksa' dahulukan duit kalau ada apa-apa, hadiah hari guru ke apa. Lastly, bila nak minta semua balik bayar. Bukan main liat lagi. You jangan buat macam tu ok? "



Mak aku bukan seperti mak-mak kalian. Barangkali seorang doktor, seorang yang berpendidikan tinggi, belajar oversea jauh-jauh.

Mak aku orang biasa. Berasal daripada keluarga yang bukan orang senang. Mak aku ada bukak gerai jual sweetcorn dekat tepi kolam renang. Setiap hari ulang-alik sorang-sorang update stok baru sambil ayah kerja dekat KL dan anak-anak sibuk belajar.

Tapi nasihat beliau, tak pernah yang membosankan bagi aku. Ingatkan aku tentang Tuhan macam beliau yang sekolah agama. Walhal dulu sekolah convent sahaja. Hidupnya dipelajari dengan pengalaman. kehidupannya sendiri, seremeh-remeh perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Aku tak perlu kan mak seorang doktor/aktivis dakwah yang berjaya untuk aku bangga.

Cukuplah sekadar seorang ibu yang menjual jagung, tapi tak pernah lekang dan lupa tanggungjawabnya penuh terhadap anak-anaknya.

Aku rasa sangat-sangat bersyukur dan beruntung beribukan mak aku ini.

I love you mama.

Saturday, December 8, 2012

der Zahnarzt



7 orang melayu di dalam group 5 ini bakal menggegarkan Tanah Melayu suatu hari nanti atas kapasiti seorang doktor gigi yang luar biasa.

Furqon, Azam, Aini, Kak Syidah, Kent, Pali, Saya.


Hirup nafas baru. Der Zahnarzt itu maksudnya 'The Dentist' dalam bahasa jerman.

Hati ini berbolak-balik.


Pernahkah anda merasakan hati ini rasa berbolak balik tidak tentu fasal?

Semalam semangatnya rasa begitu tinggi, jihadnya begitu jitu.
Namun hari ini terasa sungguh futur, seolah-olah tidak pernah datang semangat yang semalam.


...


Sibukkan diri dengan kebaikan, jangan diberi peluang pada kejahatan. Lama-lama hilang sensitiviti diri itu.

Tangisan menggugut diri, kerna gagal melaksanakan dengan baik, apa yang selalu diperkatakan.

Ya Allah, ampunkan aku.



Selamat hari jadi.


Thursday, October 4, 2012

Hidup ini kena pandai gamble.



Pengalaman hari ini buat bertambah semangat lagi untuk 'gamble' sahaja dalam hidup ini.

Kadangkala kita hidup terlalu takut dengan kesalahan, yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa manfaat kepada kita, malahan kerugian yang nyata.

Dr Ziad hari ini banyak marah aku dalam lab. Tetapi aku tabahkan diri untuk menghadap beliau dengan pertanyaan, cuba melapangkan dada bersangka baik dengan guru yang kelihatan bengis sentiasa.

Apabila dimarah, aku cuba mencari nilai keilmuan yang aku boleh pelajari dalam diam.

Aku memaksa diri untuk berinteraksi dengan beliau, walaupun dibalas dengan muka yang tawar senyuman. Kalau nak ikutkan hati yang keras ini, memang biaq pi lah doktor tu.

Cuma bila teringat dengan azam  baru aku untuk buat 'relationship' yang baik dengan guru, bagi mendapat keberkatan ilmu. Aku paksa segalanya.

Aku masih cuba menganalisis karakter, insan unik seperti Dr Ziad ini.

Segarang-garang beliau, beliau juga yang tolong aku ambil first impression untuk both arches bagi patient aku.


Dekat dunia ini, banyak benda yang kita nampak buruk, ada nilai positifnya jika kita selidik.


Moga terus tabah. Terima kasih Abu Muhammad sebab sudi datang, memudahkan tugasanku sebagai pelajar dentist tahun 4.

Friday, August 3, 2012

Cuti yang panjang.


Kita akan rasa rindu dengan orang yang kita betul-betul sayang.

Kalau kita tak rasa rindu, maksudnya ada something wrong lah tu dengan 'sayang' kita tu.



Cuti kali ini akan jadi sia-sia jika kita tidak merancangnya dengan baik. Kalau kamu balik Malaysia pun, tapi tiada perancangan yang rapi, kerugian itu tetap akan menanti.


Rancanglah cuti kamu dengan sesuatu yang baik. Seperti sesuatu yang dapat meningkat produktiviti diri, sesuatu yang mampu memberi manfaat pada diri dan masyarakat setempat, sesuatu yang tidak menggugat iman, dalam erti kata lain sesuatu yang menyuburkan keimanan.




Kehilangan melahirkan kesunyian. Tidak mahu hilang Allah? tinggalkan larangan-Nya.
Maka akan tertanggallah kesunyian serta-merta.

Dengan mengingati Allah, hati akan tenang.




Semoga cuti kali ini penuh terancang.

Saturday, May 19, 2012

Orang melayu dan masyarakat arab.




Menjadi warga asing di sesuatu tempat merupakan satu perkara yang mencabar kalau nak diikutkan.  Sekarang, saya menjadi orang asing bagi orang tempatan Jordan memandangkan saya merupakan warga Malaysia. Lain Negara, lain budayanya. Perbezaan budaya  sedikit sebanyak membawa  masalah kepada sesetengah pihak  yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. Di Jordan, walaupun realitinya budaya di sini jauh berbeza dengan budaya orang melayu, namun dek persamaan agama, iaitu Islam, serba sedikit ia membantu orang  Malaysia untuk menyesuaikan diri di bumi anbiya ini.

