Saturday, April 9, 2011

belajar menghormati orang tua.




Assalamualaikum,

mak aku pantang nampak budak budak muda macam kawan kawan aku ke yang kenal mak aku tak tegur beliau kalau terjumpa. kalau tak perasan lain cerita. beliau selalu ingatkan,

"u all jangan buat dekat orang lain macam tu. mama n babah tak pernah ajar"



aku kenal mak aku. mak aku bukan sembarangan orangnya. mak aku. aku tahu lah.

namun, aku pernah dengar yang. kita ni. bila umur semakin menangkit. semakin mudah terasa. orang kata makin sensetip.

....

respek.

sejak kecil lagi, aku telah dididik. apabila jumpa pakcik makcik kawan mak aku. kawan bapak aku. aku secara otomatiknya akan terus jalan kat pihak yang terlibat. tegur. dan 'salam'.

walaupun boleh jadi aku jumpa depa, 3 kali sehari.

aku rasa ada ja keluarga lain yang buat budaya yang sama macam ni.

benda benda macam ni bukan diajar untuk mengampu orang tua. tapi benda benda macam ni diajar untuk kita belajar apa itu respek.

takda lah aku cadangkan untuk buat sistem yang dibuat dalam sistem keluarga aku tu.

banyak ja cara lain yang boleh kita guna untuk belajar 'respek'.

....

orang tua.

aku istilah kan orang tua ni takdelah tua mana pada hakikatnya. tua tua setakat macam pangkat 'mak' dan 'ayah' kita lah. 'datuk' dan 'nenek' kita sah sah orang panggil orang tua.

kita perlu tahu yang orang tua ni bukan merujuk kepada parents kita sahaja. masyarakat yang dalam lingkungan umur parents kita juga di gelar orang tua.

orang tua ni hatinya sangat lah rapuh. maksud aku sensitif. walaupun pada luarnya nampak berpengalaman, mantap dan segala.

....

orang tua ni sebenarnya hati mereka sangat lembut. tak kisah lah garang mana pun. kalau kita senyum, mereka akan senyum balik dekat kita. tak kisah lah dengan cara apa pun. ( 'kita' merujuk kepada golongan muda ye).

aku tak nak sentuh tentang orang tua awam yang kita tak kenal. kita kecikkan skop kepada orang tua yang kita kenal.

mak ayah kawan kita. cikgu cikgu kita. takpun bakal mertua kita.* eheeeem.

pastikan yang kita pernah jumpa dan kenal mereka. dan mereka pernah jumpa dan kenal kita. kalau mereka tak ingat, takpe la. janji kita pernah jumpa dan kenal dia. Tapi kalau tak pernah jumpa dan tak pernah kenal. nampak dia ada 'anak cantik/anak hensem'. tiba tiba nak tegur buat buat kenal. memang kotor jugak la tekniknya.

berbalik pada topik asal, sekali bila kita dah kenal. bermakna kita akan kenal selama lama nya. dalam erti kata lain, apabila kita terjumpa ke apa ke. paling kurang kita akan sapa mereka. tegur , salam dan tanya khabar. paling kurang pun senyumlah. kalau tak perasan. lain cerita lah.

....
Parahnya?

yang parahnya bila kita dah kenal. dah tahu. dah nampak. dah perasan. tapi buat buat tak tahu. cuba nak mengelat.

barangkali kita ada sebab tersendiri buat begitu. sebab aku pun pernah ja buat.

namun, logik akalnya. lebih afdhal kalau kita merajinkan diri untuk menyapa pihak yang berkenaan.

takde topik?

almaklumlah, kita ni orang muda dengan pemikiran orang tua lain lain la juga. tak semua orang muda berfikiran macam orang tua. dan tak semua orang tua yang berfikiran macam orang muda.

tak reti cakap pasal ekonomi?
tak reti cakap pasal isu semasa?
tak reti cakap pasal politik?
takda topik nak cakap?

buat aja topik sendiri. tak buat topik. buat persoalan. soalan soalan biasa.


"pakcik asal mana? "
"melaka?"
"ouhh. saya sekolah dekat situ dulu"
"pakcik kenal pengetua saya?"
"pengetua saya sama sekolah dengan pakcik"
"sekolah apa ye pakcik"



see see? ada ja topik kan sebenarnya. walaupun kadang kadang macam tak penting pun nak bincang. namun, molek je kalau kita dah takde topik sangat sekadar untuk merapatkan ukhuwah.

dalam konteks ini, bergantung juga. certain orang, dia tak cakap banyak. certain orang, tak payah bagi soalan. dia dah bagi input.

so tak salah pun yang tak banyak cakap tu kita nak bertanya.

yang bagi input tanpa kita tanya tu, kita buat buat muka konstret dengar. walaupun kadang kadang tak seberapa nak minat topik yang dibawkkan oleh beliau.


orang tua ni, lumrahnya dia nak luahkan segala pengalamannya dekat orang orang muda macam kita ni. so, dengar je la kadang kadang. sebab nak ikutkan banyak je mutiara yang boleh kita kutip dari kata katanya.

....

penutup.

belajar untuk menghormati orang tua. tak kisahlah dimana pun kita berada. walaupun orang tua tu hanya berkerja sebagai makcik cleaner.

tunjukkan sahsiah yang baik. sebab. apa apa pun. mak bapak juga akan dipersalahkan nanti.

hormati mereka sepertimana kita nak kita dihormati suatu hari nanti.






my lovely parents.


sekian.

2 comments:

Hadi said...

jib yang aku tau org yg tak tegur parents kau tu bukan aku tau.
tp sng je nk borak ngn org tua ni, tny la sihat ke x, dh mkn ke belum, ala bnd2 biasa yg dtny kt org lain stiap hari, kira ok la tu

Najib Daud said...

hadi,hehe. of kos la. kau kan mesra alam sayang. setuju banget dengan mung! :) lu bila nak kawen? :P