Tuesday, September 7, 2010

SBPI Selandar.



"kau sekolah mana weh dulu?"

"sbpi selandar.."

"er.. er.. dekat mana tu?"

"dekat melaka.."

" eh bas dah sampai lah"*

* buat buat tuka topik.

.........

tipulah kalau aku cakap yang aku jarang jarang face dengan situasi macm ni.
situasi ni nak melambangkan betapa tak femesnya sekolah aku. aku tahu sekolah aku femes dekat melaka. tapi bila keluar melaka. aku sebut ja nama sbpi selandar. orang dah buat muka blur. nak tanya aku segan. takut aku kecil hati. dengan gaya selamba member cakap. 'ooo'.

kalau yang jenis tak kisah. cakap je terus.

"haa. sekolah apa tu?"

tak payah cakapla. benda ni aku face since aku form 1 lagi.

sejujurnya, kadang kadang aku rasa segan juga bila face dengan situasi macam ni. mana taknya. member member lain bila time ice breaking. masing masing bagitau sekolah masing masing. semua kenal. tang bila sampai part kita ja. semua buat muka blur bila sebut 'sbpi selandar'. kadang kadang terpaksa letak 'melaka' dekat belakang. supaya tak nak orang tanya panjang dekat mana. berbuih mulut menjawab.

tapi aku rasa sekarang sekolah aku dah femes sedikit. untung adik adik yang dekat sekolah tu ya. dah keluar keluar sekolah je nanti orang dah kenal nama sekolah.

terima kasih la bagi pihak pihak yang femeskan nama sekolah tu.

.............



lima tahun aku sekolah dekat tu. walaupun masuk lambat. aku akui sekolah tu banyak bantu aku jadi 'orang'.

kalau tak, aku tatahu la aku jadi apa sekarang.

kita tak memerlukan nama sekolah yang femes untuk menjadikan diri kita untuk jadi hebat.
aku terlalu pelik dengan orang yang berfikiran macam tu. sepatutnya kita perlu paksa diri kita untuk berfikiran luar kotak.

kadang kadang kita rasa segan dengan sekolah sbp lain. sebab sekolah kita tak femes mana.

takpayah lah bergantung pada nama sekolah untuk jadi hebat. sebab hal ini terlalu kolot nak diikutkan.

buktinya mudah, tak semua sekolah yang dah femes. dan elit2 gitu dapat menghasilkan produk yang semegah nama sekolah mereka secara keseluruhannya.

bukan nak persoalkan kehebatan sekola mereka. namun, ini lah akibat nya duk terlalu bangga dengan nama sekolah sampai diri sendiri padahal tak dalah menyumbang mana.

biar nama sekolah tak hebat mana. tapi kita beriya riya nak jadi hebat. tak ke lebih gah gitu?



dah tahu sekolah kita tak femes. apa salahnya kalau kita usahakan untuk femeskan. aku tak suruh pun mencapub buat benda enta pape.

sebenarnya banyak sangat platform nak femeskan sekola tu kalau nak ikutkan selain bergantung pada result spm dan pmr.

aku tahu kefemesan tu tak penting. tapi sekurang kurangnya ia boleh jadi pemangkin untuk semua orang yang belajar dekat situ.

so kiranya takda lah orang nak tersipu sipu malu untuk mengaku sbpi selandar tu sekolah dia.

tolong jangan pertikaikan yang sekolah kita tak femes mana. sebab tu kau tak boleh perform well dalam study, sports, dan etc.

loser suka ja bagi alasan entah pape macam ni.

.........

aku ada baki 4 tahun lebih kurang lagi untuk pengajian pergigian aku di Jordan insyaAllah.

aku fikir suatu hari nanti aku nak balas balik jasa sbpis yang telah banyak tolong aku.

dalam erti kata lain. guru guru sbpis itu sendiri.



kan cun tu sekolah kita.



ensha Allah

sekian.

9 comments:

Nur Rahudha Khamis said...
This comment has been removed by the author.
siti hanisah said...

sbpi selandar memang banyak jasa.
lagi-lagi gurunya.

:)

fadh ^_^ said...

huhu~ aku pon tyme memule masok sekola berasrama penoh ni cam pelik bile pelajar2 nye macam mementingkan name or standard sesebuah sekola.
dorang pelik bile aku xtau name sbp2 yg bagi dorang hebat.
aku pk, kenape aku nak kene tawu plak?
ade ape kaitan sekola femes tu ngan idop aku????

Syahida Majid said...

MRSM Terendak kenal?

Aha, 5 tahun sekolah kat Melaka, tak pernah jugep dengar SBPI Selandar. Minta maaf la

Hadi said...

std chartered r skola br org x knal hehe..

nuruldiyana said...

haa, aku mengaku
memang aku cinta akan sbpi selandar

^^)

right, kita jadi manusia yg btol2 manusia kerana sbpi selandar

alhamdulillah :)

nuruldiyana said...
This comment has been removed by the author.
sara said...

pnah pgi kat sni ms f1 dlu,
nice landscape

Anonymous said...

Ckgu izaudin..lawak nk mamp0s..ajar sk0la aku dulu..
P/s..same people yg c0mment kt kesetiaAn stupidity eyh..:P..