Wednesday, April 27, 2011

epik.



1001 kenangan yang buat aku yang sekarang.


minta maaf kalau tak faham.


Saturday, April 23, 2011

Pilihanraya PERMAI.


Assalamualaikum

pilihanraya dah nak dekat.

semua orang sibuk meramal siapa yang akan naik. siapa yang tak akan naik.

dalam waktu yang sama, masing masing juga sibuk membuat perbandingan antara setiap calon untuk memilih calon yang terbaik.

jangan ingat ini kerja teknikal semata mata.

jangan main pangkah je nama tanpa melihat kemampuan calon itu tersendiri.

pengundi perlu bijak. bijak untuk memilih.

tahun depan bukan tahun yang mudah. ahli PERMAI sudah pastinya akan meningkat dengan mendadak.

bukan satu benda yang mudah untuk menguruskan ahli yang tersangatlah ramai.

aku dekat sini bukan nak berkempen. cuma nak menyeru untuk sama sama fikirkan.

pangkah lah siapa yang kalian rasa layak untuk dipangkah.

jangan tersalah pangkah sudah. ini melibatkan masa depan kita semua. fikir masak masak. jangan main pangkah saja sebab kita suka dia.

tak semestinya orang yang kita suka itu ialah orang yang berkemampuan.

boleh jadi kita menyeksa orang yang kita suka tu sekiranya dia naik dan tak mampu memimpin dengan baik.

nanti kita salah kan dia pula.

jangan bertindak kejam. memang susah nak buat pilihan.

setiap calon ada kurang dan lebihnya.

itu indahnya ciptaan Allah.

jangan fikir yang benda benda macam demokrasi macam ni tak perlu kita doa dekat Allah.


mari sama sama kita doa dekat Allah. kita minta petunjuk. buat solat hajat. buat solat istikharah.

agar dikurniakan petunjuk untuk mengundi siapa yang terbaik!

selamat mengundi semua!



sekian.

*please, ini bukan manifesto. harap maklum.

Friday, April 22, 2011

apabila kita dipuji.



Perasan tak, yang kadang kadang apabila kita dipuji.

kita akan secara tidak langsung ucapkan 'Alhamdulillah' which is sangat bagus bagi menandakan kesyukuran kita dekat Allah.

namun, dalam waktu yang sama, pernah tak perasan bahawa hati kita tak menunduk sepertimana mulut kita menunduk untuk bersyukur.


sedikit sebanyak kita rasa bangga. kerek. riak dan segala macam perasaan yang tak sepatutnya ada bila dah salurkan segala puji pujian tersebut pada Allah.

kalau anda hadapi masalah ini selalu, cuba amalkan doa ni.


للهم لا تؤاخذني بما يقولون ،واجعلني خيرا مما يظنون, واغفر لي ما لا يعلمون



"Oh Allah do not call me to account for what they say, make me better than they imagine, and forgive me for what they have no knowledge of."


semoga sama sama dapat mengamalkannya.
jangan didik diri untuk rasa bangga tak tentu pasal.
takut nanti menyesal.


:)

Wednesday, April 20, 2011

Superman,





lagu inspirasi.

Monday, April 18, 2011

Salam terakhir.






lagu ini menjadi fenomena untuk saya sendiri. banyak kali saya repeat lagu ni.


tak tahu kenapa feel sangat.


:(





*sila abaikan iklan mula mula pasal dr Rozmey tu.

Saturday, April 16, 2011

Cranial nerves related to orbit.