Saya masih ingat lagi sewaktu kali pertama saya berjalan di Syari’ Jamiah. Sewaktu saya melintasi sekumpulan kanak kanak kecil yang sedang bermain sesama mereka, kehadiran saya di sambut dengan panggilan  “sinni, sinni, sinni”  oleh mereka. Sinni itu bermaksud Orang CIna. Kalau nak ikutkan, memang pelik lah juga. Sepet sangat ke mata saya ni sampaikan mereka panggil saya orang cina. Sewaktu itu juga, saya hanya mampu senyum dalam kepelikan. Nak cakap lebih pun tak reti. Sanfur la katakan. Salah cakap kan lain pulanya jadi.

Selepas pulang dari Syari’ jamiah, saya bertemu dengan salah seorang senior yang sudah agak lama duduk di Irbid. Saya cuba menanyakan tentang apa yang berlaku sebentar tadi di Syari Jamiah. Menurut beliau,
“kau jangan layankan sangat dengan budak budak tu. Dekat sini orang cina terkenal dengan pelacuran.”
(yang ni saya tak pasti sahih ke tak. Kena check betul betul)

Hancur luluh hati aku. Mana tak nya. Saya fikirkan budak budak dekat syari jamiah ni baik sungguh sampai sudi tegur saya dekat syari jamiah. Tetapi apabila dengar  statement ini keluar daripada mulut senior, saya  terus naik angin. Dalam hati saya terus tekad,
“tak boleh jadi ni. Aku kena tunjuk ajar budak budak arab ni. Ni yang aku kena belajar ayat ayat nak maki depa ni. Sat gi baru depa tahu nak respek aku sikit. Cisss”
Hakikatnya panjang lagi ayat saya. Tapi tidak mengapa. Saya hanya mampu pendekkan sekadar nak tunjukkan point nya.

Saya masih dapat rasakan lagi kegeraman sewaktu itu. Dan saya percaya kebanyakan orang melayu dekat Jordan ini memiliki perasaan yang sama. Terutamanya bagi mereka yang baru sampai.
Kan?

.......

Saya percaya, rata rata orang kalau ditanya mengenai orang arab punya sikap. Pasti ramai yang akan kritik. Entah apa apa la. Tak educated la. Kolot la. Paling kurang pun kita akan cakap. Standard orang arab la.
Kalau nak dikumpulkan satu persatu point ketidakpuashatian orang melayu dekat orang arab. Memang banyak juga la isu yang boleh kita ketengahkan. Kalau tak, macam mana boleh jadi antara bangsa kontroversi dekat dunia ini bukan?

Boleh dianggap mentaliti orang melayu daripada first year sampai tahun akhir. Puratanya  perasaan geram dekat orang arab tu memang ada. Semakin naik tahun, semakin membuak pun ada.
Itu realitinya.

...............

Ini realitinya juga.
Sedar tak sedar sebenarnya kita sudah dipengaruhi oleh mentaliti yang kurang sihat. Saya pun tak pasti sejak bila mentaliti ini wujud namun, sesetengah orang menganggapkannya sebagai satu yang sihat. Tetapi hakikatnya, mentaliti ini sangat tidak sihat.
Mentaliti apa ya?
Mentaliti mengerami orang arab.
Dalam erti kata lain, sikap tidak puas hati dengan orang arab. Apa yang orang arab buat tu salah. Apa yang orang arab buat ni salah. Semuanya salah. Padahal kadang kadang sedikit je kesilapan mereka. Tapi oleh sebab mentality kita terubah tanpa kita sedari. Ini lah jadinya.
Tak mustahil kalau saya katakana, isu ‘dipanggil sinni’ tu pun boleh jadi punca utama seseorang itu untuk mengubah mentalitinya untuk membenci orang arab.

Bila ditanya kenapa tidak bergaul dengan orang arab, pasti ramai yang akan jawab.
“orang arab serabut”
Okay. Fine.
Bila ditanya kenapa tergagap bila bertutur dalam bahasa arab?
“......”
Tiada jawapan yang diberi. Diam seribu kata. Sambil buat kerja lain dengan niat untuk tukar topic.

..............


Saya suka bercakap tentang reality.
Realiti nya orang Melayu sendiri tidak mengenali bangsa arab itu sendiri. Tanpa kita mengenali kita sudah berani maki maki sama mereka. Sedangkan, orang tua kata,
 “tak kenal maka tak cinta”
Kalau sekadar kenal nama dan takhasus, baik tak payah. Itu budak kecil pun boleh buat. Kalau setakat itu sahaja yang kita mampu untuk tahu tentang mereka. Sebenarnya kita tak layak nak mengutuk serta membenci mereka sesuka hati.
Walaupun kadangkala kita rasa orang arab itu serabut, tapi kenapa kita sendiri meletakkan boundary untuk tidak mengenali mereka disebabkan keserabutan mereka?
Kenapa? Takut diri sendiri pun jadi serabut.
Alasan!

............

