Thursday, September 30, 2010

perempuan melayu dekat Jordan.

gambaq hiasan.



Assalamualaikum,

semasa pulang lewat malam sebentar tadi setelah penat lepak lepak, makan makan dekat popeye dengan kawan kawan yang tercinta setelah hampir sebulan tak lepak bersama dek cuti yang telah berlalu, aku terjumpa member arab aku.

dia ni ada kedai shawarma. nama kedai dia KHON ZEYD. shawarma itu ialah sejenis makanan yang macam kebab dekat malaysia tu. tapi di sini mereka panggil shawarma.

rumah lama aku dulu dekat dengan shawarma tu. tapi setelah pindah. aku dah lama tak pergi kedai tu.

mamat tu yang tegur aku masa dia dalam kereta. macam biasa lah. tegur tegur. mesti tanya khabar, belajar, cuti dan sebagaimana ja.

............

tiba tiba ja dia cakap camni dekat aku, lebih kurang macam ni la.

Member arab : Can you find a malaysian girl for me?
aku : huh? why?
member arab : because they're really nice, mann.

hati aku berdetik, tak silap aku. hari tu dia beriya beriya kata nak mai malaysia dengan awek dia dan family awek dia. tapi last last tak jadi sebab apa entah aku tak pasti.

tapi hari ini tiba tiba dia jumpa aku untuk minta aku carikkan perempuan melayu untuk aku.

huh?

aku: no problem dude. but you have to find for me an arab girl then.
member arab: haa,do you really like arab girls?
aku: haha. no, i'm just kidding

walhal dalam hati pernah la terdetik sekali dua minat awek arab.

member arab: no need man. arab girls are always lying.
aku: really?
member arab: yeah of course. if the arab girls are good enough, I won't ask you to find for me a malaysian girl.
aku : oh yeah yeah.

............

actually panjang juga perbualan kami. tapi aku terpaksa pendekkan sebab aku banyak merapu dan bahasa inggeris aku pun agak terabur masa cakap dengan dia.

tambahan pula, dah lewat malam ni. aku tak nak tidur lewat. banyak kerja perlu dibuat.

...........

aku saja ja nak kongsi cerita ni untuk tatapan dan renungan semua. Dalam hati aku terdetik,
"hebat betul perempuan melayu ni sampai memudah ja nak tackle hati pak arab".

yang lelaki melayu nak tackle awek arab sikit bukan main susah lagi.

barangkali ada yang betul cakap member arab aku tu. bukan aku saja nak tuding jari bukan bukan dekat semua perempuan arab.

tapi itulah realiti. kadang kadang kecantikan luaran seseorang tu tak menjanjikan kecantikan dalaman. contohnya perempuan arab la.

aku cakap macam ni bukan nak kata perempuan melayu tak lawa!

bila dengar member aku cakap macam tu, aku terus tekad untuk berhati hati. ye la. mana tahu kot kot tersangkut dengan minah arab mana mana ke kan. minta jauh la ye.

jadi, kepada sesiapa yang nak menyahut seruan member arab aku tu. boleh la halo halo aku. pastikan niat anda murni. bukan semata mata kehenseman member arab aku dan kehebatan beliau membuka kedai shawarma.

wallahua'alam.

sekian.


Saturday, September 25, 2010

penat menunggu.


Dewasa ini, ramai manusia mengejar cinta manusia lebih daripada cinta ilahi. Tidak kurang daripadanya juga yang kecewa apabila cinta manusia yang cuba dikejarinya tak dapat dapat juga dia kejar.

Dalam isu cinta bertepuk sebelah tangan, selalunya orang akan komplen begini,


" tired of waiting"

persoalannya, siapa suruh kau tunggu?




fakta: penulis hampir lali dengan cinta bertepuk sebelah tangan.

Thursday, September 23, 2010

nabil dan najib.



sebelah kiri dalam gambar tu Wan Mohd Nabil. abang saya.
sebelah kanan dalam gambar tu Wan Muhammad Najib, diri saya.
masa ni tengah tengok konsert kakak saya masa tadika.
masa tu tahun 1995.

lama kan?

Wednesday, September 22, 2010

kita serupa.


" Banyak persamaan tidak menjanjikan kesatukepalaan"

kadang kadang kita tertipu dengan ideologi yang mengatakan persamaan membawa persefahaman.
kita kena fleksibel. tak boleh pegang satu ideologi ja.
hal agama lain cerita.

Tuesday, September 21, 2010

kerja part-time.


ini kerja part-time saya. tolong ibu buat burger.

tolong jangan pelik.


Saturday, September 18, 2010

sorry.



"sory kalau aku macam kerek. aku tak berniat langsung. serius"

kadang kadang aku kesal dengan sikap aku sendiri tanpa aku sedari.
ini bukan pasal cinta. tolongla weh.