1. Optic nerve
- through optic canal.
- innervates eye ball

2. Oculomotor nerve ( CN3/III)
-branches - Superior div. - superior rectus
- levator palpebrae superioris muscles
- Inferior div - medial rectus
- inferior rectus
- inferior oblique rectus
- branch to ciliary ganglion

3. Trochlear nerve ( CN4/IV)
- innervates superior oblique muscle.

4. Opthalmic nerve ( CN5/ V)
- 3 branches :-
a) Lacrimal branch
b) Frontal branch :-
- Supratrochlear nerve.
- Supraorbital nerve.
c) nasociliary branch :-
- communicating branch to ciliary ganglion
- long ciliary nerves
- ( anterior & posterior) ethmoidal cells.
- infratrochlear nerve

5. Abducens Nerve ( CN6/VI)
- innervates lateral rectus muscle.

6. Ciliary Ganglion
- receives fibers from oculomotor nerve ( preganglionic parasympathetic fibres)
- send fibers to short ciliary nerves (postganglionic parasympt. fibre) - supply sphincter papillae and ciliary muslce ( ma fi dilater papillae okay)

7. Number of sympathetic fibers
-pass through from internal carotid plexus into orbit without synpasing ganglion.



I hate this part right here.

tak reti buat kawan.



jangan nak salahkan orang lain kalau takda kawan.

apabila diri sendiri tak reti nak buat kawan.




jangan nak memilih sangat.

kasihanilah diri sendiri tu.



oldies.

1995.
masa umur empat tahun lebih. dengan Wan Najah Maryam.



Thursday, April 14, 2011

muka cantik



muka cantik,

tapi kalau tak reti nak beratur masa beli makanan.


takda maknanya.




serius, tak senonoh.






post ini utk orang bukan melayu yang duduk di Jordan.



Wednesday, April 13, 2011

Negro.





baru sedar akan nama biskut ni walaupun tak silap aku dah banyak kali aku beli.

LOL. takda nama lain ke?

biskut ni serius tak boleh bawak masuk negera barat ni.






manchester united.







tahniah ye manchester united!

paksaan.


tak baik paksa orang buat yang mereka tak relakan.


maaf. aku memang tak rela kali ini.



kawan, tolong jangan paksa aku.


cukuplah dengan dosa yang tak tertanggung ni.


Tuesday, April 12, 2011

lain fikrah.


lain fikrah,
sama matlamat,

kenapa berpecah,
susah sangat ke nak bersepakat?

Monday, April 11, 2011

belajar untuk menangis.



tangisan melembutkan hati yang keras.


belajarlah untuk menangis.

tak kisah lah awak tu lelaki ke perempuan.



sumpah melegakan.


Saturday, April 9, 2011

belajar menghormati orang tua.




Assalamualaikum,

mak aku pantang nampak budak budak muda macam kawan kawan aku ke yang kenal mak aku tak tegur beliau kalau terjumpa. kalau tak perasan lain cerita. beliau selalu ingatkan,

"u all jangan buat dekat orang lain macam tu. mama n babah tak pernah ajar"



aku kenal mak aku. mak aku bukan sembarangan orangnya. mak aku. aku tahu lah.

namun, aku pernah dengar yang. kita ni. bila umur semakin menangkit. semakin mudah terasa. orang kata makin sensetip.

....

respek.

sejak kecil lagi, aku telah dididik. apabila jumpa pakcik makcik kawan mak aku. kawan bapak aku. aku secara otomatiknya akan terus jalan kat pihak yang terlibat. tegur. dan 'salam'.

walaupun boleh jadi aku jumpa depa, 3 kali sehari.

aku rasa ada ja keluarga lain yang buat budaya yang sama macam ni.

benda benda macam ni bukan diajar untuk mengampu orang tua. tapi benda benda macam ni diajar untuk kita belajar apa itu respek.

takda lah aku cadangkan untuk buat sistem yang dibuat dalam sistem keluarga aku tu.

banyak ja cara lain yang boleh kita guna untuk belajar 'respek'.

....

orang tua.

aku istilah kan orang tua ni takdelah tua mana pada hakikatnya. tua tua setakat macam pangkat 'mak' dan 'ayah' kita lah. 'datuk' dan 'nenek' kita sah sah orang panggil orang tua.

kita perlu tahu yang orang tua ni bukan merujuk kepada parents kita sahaja. masyarakat yang dalam lingkungan umur parents kita juga di gelar orang tua.

orang tua ni hatinya sangat lah rapuh. maksud aku sensitif. walaupun pada luarnya nampak berpengalaman, mantap dan segala.