Berbicara mengenai isu bahasa arab.
Kalau nak ikutkan, antara punca orang melayu dekat sini kurang mahir bertutur dalam bahasa arab ialah orang melayu gagal bergaul dengan orang arab secara menyeluruh.
Berbalik mengenai  isu ‘orang arab serabut’, kebanyakan orang menggunakan alasan ini untuk tidak bergaul dengan orang arab.
Katanya, orang melayu tak serabut. Betul ke?
Kita perlu rasa segan kalau 2 3 tahun duduk dekat Jordan ni, tapi masih tergagap cakap dalam bahasa arab.
Tak kisahlah pelajar Yarmuk mahupun pelajar JUST.

.............

Realitinya semua masalah diatas berkesinambungan antara satu sama lain. Mari kita revise balik sama sama.

Kenapa orang melayu tak mahir bercakap dalam bahasa arab?
“Sebab kita tak bergaul dengan orang arab”

Kenapa kita tak bergaul dengan orang arab?
“Sebab orang arab serabut”

Kenapa kita cakap orang arab serabut?
“Sebab mereka memang nampak serabut”.

Anda faham ke tidak sikap orang arab?
“Faham”

Nampak dengan faham sama ke?
“Tak”

Kalau anda faham sudah tentu anda sudah menyelami budaya mereka bukan?
“........”

 macam mana anda nak selami budaya mereka sedangkan anda cakap bahasa arab pun berterabur?
“...............”

...............

Pendek kata,
Don’t judge a book by its cover.
Mentality kebanyakan masyarakat permai terhadap orang arab kini ialah terlalu cepat menghukum orang arab tanpa mengenali mereka. Terlalu mudah mencari kesalahan orang lain berbanding kesilapan diri sendiri.
Macam bangsa kita sudah cukup bagus sahaja?

Jadi, bagi sesiapa yang masih geram dengan orang arab tu, sama sama la kita lepaskan kegeraman tu pergi.
takda faedahnya kalau kita simpan. buat sakit jiwa sahaja.

mulai daripada sekarang, mari kita sama sama ikhlaskan niat untuk berusaha menyelami dan memahami budaya orang arab. Rugi sungguh kalau 4 5 6 tahun duduk dekat Negara Arab. Tetapi masih gagal mengenali budaya orang arab yang sebenar.

Macam mana nak mengenali mereka?
Belajarlah  bahasa arab.
Belajarlah bahasa arab.
Belajarlah bahasa arab.

Jangan malu jangan segan. Sebabnya orang malu selalunya rugi.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Minta maaf atas segala kekurangan. Hanya sekadar berkongsi pendapat. Sebarang bantahan mahupun kritikan boleh lah dikongsi bersama.
Wasalam.
 Bersama Malik Momani, sahabat urduni yang banyak
membuktikan saya yang  bahawa tidak semua arab yang tidak baik.

Wan Muhammad Najib Mohd Daud
Tahun 2 Pergigian, JUST.


p/s: nota ini ditulis sewaktu saya tahun 2. sumber asal di sini

Rawak Peperiksaan.


1.  Mood examination tidak menganggu saya untuk melakukan auxillary tasks yang sepatutnya saya abaikan demi fokus untuk imtihan.

2. Begitu banyak perkara yang bermain dalam kepala, yang ingin dilaksanakan sepanjang cuti ini bagi mengisi ruang-ruang dada yang dahagakan ilmu.

3. Tak sabar nak jumpa keluarga baru 21 haribulan ini. Meeting pertama kami. Mohon doakan segalanya lancar.

4. Semakin nak dekat pilihanraya dekat malaysia, semakin banyak perkara jelik yang berlaku melibatkan bangsa saya sendiri. Sedih untuk menerima hakikat.

5. Pemuda produktif ialah pemuda yang tahu meletakkan prioriti dalam kehidupannnya. Isu kahwin bukan menjadi zikir hariannya. Sudah-sudahlah berbicara pasal kahwin. Muak saya mendengarnya.

6. Bila menjadi ketua dalam satu organisasi, saya merasakan semua yang berada didalam organisasi itu seperti keluarga saya. Apabila ditimpa kesusahan, serpihan kesedihan turut saya rasakan.

7. Kepada yang memperjuangkan isu palestin, saya sangat berharap entum dapat jalinkan hubungan antarabangsa dengan kawan-kawan arab dekat universiti tu. Bukan apa, dah lama saya perhatikan yang melayu ni terlalu skeptik dengan kawan-kawan palestine (kebanyakan palestin 1948) yang rata-ratanya, tak thiqah.
You know what i mean?

8. Sedang merangkak belajar untuk membaca buku-buku yang membentuk minda, fikrah, serta pemikiran yang lebih matang, kearah persediaan untuk menyumbang di Malaysia nanti. Nah, bahasa inggeris saya agak merangkak juga. Fuh.

9. Sebelum nak ubah mentaliti orang lain, ubah mentaliti diri sendiri dahulu. Dituruti dengan dengan perlaksanaan yang realiti.

Monday, April 16, 2012

Kenapa saya tidak berjemaah?


" kau ikut jemaah apa? "


" herm. aku rancang untuk freelance dahulu. mungkin nantilah kot aku pilih "


" Kau tak takut ke? Hidup kita ni tak lama"


" Errr.."


Begitulah perbualan yang mampu saya kongsi, diantara saya dan teman lama saya di laman facebook.