Monday, September 13, 2010

Loyalty = stupidity (?)


" we lose the people we love because they are meant to love someone else.we lose them because we are destined to find somebody else.it is simple fact that is sometimes hard to accept because we are too stubborn to let go of something that doesnt belong to us anymore."


kadang kadang kita terlalu baik membiarkan kesetiaan kita memperbodohkan diri kita sampai diri kita sendiri yang merana.

setia itu bagus. tapi perlu bertempat. jangan terlalu mengharap. mengharap pada si dia takda gunanya langsung. serius aku kata

haraplah pada Dia yang Maha Esa.

kerana Dia-lah yang memiliki segala-galanya.




Sunday, September 12, 2010

Batch 0408 SBPIS.




tiba tiba aku rasa rindu dekat korang pulak.


sedih tak dapat join konvoi raya esok.

;(

soryyy.



orang selalu merintih bila orang lain buat kemungkaran.

Assalamualaikum.

aku sekadar nak ingatkan diri aku sendiri. kadang kadang kita ni banyak komplen dengan orang sekeliling kita yang buat kemungkaran.

kemungkaran itu memang perlu dicegah. selemah lemah iman ialah mencegah kemungkaran itu dengan hati. iaitu dengan membenci kemungkaran itu.

bagus. tandanya masih ada. alhamdulillah.

kalau ada kuasa tu, lebih baik guna kuasa.

Dalam hati kita, mesti kata rasa jelek dengan perbuatan manusia yang buat kemungkaran tu. dalam hati kita merintih,

"tak takut neraka ke apa budak ni?"

bagus. tandanya rukun iman masih kita tepati. alhamdulillah.

...........

sekarang ini mungkin kita rasa selesa dengan apa yang kita ada. solat kita tunaikan. zakat kita bayar. puasa kita jalankan. al quran hari hari kita baca. semua amal ibadah yang kita buat hampir sempurna kalau nak diikutkan dari mata zahir.

dalah erti kata lain, kita masih dijalan yang benar.

Itupun sebab Allah bagi kita hidayah.

Cuba kalau Allah cabut kita hidayah tu?

barangkali, solat pun dah rasa berat. harta pun rasa kedekut untuk diinfakkan. puasa pun macam tak puasa. lidah pun kelu bila nak baca quran dek jarang membaca. semuanya bertentangan dengan apa yang berlaku pada awalnya.


barangkali kita boleh cakap yang amal ibadah kita dah cukup banyak. jadi, mustahil lah kita nak terpesong akidah dan etc.
barangkali kita dah boleh cakap yang kita belajar agama sejak dari kecil. sampai lah besar panjang ni. takkanlah kita bodoh sangat nak tersilap.
barangkali kita boleh cakap. yang kita dah banyak bagi ceramah, tzkirah dan etc, takkanlah kita nak buat benda benda yang sebaliknya.

tapi apa yang buat kita terlalu yakin untuk mengeluarkan statement statement macam tu sedangkan kita tak pernah lagi kena uji dengan Allah sehebat macam tu?

sedangkan ulama yang tersohor sewaktu ketika dahulu pada hayatnya juga, kantoi dek aniayaan syaitan.

apatah kita yang biasa biasa je ni?

................

kadang kadang kita tersalah konsep. sepatutnya kita membenci kemungkaran yang dilakukan. bukan orang yang melakukan. barangkali ini punca orang susah nak terima nasihat kita.

kadang kadang kita juga mungkin tersalah konsep. gaya kita menegur macam kita ni terlalu sempurna. kita tak cakap diri kita maksum. tapi gaya kita macam kita maksum. barangkali ini punca tiba tiba orang yang dulu duk bagi nasihat lebat. jangan buat ni lah. jangan buat tu lah. tapi last last dia yang buat.

jangan pelik. benda ni semua benda hakikat yang masih berlaku dalam dunia realiti.

jadi, kalau nak mencegah kemungkaran pun. mulut tu jangan lah terlalu ringan nak mengutuk orang sesuka hati walaupun orang tu buat kemungkaran.

ingat, mungkin sekarng hidayah Allah bukan milik dia. tapi milik kita.
tapi hari esok siapa tahu?

kalau boleh kita nak dia dengan kita lah memiliki hidayah Allah sama sama. tak nak lah selang seli.

dia beriman. kita tak beriman. dia tak beriman. kita beriman.

takkanlah?


...............


lepas solat, jangan lupa doa untuk sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah. sentiasa mengingati-Nya walauapapun berlaku.

kadang kadang kita ni banyak betul meminta benda yang kita takda dalam berdoa. tapi benda yang kita dah ada, kita lupa pulak nak minta untuk kekalkan dalam kita berdoa.

semoga Allah terus memberi kita hidayah-Nya yang tak ternilai harganya.

wallahu'alam.

sekian.