....

orang tua ni sebenarnya hati mereka sangat lembut. tak kisah lah garang mana pun. kalau kita senyum, mereka akan senyum balik dekat kita. tak kisah lah dengan cara apa pun. ( 'kita' merujuk kepada golongan muda ye).

aku tak nak sentuh tentang orang tua awam yang kita tak kenal. kita kecikkan skop kepada orang tua yang kita kenal.

mak ayah kawan kita. cikgu cikgu kita. takpun bakal mertua kita.* eheeeem.

pastikan yang kita pernah jumpa dan kenal mereka. dan mereka pernah jumpa dan kenal kita. kalau mereka tak ingat, takpe la. janji kita pernah jumpa dan kenal dia. Tapi kalau tak pernah jumpa dan tak pernah kenal. nampak dia ada 'anak cantik/anak hensem'. tiba tiba nak tegur buat buat kenal. memang kotor jugak la tekniknya.

berbalik pada topik asal, sekali bila kita dah kenal. bermakna kita akan kenal selama lama nya. dalam erti kata lain, apabila kita terjumpa ke apa ke. paling kurang kita akan sapa mereka. tegur , salam dan tanya khabar. paling kurang pun senyumlah. kalau tak perasan. lain cerita lah.

....
Parahnya?

yang parahnya bila kita dah kenal. dah tahu. dah nampak. dah perasan. tapi buat buat tak tahu. cuba nak mengelat.

barangkali kita ada sebab tersendiri buat begitu. sebab aku pun pernah ja buat.

namun, logik akalnya. lebih afdhal kalau kita merajinkan diri untuk menyapa pihak yang berkenaan.

takde topik?

almaklumlah, kita ni orang muda dengan pemikiran orang tua lain lain la juga. tak semua orang muda berfikiran macam orang tua. dan tak semua orang tua yang berfikiran macam orang muda.

tak reti cakap pasal ekonomi?
tak reti cakap pasal isu semasa?
tak reti cakap pasal politik?
takda topik nak cakap?

buat aja topik sendiri. tak buat topik. buat persoalan. soalan soalan biasa.


"pakcik asal mana? "
"melaka?"
"ouhh. saya sekolah dekat situ dulu"
"pakcik kenal pengetua saya?"
"pengetua saya sama sekolah dengan pakcik"
"sekolah apa ye pakcik"



see see? ada ja topik kan sebenarnya. walaupun kadang kadang macam tak penting pun nak bincang. namun, molek je kalau kita dah takde topik sangat sekadar untuk merapatkan ukhuwah.

dalam konteks ini, bergantung juga. certain orang, dia tak cakap banyak. certain orang, tak payah bagi soalan. dia dah bagi input.

so tak salah pun yang tak banyak cakap tu kita nak bertanya.

yang bagi input tanpa kita tanya tu, kita buat buat muka konstret dengar. walaupun kadang kadang tak seberapa nak minat topik yang dibawkkan oleh beliau.


orang tua ni, lumrahnya dia nak luahkan segala pengalamannya dekat orang orang muda macam kita ni. so, dengar je la kadang kadang. sebab nak ikutkan banyak je mutiara yang boleh kita kutip dari kata katanya.

....

penutup.

belajar untuk menghormati orang tua. tak kisahlah dimana pun kita berada. walaupun orang tua tu hanya berkerja sebagai makcik cleaner.

tunjukkan sahsiah yang baik. sebab. apa apa pun. mak bapak juga akan dipersalahkan nanti.

hormati mereka sepertimana kita nak kita dihormati suatu hari nanti.






my lovely parents.


sekian.

Seminar Fiqh Perubatan Jordan.


jeng jeng jeng..




buat julung julung kalinya, di Jordan ini, dibawakkan kepada anda, SEMINAR FIQH PERUBATAN JORDAN pada 29 & 30 APRIL 2011.