Saya terkejut dengan pernyataan teman tersebut, sambil ketawa sinis memikirkan kewujudan mentaliti sebeginian rupa. Sampaikan saya persoalkan pada diri saya sendiri " Apakah aku ini berdosa tidak mengikut mana-mana Jemaah? "


Saya tidak menyalahkan kawan yang bertanya itu, barangkali beliau bimbang dengan kondisi saya sebagai seorang sahabat. Sebagai kepastian untuk sentiasa di dalam zon 'keimanan', beliau mencadangkan saya untuk berjemaah.


Namun, sebenarnya saya mempunyai hujah yang sendiri yang menyebabkan saya sampai sekarang tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan mana-mana jemaah.




Keluarga
Dibesarkan dalam keluarga biasa, yang mempraktiskan Islam dalam keadaan moderate, menekankan soal-soal asas tentang solat, puasa, zikir dan selawat, saya membesar dengannya.


Alhamdulillah, walaupun dengan penekanan soal-soal asas itu, saya dan adik-beradik saya yang lain mampu menghayati Islam.


Saya akui, ibu dan ayah saya bukan seperti ibu bapa kalian yang mempunyai jemaah dan fikrah tertentu.


Kepelbagaian Jemaah dakwah di Malaysia ini merupakan satu perkara yang sangat 'ghoreeb' untuk saya. Lebih-lebih lagi, apabila dihantar untuk belajar ke timur tengah.


Pernah sekali dahulu, saya berasa iri hati dengan kawan-kawan yang mempunyai keluarga yang berlatarbelakangkan berjemaah. Pada pemikiran saya ketika itu, untungnya mereka dapat menikmati kehidupan yang dipenuhi dengan dakwah dan tarbiyyah semenjak kecil hingga lah sekarang. Maklumlah, bila ada jemaah ini, orang sekeliling pun baik-baik belaka. Kawan-kawan mak ayah pun yang jenis alim-alim sahaja. Sekolah pun, sekolah Islamik.


Mak dan Ayah saya 'dakwah dan tarbiyyah' sahaja anak-anak mereka. Namun tidak lah sehebat keluarga-keluarga yang ada jemaah.


Akan tetapi, saya percaya Allah SWT sentiasa rancang yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.


Kini, saya rasa bersyukur juga sebab dilahirkan dalam keluarga yang sebegini, tidak berjemaah.


Kenapa? nanti saya akan jawap di akhir kata.


Apa itu Jemaah?
Berdasarkan pemahaman saya, jemaah ini merupakan satu gerakan dakwah yang bergerak membentuk masyarakat muslim yang benar-benar memahami, mengamali, serta menghayati segala suruhan dan larangan Allah.


Dalam erti kata lain 'Melahirkan masyarakat yang benar-benar mempraktiskan Islam dalam segenap aspek kehidupan' (Kalau silap mungkin boleh betulkan)


Saya mempunyai sebilangan kawan yang berjemaah. Malahan, saya turut pernah serta bersama dalam program-program mereka sewaktu ketika dahulu.


Usrah, qiam,ceramah, majlis makan-makan, semuanya pernah saya lalui.


Saya begitu seronok sekali dengan biah yang cuba diwujudkan. Perbincangan diantara ahli jemaah, jarang-jarang sekali berkaitan benda-benda yang tidak berfaedah. Usaha saling memperingatkan itu menjadi amalan rutin agar tidak mudah tergelincir, futur dengan dunia yang penuh permainan ini.


Segala gerak kerja dakwah yang dilaksanakan begitu sistematik sekali. Boleh kata dari A sampai ke Z, perancangannnya semua digariskan dengan mantap sekali.


Saya benar-benar takjub keberkesanan usaha geng-geng jemaah ini dalam mentransformasikan sebahagian kenalan saya.


Yang dahulunya, sebelum ini kelihatan hidup tak tentu arah, identitinya bercelaru melata, solatnya kurang dijaga, Quran entah kemana,di facebook pun yang dipostnya lagha sahaja.


Tapi kini, sungguh berbeza, hidupnya kelihatan jelas bermatlamat, solatnya dijaga penuh rapi, Quran pula dibawa ke mana pergi, facebook? tak usah bilang. hampir setiap inci post yang dikeluarkannya berbentuk zikr ilahi.


Masya Allah. Masya Allah. MasyaAllah.


Sekali lagi, saya begitu kagum. Diri ini pun rasa tercabar kadangkala. Manakan tidak, diri ni pulak rasa tak mampu nak jadi sehebat si teman yang sudah berubah itu.


Bergaduh
" Serabut lah nak buat banyak-banyak jemaah. Duduk dekat satu bumbung dah lah. Islam kan satu. tak perlu lah nak dipecah-pecah kan "
seorang teman merungut kepada saya.


" Masing-masing ada cara dakwah masing-masing.Lain orang, lain methodnya.Matlamat semua sama, nak sebarkan Islam. "
Saya cuba menjawab


" Kalau nak berbeza method dakwah pun. tak perlu lah sampai nak bergaduh-gaduh antara satu sama lain "
Balas temanku.


Saya terdiam sebentar kerana saya tahu ada benarnya kata-kata beliau.




Isu pergaduhan (baca: perselisihan faham ) dalam kalangan jemaah-jemaah dakwah ini, bukanlah sesuatu yang boleh disorok-sorokkan lagi. Dengan kemajuan teknologi sekarang yang begitu hebat seperti facebook, twitter, dan blog, memudahkan lagi orang ramai untuk mengakses pelbagai isu yang berlaku. Tidak terkecuali isu pergaduhan yang ingin referkan ini.


