Sunday, December 9, 2012

Pesanan seorang mama.



" Duit cukup tak? mama tahu kalau jadi ketua ni selalu kena sacrifice lebih. Dulu masa mama jadi ketua kelas, selalu 'terpaksa' dahulukan duit kalau ada apa-apa, hadiah hari guru ke apa. Lastly, bila nak minta semua balik bayar. Bukan main liat lagi. You jangan buat macam tu ok? "



Mak aku bukan seperti mak-mak kalian. Barangkali seorang doktor, seorang yang berpendidikan tinggi, belajar oversea jauh-jauh.

Mak aku orang biasa. Berasal daripada keluarga yang bukan orang senang. Mak aku ada bukak gerai jual sweetcorn dekat tepi kolam renang. Setiap hari ulang-alik sorang-sorang update stok baru sambil ayah kerja dekat KL dan anak-anak sibuk belajar.

Tapi nasihat beliau, tak pernah yang membosankan bagi aku. Ingatkan aku tentang Tuhan macam beliau yang sekolah agama. Walhal dulu sekolah convent sahaja. Hidupnya dipelajari dengan pengalaman. kehidupannya sendiri, seremeh-remeh perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Aku tak perlu kan mak seorang doktor/aktivis dakwah yang berjaya untuk aku bangga.

Cukuplah sekadar seorang ibu yang menjual jagung, tapi tak pernah lekang dan lupa tanggungjawabnya penuh terhadap anak-anaknya.

Aku rasa sangat-sangat bersyukur dan beruntung beribukan mak aku ini.

I love you mama.

5 comments:

Cik Cahaya Kasih Ilahi said...

as salam. mantap. ibu sumber inspirasi setiap orang. kurniaan Allah yang cukup indah! :)

Anonymous said...

sama la macam mak saye biase2 je, :)

Norliza said...

Post yang menyentuh hati. Ibu saya juga seorang yang hebat sebegitu. Orang biasa, tidak berpelajaran tinggi, namun naluri ibunya tinggi.Mari kita doakan ibu-ibu kita <3

Anonymous said...

seorang ibu masih wajib ditaati wla siapa pun dia..dan ibu jg perlu tahu bhw anak2 x ign segala kekayaan d dunia ni ttp cukuplh dgn prhtian n ksh syng x berbelah bahagi....

AnA ImTiYaZ.. said...

tepi kolam renang seksyen berapa ye?