Sunday, September 12, 2010

orang selalu merintih bila orang lain buat kemungkaran.

Assalamualaikum.

aku sekadar nak ingatkan diri aku sendiri. kadang kadang kita ni banyak komplen dengan orang sekeliling kita yang buat kemungkaran.

kemungkaran itu memang perlu dicegah. selemah lemah iman ialah mencegah kemungkaran itu dengan hati. iaitu dengan membenci kemungkaran itu.

bagus. tandanya masih ada. alhamdulillah.

kalau ada kuasa tu, lebih baik guna kuasa.

Dalam hati kita, mesti kata rasa jelek dengan perbuatan manusia yang buat kemungkaran tu. dalam hati kita merintih,

"tak takut neraka ke apa budak ni?"

bagus. tandanya rukun iman masih kita tepati. alhamdulillah.

...........

sekarang ini mungkin kita rasa selesa dengan apa yang kita ada. solat kita tunaikan. zakat kita bayar. puasa kita jalankan. al quran hari hari kita baca. semua amal ibadah yang kita buat hampir sempurna kalau nak diikutkan dari mata zahir.

dalah erti kata lain, kita masih dijalan yang benar.

Itupun sebab Allah bagi kita hidayah.

Cuba kalau Allah cabut kita hidayah tu?

barangkali, solat pun dah rasa berat. harta pun rasa kedekut untuk diinfakkan. puasa pun macam tak puasa. lidah pun kelu bila nak baca quran dek jarang membaca. semuanya bertentangan dengan apa yang berlaku pada awalnya.


barangkali kita boleh cakap yang amal ibadah kita dah cukup banyak. jadi, mustahil lah kita nak terpesong akidah dan etc.
barangkali kita dah boleh cakap yang kita belajar agama sejak dari kecil. sampai lah besar panjang ni. takkanlah kita bodoh sangat nak tersilap.
barangkali kita boleh cakap. yang kita dah banyak bagi ceramah, tzkirah dan etc, takkanlah kita nak buat benda benda yang sebaliknya.

tapi apa yang buat kita terlalu yakin untuk mengeluarkan statement statement macam tu sedangkan kita tak pernah lagi kena uji dengan Allah sehebat macam tu?

sedangkan ulama yang tersohor sewaktu ketika dahulu pada hayatnya juga, kantoi dek aniayaan syaitan.

apatah kita yang biasa biasa je ni?

................

kadang kadang kita tersalah konsep. sepatutnya kita membenci kemungkaran yang dilakukan. bukan orang yang melakukan. barangkali ini punca orang susah nak terima nasihat kita.

kadang kadang kita juga mungkin tersalah konsep. gaya kita menegur macam kita ni terlalu sempurna. kita tak cakap diri kita maksum. tapi gaya kita macam kita maksum. barangkali ini punca tiba tiba orang yang dulu duk bagi nasihat lebat. jangan buat ni lah. jangan buat tu lah. tapi last last dia yang buat.

jangan pelik. benda ni semua benda hakikat yang masih berlaku dalam dunia realiti.

jadi, kalau nak mencegah kemungkaran pun. mulut tu jangan lah terlalu ringan nak mengutuk orang sesuka hati walaupun orang tu buat kemungkaran.

ingat, mungkin sekarng hidayah Allah bukan milik dia. tapi milik kita.
tapi hari esok siapa tahu?

kalau boleh kita nak dia dengan kita lah memiliki hidayah Allah sama sama. tak nak lah selang seli.

dia beriman. kita tak beriman. dia tak beriman. kita beriman.

takkanlah?


...............


lepas solat, jangan lupa doa untuk sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah. sentiasa mengingati-Nya walauapapun berlaku.

kadang kadang kita ni banyak betul meminta benda yang kita takda dalam berdoa. tapi benda yang kita dah ada, kita lupa pulak nak minta untuk kekalkan dalam kita berdoa.

semoga Allah terus memberi kita hidayah-Nya yang tak ternilai harganya.

wallahu'alam.

sekian.

4 comments:

dai-chan said...

kadang2 dlm hidup ni,
Allah uji orang miskin dengan kemiskinan, juga Allah akan uji orang kaya dengan kekayaan.
Sebab tu kita kna selalu igt dia.

Peringatan utk diri sendiri juga.

Farhaana Ishak said...

blogwalking. ingat nak anonymous tapi tak dapat pulak :) sokay la, asalkan boleh bagi opinion.

setuju sangat dengan entri ni. peringatan untuk diri sendiri juga, sometimes kite rase kte da dapat hidayah* then yeah macam penulis cakap, bila da waktu realized ni, bila tengok orang lain sometimes terdetik jugak en cakap cakap etc etc padahal diri sendiri tak sedar yang kte ni pun dapat hidayah yang Allah bagi which is boleh dicabut bila bila masa je.

kadang kadang bukan faktor orang tu kutuk, atau bersikap skeptikal secara obviously. tapi kadang kadang gaya penulisan macam menunjukkan diri sendiri da baik sangat pulak sampai kadang kadang as a reader rasa macam annoying pulak padahal benda tu benda baik.

well idk if im in the same boat as you (regarding what i wrote up there, kot tersalah tafsir yr motif of this post kan)

nevertheless, yr entry best, kudos =)

Sharifah Natasha said...

good article. mohon copy dan paste

Najib Daud said...

dai-chan of luck,
yaa. tu la pasal. hakikatnya, setiap masa kita diuji. tengs for the remainder.

ふあなチン,
yeahh. i agree dgn you. smtms,dalam pnulisan pn benda ni happen. so thnx rmnding me juga scra tak lngsg.
thx a lott!
*i dunno hw to pronounce your name properly. -_-"

sharifah natasha,
tafaddholi,
:)