Saya rasa malu sendiri, bila terbaca sekian-sekian orang memaki hamun sekian-sekian jemaah di alam maya. Macam-macam kata kesat yang dilontarkan, memuaskan emosi yang terpendam.
Walaupun saya tahu golongan ini hanya minoriti sahaja, jiwa saya tetap sayu apabila memikirkan malapetaka yang berlaku dalam dunia para pendakwah sendiri.


Saya pernah cuba bertanya kepada kenalan saya yang terlibat dengan jemaah tentang isu ini, responnya seperti cuba menafikan bahawa perkara-perkara ini tidak berlaku.


Saya percaya, mungkin beliau sendiri merupakan antara pihak berkecuali dalam isu-isu seperti ini kerana sepertimana yang saya katakan tadi, sebahagian sahaja daripada mereka yang misbehave. Walauapa pun, ia tetap jelik untuk dilihat dalam sesuatu jemaah itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Kalau ditanya sebab apakah punca pergaduhan ini semua, saya akan jawab puncanya adalah taksub


Taksub
Setiap jemaah mempunyai metodologi dan perancangan tertentu untuk ahli-ahli mereka sendiri.
Perbezaan metodologi yang dibawa, menyebabkan lahirnya pelbagai aliran jemaah yang berbeza.
Hakikatnya, semua jemaah mempunyai matlamat yang sama, iaitu memartabatkan agama Allah.


Saya rasa kasihan, apabila melihat seseorang itu, apabila dia begitu taksub dengan ideologinya sendiri. Taksub yang saya maksudkan ini ialah menganggap idea dia sahaja yang betul, yang berhak diperjuangkan, manakala idea orang lain yang tak sama dengan dia, dia kata 'biaq pi lah'


Ketaksuban ini jarang berlaku dengan orang yang betul-betul faham tentang apa yang dia bawa. Namun, ketaksuban ini selalunya berlaku bila orang itu kurang jelas dengan asas perjuangannya.


Kalau kita cuba perhatikan sejarah tokoh-tokoh pengasas empat mazhab utama fiqh umat Islam yang berakidah Ahlul Sunnah Wal jamaah, pernah kah kita belajar yang Imam -Imam besar ini bergaduh antara satu sama lain, dek tidak persefahaman.


Imam Syafie RA yang mengasaskan Mazhab Syafie itu sendiri, berguru dengan Imam Malik RA ,pengasas Mazhab Maliki.


tak pernah pulak dengan Imam Syafie RA menentang Imam Malik RA kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya walaupun kita tahu yang mazhab syafie dan mazhab maliki berbeza kandungannya.


Tapi zaman sekarang ini pula, orang sibuk mengkafirkan orang lain, mengatakan mazhab dia yang betul. mazhab orang lain salah.


Walhal, tuan pengasas mazhab tak pernah pula menyalahkan pengasas-pengasas mazhab yang lain.


Orang seperti ini yang saya gelarkan 'Taksub'


Berbalik kepada perbincangan tadi, saya berpendapat bahawa isu pergaduhan jemaah ini sebenarnya berpunca daripada golongan-golongan yang taksub.


Golongan-golongan taksub inilah yang mempunyai keraguan dalam pemahaman mereka terhadap konsep perjuangan sesuatu jemaah itu.


Saya ragu-ragu (tak bermaksud 'tak percaya 100%'), bila ada orang kata yang ada jemaah itu, mempunyai agenda yang tersendiri, dan bukan untuk berdakwah semata-mata.


Bukan apa, kerana saya yakin, sekiranya sesebuah golongan itu mampu mengubah kehidupan seseorang hamba yang dahulunya jauh dengan Allah, kepada kehidupan yang akrab dengan Allah, mana mungkin golongan itu, golongan yang sesat, dan jahat.


Malangnya, sesuatu jemaah itu tidak mampu lari dari kewujudan golongan-golongan taksub ini dalam perjuangan mereka yang mungkin boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging.


Orang yang berprinsip tidak boleh disamakan dengan orang yang taksub.


Orang yang berprinsip dia faham apa yang dia bawa, dan juga boleh menerima apa yang orang lain bawa, tanpa mengubah prinsip asal yang dibawa.


Orang yang taksub dia bajet faham apa yang dia bawa, dan begitu sukar menerima apa yang orang lain bawa, kononnya takut menggugat ketaksubannya.


Salah siapa?
Masalah kewujudan golongan-golongan yang taksub, ini sebenarnya tidak boleh disalahkan seratus peratus pada diri mereka sendiri.


Boleh jadi, orang yang dah cukup faham itu sendiri juga bersalah.


Kenapa pula saya katakan begitu?


Saya cuba bawakan satu analogi mudah.