Dua Dr terhebat yang diterbangkan terus daripada Malaysia.
Pembentangan kertas kerja oleh legend legend Irbid.
Tajuk tajuk kertas kerja yang sangat sangat sangat sangat best.



last but not least, Haniff Zikri ialah pengarahnya.

:)


p/s: repost this poster in your blog if you really support this seminar. hopefully you'll do.
for more information, come and visit us at fiqh medic's blogspot.

Friday, April 8, 2011

2 Alam.


geram.

tahu tak geram? aku telah membazir hidup aku dalam masa satu jam setengah untuk menonton movie bertajuk '2 Alam'.

kononnya nak support local's products.

tapi serius hampeh. sedih. terkilan.


aku pelik. macam mana boleh Dr Rozmey letak target kutipan RM 40 Juta untuk cerita sampah macam tu.
terlalu banyak scene yang berulang.
tak banyak props yang diguna.
terlalu banyak scene kuning.
artis tak dikenali dan tak berbakat.

geram geram geram.

secara jujurnya aku isytiharkan cerita itu terlalu sampah untuk ditonton.

baik spend buat cerita pasal kesultanan melayu ke apa.

aishhhhh.

nasib baik amy search ada.

menyirap gua. ini bukan mengumpat. ini kritik.

Thursday, April 7, 2011

orang lain senyum.




membuat orang lain tersenyum itu sesuatu yang

memuaskan hati.

menyenangkan hati.

menggembirakan hati.



jangan banyak berkerut. banyakkan bersenyum. ceria selalu.

okay?

Wednesday, April 6, 2011

dosa.




jangan cari alasan untuk menghalalkan dosa kita.

dosa tetap dosa.




bangun najib!

Tuesday, April 5, 2011

dental anatomy lab - carving tooth.


assalamualaikum.

today i did carving in my dental anatomy lab.

at first, I was kinda ' lusa dah la nak exam. ada pulak lab hari ni. -_-" '

however, suddenly It turned out to be the most enjoyful dental anat lab i've ever attended since before.

perhaps, one of the factor is, I could carve my wax today kinda well.

Usually, I used more than one wax block in one lab. can you imagine how noob am I?

-_-"


measurements.



demo,

70% lagi.


today's tooth was maxillary 1st premolar.

this tooth is serius-susah-sangat-tak-boleh-go till i nearly gave up when i had finished watching the demo.

tapi alhamdulillah. 70 % complete. just left for the occlusal part which I'll continue in next week lab.


insyaAllah.


I am Wan Muhammad Najib Mohd Daud.
I'm a 2nd-year-dental student of JUST
Proud to be a dentist.

Hana Tajima.



sekarang ni memang susah nak jumpa orang tak fashionista. mana mana pasti jumpa. tak terkecuali mereka yang bertudung.

dulu tudung ikin mawi, lepas tu tudung yuna, la ni pula tudung hana tajima.

bagi aku, tak kisah lah tudung apa pun yang ingin dipakai.

fashion, fashion juga. batasan jangan lupa.

longgar kan apa yang patut dilonggarkan,

labuh kan apa yang patut dilabuhkan,

sorok kan apa yang patut disorokkan.

sekadar mengingatkan. tidak berniat untuk mengguris hati mana mana pihak.




Sunday, April 3, 2011

Hakka.





ramai puji gua atas keganasan muka gua. gua dah agak dah. seronok gua berhakka. bukan senang nak berhakka sesuka hati.

bukan senang nak tengok gua berhakka. nanti gua letak video ye. insyaAllah kalau kesempatan.


Friday, April 1, 2011

KARISMA IV



"gemuruh jiwa, semangat membara"

Faizal Tahir


walaupun aku watak sampingan dalam KARISMA, namun hati tetap bersemangat dek Irbid jadi Tuan Rumah.


*meh support kengkawan kita meh*