Friday, September 10, 2010

orang kita,

Assalamualaikum.

kebelakangan ini aku suka mempertikaikan apa yang orang orang kita buat.

bukan nak tunjuk diri bagus. tapi benda tu aku rasa dasar memang tak memanfaatkan ummah.

bukan pasal wahabi. aku against wahabi.

sekian.

Thursday, September 9, 2010

Salam lebaran.


Assalamualaikum WBT,



dikesempatan ni, aku nak mintak maap dekat kalian semua.sahabat sahabat sejati yang mengenali diri inii. sekiranya selama ini, kelakuan aku dekat dunia realiti mahupun dunia cyber ni macam entah pape sampai mengguris hati kalian. aku minta maap la ye. dari hujung rambut sampai lah ke hujung ke hujung kuku jari kaki.

harap harap tak berdendam lah ye. kalau ada sebarang luahan, boleh lah terus hantarkan luahan anda ke emelku. wmnajib@ymail.com

insyaAllah aku akan cuba menerimanya dengan sebaik mungkin.

:)

enshaAllah.

moga moga segala amalan ibadah yang kita laksanakan masa ramadhan dapat kita sama sama terus istiqamah pada hari yang mendatang.

syaitan dah terlepas. so, fikir fikirkan lah ye.

salam lebaran.

tulus ikhlas,

Wan Muhammad Najib Mohd Daud.
Tahun 1, Jurusan Pergigian,
Jordan University Science and Technology, Jordan.


*minta maap sekiranya gambaq yang aku letak tu cam entah pape. tapi itu saja yang aku mampu buat dek kekurangan gambaq. serta kekurangan tools nak edit gambaq.

Wednesday, September 8, 2010

Pendidikan Islam bukan sekadar matapelajaran di kelas.


sedar tak yang

kita selalu mengutamakan hal dunia berbanding hal akhirat. buktinya mudah, takat mana berkembangnya ilmu agama kita kalau nak dibandingkan beberapa tahun yang lalu?

takat mana ia berkembang?

nasib baik lah ada pendidikan Islam dulu masa dekat sekolah. kalau tak, tak tahu mana lagi kita nak cedok ilmu agama. Namun,setakat bersandarkan Pendidikan Islam yang kita belajar dekat sekolah tu belum jamin kita nak masuk syurga lagi.

betul dak?

walaupun kita tak amik bidang agama sebagai jurusan pembelajaran kita, tak bermakna kita tak perlu ambil explore lebih dalam hal agama.

betul dak?

sampai bila kita nak gelarkan kita orang awam yang hanya tahu taqlid sahaja dalam bab bab agama ni?

sampai bila?


*taqlid = Mengikut sahaja tanpa tahu menahu hukum asal.

Tuesday, September 7, 2010

SBPI Selandar.



"kau sekolah mana weh dulu?"

"sbpi selandar.."

"er.. er.. dekat mana tu?"

"dekat melaka.."

" eh bas dah sampai lah"*

* buat buat tuka topik.

.........

tipulah kalau aku cakap yang aku jarang jarang face dengan situasi macm ni.
situasi ni nak melambangkan betapa tak femesnya sekolah aku. aku tahu sekolah aku femes dekat melaka. tapi bila keluar melaka. aku sebut ja nama sbpi selandar. orang dah buat muka blur. nak tanya aku segan. takut aku kecil hati. dengan gaya selamba member cakap. 'ooo'.

kalau yang jenis tak kisah. cakap je terus.

"haa. sekolah apa tu?"

tak payah cakapla. benda ni aku face since aku form 1 lagi.

sejujurnya, kadang kadang aku rasa segan juga bila face dengan situasi macam ni. mana taknya. member member lain bila time ice breaking. masing masing bagitau sekolah masing masing. semua kenal. tang bila sampai part kita ja. semua buat muka blur bila sebut 'sbpi selandar'. kadang kadang terpaksa letak 'melaka' dekat belakang. supaya tak nak orang tanya panjang dekat mana. berbuih mulut menjawab.

tapi aku rasa sekarang sekolah aku dah femes sedikit. untung adik adik yang dekat sekolah tu ya. dah keluar keluar sekolah je nanti orang dah kenal nama sekolah.

terima kasih la bagi pihak pihak yang femeskan nama sekolah tu.