" Sejak kecil lagi, Sarah minat memasak. Dalam keluarga Sarah, sudah menjadi kebiasaan, kalau nak masak tumis, bawang putih dimasukkan dahulu sebelum bawang merah. Maknya tak pernah cerita pun kenapa bawang putih didahulukan sebelum bawang merah, Sarah pun ikut sajalah. Setiap masakan yang memerlukan tumis, Sarah akan mengikut resepi kebiasaan keluarganya. Semua masakan yang Sarah buat guna resipi maknya, mesti rasa sedap. Satu hari, ditakdirkan Sarah perlu masak dirumah kawannya sebab ada majlis keramaian. Ally, kawan Sarah, dan juga tuan empunya rumah memantau masakan Sarah. Ketika nak buat tumis, disaat Sarah nak masukkan bawang putih dahulu, Ally menegur kepelikan. Kata Ally, dia tak pernah tengok orang masa tumis masukkan bawang dahulu, dan kalau boleh dia tak nak macam tu. takut tak sedap jadinya masakan itu. Ally pun cuba berdegil, malahan dia pula kata Ally yang pelik, sebab buat tumis campakkan bawang putih dan merah bersama-sama. Dipendekkan cerita, Sarah terus merajuk, meninggalkan Ally begitu sahaja"


Cuba kita ubah konteks analogi ini dengan mengumpamakan Sarah sebagai seorang mad'u, Ibunya pula sebagai seorang daei', Ally pula mad'u yang didakwah oleh daei' yang lain.


Pengajaran yang mungkin boleh kita ambil disini ialah, kesilapan seorang daei' dalam berdakwah kepada mad'unya boleh membawa malapetaka yang besar sekiranya tidak dibincangkan dakwah itu dalam skop yang lebih luas.


Kesilapan mak Sarah, yang tidak menerangkan kepada Sarah bahawa sebenarnya ada cara lain nak buat tumis, menyebabkan Sarah taksub dengan cara yang diajar oleh maknya itu. Adakah lebih indah, kalau mak Sarah beritahu awal-awal kepada Sarah


"Hakikatnya, banyak cara nak buat tumis. Apa yang mak buat, ini adalah favourite mak. Ikutlah Sarah nak ikut mana-mana yang Sarah selesa dan rasa sedap. Mak tak paksa "


Kalaulah Sarah tahu tentang hakikat ini, sudah tentu dia tidak akan bergaduh dengan Ally bukan?


Begitu juga dengan Mak Ally, yang mungkin juga boleh didakwa dalam masalah ini.


Walhal, tak kisah macam mana cara menumis pun, sebenarnya boleh je makan masakan itu.


Begitu juga dalam konteks memahamkan ahli jemaah tentang prinsip asas perjuangan jemaah.


Eksploitasi jiwa baru
Jangan dieksploitasi jiwa-jiwa yang baru sahaja mengenali cinta Allah dengan menekankan jiwa-jiwa ini untuk setia dengan ideologi jemaah kalian semata-mata.


Adakah lebih bagus, jika kalian bimbing mereka mengenal cinta Allah dengan lebih dalam dahulu, tanpa tergesa-gesa menyuntik ideologi kalian itu.


kasihinilah mereka.


Bukan apa, kadangkala agenda-agenda itu terlalu berat untuk mereka yang 'baru-baru' ini, Kelihatan sahaja mereka mampu membawa agenda tersebut, realitinya mereka belum cukup matang untuk memperjuangkan agenda sepertimana yang kalian faham. Kelak, akan membawa bala kepada jemaah kalian sendiri diatas ketaksuban mereka sendiri sepertimana yang telah berlaku pada Sarah.


Beri mereka ruang untuk faham Islam dengan lebih luas. Dedahkan mereka dengan variasi aliran yang ada, dan bukan menambat mereka pada aliran kalian sahaja.


Usah terlalu mudah mempertikaikan perjuangan orang lain seolah-olah perjuangan kalian yang terbaik. Takut nanti, mereka salah faham. Menentang perjuangan orang lain tidak tentu fasal. Akhirnya menconteng arang di muka jemaah sendiri gara-gara 'tidak cukup faham'.




Anyway, jijik sungguh sikap seorang pendakwah yang memburuk-burukkan pendakwah yang lain.


Akhir sekali setelah mereka suduh cukup faham, barulah ditanya, aliran apa yang kalian lebih cenderung?
bukankah itu yang lebih adil?


Kalian tak rugi, dia tak rugi, Jemaah lain tak rugi, lagi penting Islam sendiri tak rugi kalau kita lahirkan daei' yang betul-betul faham akan perjuangannya.


Diri ini
tiada jemaah, tidak bermaksud tiada fikrah.
Saya memilih untuk tidak berjemaah bukan kerana saya tidak berprinsip dalam kehidupan.
Saya cuba ingin memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali variasi aliran dakwah yang wujud di muka alam ini.


Fikrah saya setakat ini ialah untuk meraikan segala fikrah yang ada, tanpa mengikat diri pada satu fikrah sahaja.


Barangkali dengan pergaduhan yang berlaku, saya menjadi agak skeptik dengan mana-mana jemaah yang ada. Saya tahu sketip saya ini salah, tapi apa-apa pun kalian yang sepatutnya berusaha untuk membersihkan nama kalian sendiri, kalau tidak mahu orang lain skeptik.




Saya tidak menolak sebarang kebarangkalian bahawa diakhir waktu nanti, saya akan memilih untuk menyertai jemaah.


Cuma, orang macam saya perlukan masa.


Wallahu'alam.


Wasalam.

Saturday, April 7, 2012

cinta, kahwin dan segala.

Rugi sungguh rasanya kalau hari-hari kita dipeningkan tentang soal jodoh.

Cinta dan kahwin jadi zikir harian perbualan bersama teman.
Facebook dan blog dipenuhi dengan kata-kata jiwang yang mengeksploitasi kata-kata tuhan
menghalalkan segala topik percintaan.

aku bukan nak melawan fitrah. cuma rasa rimas kadang-kadang bila asyik nak cakap pasal cinta sahaja.

aku pun ada perasaan juga. dan juga pandai simpan perasaan. aku pun ada juga orang yang aku berkenan. tapi aku cuba belajar untuk simpan.

Aku akui, aku pernah lalui, tapi sekarang dah resign, cuma tak mustahil kalau buat lagi,
mohon jauh, seriously
hari-hari aku fikir siapalah akan aku buat isteri,
kalau boleh nak solehah yang taat suami.

Lama-lama aku mula rasa menyampah,
Apa punya diri ini begitu gelabah
Jiwa diselubungi dengan perasaan resah tak tentu arah,
Mengharapkan ditemukan dengan muslimah.



lawak rasanya.



Jangan disia-siakan jiwa muda ini,

Allah hantar kita dibumi ini bukan hanya untuk bercinta semata-mata.
Bukan ke Allah harapkan kita untuk jadi khalifah dunia?


banyak lagi benda kita kena fikir, selain cinta.
kalau dah tak boleh sangat, kahwin je lah okay?

:)

Monday, March 26, 2012

Dimensi Kehidupan.

hidup ini banyak dimensi.

sayang sungguh kalau kita terlalu taksub dengan dimensi kita.

menyukarkan kita menerima dimensi yang lain.

keterbukaan bukan kebodohan diri dalam berprinsip.


Ketaksuban membunuh intelektualisme.

Tuesday, March 13, 2012

Arabic Lesson #2 - Random.

saya akan cuba kongsikan apa yang saya sempat catat dalam ipod saya sepanjang 3 bulan ini.

benda biasa-biasa je ni. mungkin ramai dah tahu.

here you go!


1) بصعوبي (Bisu'ubi) - Dengan kepayahanku.
contoh:-
A: كيف أجيت هون بسرعة؟ ( Kef Ajeet hon bisurah? ) -Macam mana kau datang sini cepat?
B: بصعوبي- (bisu'ubi) - struggle jugak la


2) بزقزق ( Bizagzig) - berbunyi / berkicauan (literally)
contoh:-
A: شو الصوت؟ ( Shu elsout? ) - Bunyi apa tu?
B: بطني بزقزق ( batnee bizagzig ) - Perut aku berbunyi


3) بتكسّل (Bitkassel)- malas
contoh:-
شو صار معي؟؟ بتكسّل أدرس من امبارح (Sho sor ma'i? bitkassel adrus min imbareh)
-Apa dah jadi dengan aku ni? malas nak belajar dari semalam. =.=


4) بتبحلق (Bitbahleeg) - termenung/tenung
contoh:-
شو عم بتبحلق يا أخي؟ -( Sho 'am bitbahleeg? )- Kau tengah tenung apa bro ?


5) ظبّت حالك (zobbit haa lak) - kau nampak smart
contoh:-
ما شاء الله عليك, ظبّت حالك ( Masya Allah Alaik, Zobbit haa lak) - Masya Allah, kau nampak smart hari ini.



Sebarang pembetulan/penambahan, sangat dialu-alukan. Saya hanya cuba berkongsi sekadar yang saya tahu.

Maaf atas sebarang kekurangan.


Wednesday, March 7, 2012

Lab Endodontics.



" Hai Mr Wan. How are you? "

" Good alhamdulillah. Ente Kef halik ya Areen? "

Areen, itulah nama salah seorang daripada teman satu lab aku. Setiap kali kalau aku berselisih dekat lab, dia akan senyum sambil guna ayat yang sama seperti aku tulis diatas dengan slang arabnya yang tersendiri. Aku pun cuba menjawab dengan cubaan memimik intonasi arabish (arabic-english) dia.

Geli hati aku dibuatnya. Dalam hati aku kata, "Memang selamba je minah ni"


Hari ini aku ada Lab Endodontics. Jadi, setelah selesai semua kerja lab, setiap pelajar kena dapatkan markah daripada doktor dengan kertas yang telah disediakan. Setiap orang disediakan sehelai kertas khas yang dikepilkan bersama-sama dalam sebuah file.

Aku berdiri di sebelah Areen sambil menunggu giliran untuk mendapat komentar dari doktor berkaitan kerja lab aku. Sambil-sambil, ada beberapa orang kawan arab yang lain tengah sibuk berebut untuk mendapatkan file yang aku katakan sebentar tadi.

" You look at this Mr Wan. Arabs are not organized. Don't be like arabs "

aku hanya mampu membalas dengan senyuman.

" That's why we, arabs, always bombing bombing "

aku tergelak sekali lagi. tapi ada salah seorang brotha arab yang turut tengah berebut sama, merenung Areen dalam keadaan yang macam tak puas hati. Tapi Areen buat macam tak kisah langsung. heh.




Aku ingatkan dahulu orang arab ni tak perasan yang mereka ini memang tak organize. Hakikatnya, Depa sememangnya perasan sahaja dengan kelemahan yang depa ada ini.

Ini bukan kali pertama aku mendengar orang arab mengutuk bangsanya sendiri. Sudah beberapa kali jugalah aku dengan sebelum ini. Terutamanya, dari mereka yang ada background belajar luar daripada negara arab.