.............



lima tahun aku sekolah dekat tu. walaupun masuk lambat. aku akui sekolah tu banyak bantu aku jadi 'orang'.

kalau tak, aku tatahu la aku jadi apa sekarang.

kita tak memerlukan nama sekolah yang femes untuk menjadikan diri kita untuk jadi hebat.
aku terlalu pelik dengan orang yang berfikiran macam tu. sepatutnya kita perlu paksa diri kita untuk berfikiran luar kotak.

kadang kadang kita rasa segan dengan sekolah sbp lain. sebab sekolah kita tak femes mana.

takpayah lah bergantung pada nama sekolah untuk jadi hebat. sebab hal ini terlalu kolot nak diikutkan.

buktinya mudah, tak semua sekolah yang dah femes. dan elit2 gitu dapat menghasilkan produk yang semegah nama sekolah mereka secara keseluruhannya.

bukan nak persoalkan kehebatan sekola mereka. namun, ini lah akibat nya duk terlalu bangga dengan nama sekolah sampai diri sendiri padahal tak dalah menyumbang mana.

biar nama sekolah tak hebat mana. tapi kita beriya riya nak jadi hebat. tak ke lebih gah gitu?



dah tahu sekolah kita tak femes. apa salahnya kalau kita usahakan untuk femeskan. aku tak suruh pun mencapub buat benda enta pape.

sebenarnya banyak sangat platform nak femeskan sekola tu kalau nak ikutkan selain bergantung pada result spm dan pmr.

aku tahu kefemesan tu tak penting. tapi sekurang kurangnya ia boleh jadi pemangkin untuk semua orang yang belajar dekat situ.

so kiranya takda lah orang nak tersipu sipu malu untuk mengaku sbpi selandar tu sekolah dia.

tolong jangan pertikaikan yang sekolah kita tak femes mana. sebab tu kau tak boleh perform well dalam study, sports, dan etc.

loser suka ja bagi alasan entah pape macam ni.

.........

aku ada baki 4 tahun lebih kurang lagi untuk pengajian pergigian aku di Jordan insyaAllah.

aku fikir suatu hari nanti aku nak balas balik jasa sbpis yang telah banyak tolong aku.

dalam erti kata lain. guru guru sbpis itu sendiri.



kan cun tu sekolah kita.



ensha Allah

sekian.

Monday, September 6, 2010

Hari Jadi ke-19.


Assalamualaikum,

semalam before tidur. aku jenguk facebook. aku dapati sudah ada beberapa orang wish birthday untuk aku.

pagi tadi after solat subuh, aku jenguk facebook. aku dapati dah cecah seratus orang post something dekat wallpost aku wish birthday.

walaupun hanya melalui facebook. aku tetap terharu.

diam tak terkata.

walaupun ucapan masing masing agak cliche. aku tetap hargai kesudian setiap pihak untuk meluangkan masa bagi menjenguk page aku. kemudian post ucapan.

terima kasih korang!


12 tahun ( 2003)
*era bermulanya susutan tubuh badan ku.

seriously, wish korang semua dah mampu buat tersenyum seorangan macam dilamun cinta.

:)

3ala kulli hal, segala puji bagi Allah yang masih bagi aku peluang untuk bernafas dan terus menikmati nikmat kehidupan ini.

Semoga imanku dapat dipertingkatkan seiring dengan umur yang semakin menua.\
insyaAllah

sekian.

wasalam.


Sunday, September 5, 2010

cinta lepas kahwin itu indah.



kalau awak nak muncul pun, muncul lah 4 5 tahun lagi. bukan apa.sebab saya takda duit nak lamar awak sekarang. maaf.

okay?

Friday, September 3, 2010

Egoistik.

aku rasa macam kena tembak bazooka bila tengok ceramah ni.


betapa egonya aku selama ni ya Allah.

:(

astaghfirullahal adzim.

Ramadhan akhir.

Assalamualaikum,

hari ni aku kesal.

aku baru sedar yang semakin hari, ramadhan semakin nak tinggalkan aku.

10 malam terakhir aku banyak juga aku leka.

kawan, kawan juga. tapi takkan mahu salahkan kawan kawan?

antara redha Tuhan atau kawan kawan?

ya Allah, semoga aku tak pancit lagi untuk 10 ramadhan terakhir ni.

amin.

Thursday, September 2, 2010

sending off nabil to russia for the last time ever.


kita akan rindu orang yang kita sayang bila berjauhan.

so, kalau nak tahu kita sayang seseorang tu ke tak. cuba kita test berjauhan dengan dia. ada rasa rindu ke tak? kalau ada, sayang la tu. kalau takda. wallahu'alam.



abang aku, nabil akan menamatkan lebih kurang dalam 9 bulan lagi pengajian beliau di Russia.

sumpah aku rasa masa cepat gila berjalan.




Wednesday, September 1, 2010

sejuk hati saya wak.


sejuk hati saya bila awak pakai macam ni wak.
sedap mata memandang.
tenang hati bila terkenang.
iman pun tak da lah nak goyang.

nak usha pun jadi segang

bila tengok awak. buat saya ingat akan Tuhan!


boleh kan awak?



*segang- segan (loghat terengganu)

random.



kalau nak menulis. hati kena seiring dengan tulisan. kalau tak, mesej tak akan sampai.

macam sia sia.

jadi,

bagi aku peluang untuk tulis dengan hati ye.

okay?