Macam bangsa kita juga lah kan. Pernah tak dengar orang cakap

" Haa. inilah dia. orang kita.orang melayu punya perangai "

tidak kurang juga,

" Standard Melayu lah bro "

Walhal diri itu sendiri 2x5 sahaja kan.

Walau apapun,nak cakap yang kita semua sebenarnya sedar sahaja dengan kelemahan kita sendiri. Cuma kita terlalu acuh tak acuh sahaja untuk berubah.

Payah juga kalau semua orang nak persoalkan 'kenapa perlu aku berubah sedangkan orang lain semua sama sahaja?'

Allah SWT tak ubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya bukan?

(13:11)



Dengan Shadi dan Yazeed.




Tuesday, March 6, 2012

Pilihanraya JUST.

pilihanraya universiti semakin hampir.

sehari dua sahaja lagi, serius boleh dibilang dengan jari.

Karenah biasa mula berbicara.

Perangai.

time-time nak pilihanraya lah banyak isunya.

katanya orang perempuan tak boleh dijadikan ketua. Menggunakan dalil tuhan sebagai alasan utama.

Barangkali tafsirannya tidak terikat pada satu pendapat sahaja.

Cuma, sudahlah aku tak sanggup berada dibawah takuk pemerintahan si dia yang aku tak boleh diharapkan.

hanya muncul menjadi hero bila nak tangguh exam sahaja.

lols.

Nada Nammas, Ana m3ek!

*budakgigisilavotenadanammasdemimasadepanyangcerahinsyaAllah.

Monday, January 23, 2012

my personality.



Myself.

" You are compassionate and loyal to your family and friends and place a higher value on those relationships than on work. You are sensitive and kind so you become deeply affected when people are in pain or unhappy around you and feel compelled to help them. You are a very private person and it takes a long time for other’s to g.et to know you. You like to have your own space and to work within your own time frame so you are not very organized and find it difficult to make long term plans. You enjoy the present moment and what is currently going on around you, leading you take pleasure in simple everyday things. You dislike disagreements and conflicts so you are extremely tolerant of people’s beliefs and opinions "

My ideal match. :P



p/s: benda ni macam cool. try lah. ada betul ada tak. pandai2 lah ye. :)

Sunday, January 22, 2012

Random Album Lama #1


Somewhere around Edinburgh.

How I miss those moments.

;(


seperti biasa.

" waktu terbang sehh "

Saturday, January 21, 2012

Something we always forget about friendship.




As time passes by, I started to notice one thing in my life about friendship which I never think of it before until now.

One might think that when we're talking about friendship,

we will unintentionally refer to only one 'ship' that has been floating between you and me..

In other words, there is only two parties involve for this friendship - you and me.


For this reason, one will always try to treat his/her partner in the best of them until they forget that we also have other ships as well.

My point is, when you have a friend in any occasion. Be considerable.

I don't mean to treat them no well

but please do treat them right considering some space for other ships to get along as well.


However, too bad If you couldn't really help yourself explaining the discomfort to your friend when it happens.





My ships. :)

Tuesday, January 17, 2012

Harry Potter

dear beloved readers,

I'm really sorry for my misbehaviour for not updating my blog.

In a quite time, I've been looking forward to constructing new ideas in reborning this bloody blog.

Seriously, I have about 3 weeks more to spare my holidays.

To be frank, I started up my holiday by watching Harry Potter Sequels.

I know it's sort of lame to watch these of movies at this time. However, I'm telling you that I should finish them up as I grew up in the era of harry potter.

It is funny when you finally noticed that you understood nothing but to watch emma watson acting in this movie.

It was an old bad habit.

Now, i'm trying to pick up good messages as many as I could from this sequel regardless how awesome emma watson is.

It's also funny when I recalled back that once i had wished Emma Watson is a muslim so that I could propose her.

so funny of me.


Now, I'm on the fifth sequel. Order of Phoenix.

I plan not to waste my holidays with lagha things (Biiznillah)

To back things up, I would rather find meaningful messages in this bloody sequel.

Not to forget, my first exposure to british slang was from this bloody harry potter sequel.

thanks harrrrry.

:)

adios.

Sunday, January 1, 2012

Azam tahun 2012.

Tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu.

Dikesempatan ini saya ingin mencoretkan serba sedikit azam baru saya sempena tahun baru ini.

Saya sangat berharap untuk tahun baru ini saya dapat menjadi :-

1. Hamba yang semakin taat tunduk dan dekat kepada Allah. Semakin kerap solat berjemaah. Semakin kurang kata-kata yang sia-sia. Semakin kurang laghanya dengan dunia yang sementara.

2. Anak/Adik/Abang yang lebih soleh dan baik serta rajin call dan skype keluarga setiap masa khususnya mama dan kakak.

3. Sahabat yang bermanfaat kepada semua orang untuk kita sama-sama masuk syurga.

4. Pelajar Pergigian yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang. tak study last minute. result maintain. Deanlist? oh belum lagi. :)

5. Setiausaha PERMAI yang berjaya. harap dapat laksanakan segala amanah yang terpikul atas bahu ini. Takut kena soal dekat 'sana' nanti. ;(

6. daie yang berhemah mengajak masyarakat ke arah mengenali Tuhan sebenar disamping membentuk dan membaiki diri yang penuh kecacatan ini.

7. Lelaki yang lebih matang dengan isu semasa dan cara berfikir. Lebih serius dalam kehidupan seharian.






Selamat Tahun baru 2012 semua! maaf. takde surooh.