Saturday, August 21, 2010

Janji melayu.


Assalamualaikum,

aku yakin semua pernah dengar perkataan 'Janji Melayu'.

apa yang aku tahu pasal janji melayu ini ialah satu janji dimana janji yang tak ditepati. itu orang panggil janji melayu.

aku pun tak pasti sejak bila term ini boleh wujud. tahu tahu masa sekolah dulu. cikgu cikgu dah mula guna macam ni.

bukan nak salah cikgu. tapi itu lah hakikatnya.


..............

bila aku datang Jordan, aku diperkenalkan juga dengan janji arab.

definisi janji arab lebih kurang sahaja dengan definisi melayu.

tak perlu aku huraikan lagi.





jam kalau stylo tapi tak reti nak tepati waktu, takda gunanya.

...........

Bila cakap pasal janji janji ni, selalunya manusia selalu buat janji berkait dengan masa. bukan semua. kebanyakkannya lah. paling common. mesti kaitkan dengan masa.

nak pergi temu janji, ikut masa. nak ajak bini tengok wayang, ikut masa. nak start program, ikut masa.

even nak solat pun, ikut masa.

boleh cakap. kehidupan ni dipenuhi dengan janji yang berlandaskan masa. sangat tipu lah kalau orang kata dia tak pernah berjanji dengan masa.

tapi walaupun benda ni kita hadapi seharian hidup kita.

hakikatnya, kita masih terlalu loser untuk menepati janji masa kita kalau kita betul betul teliti.

tak payah fikir banyak. cuba kita fikir sejenak.

...................

situasi 1:

masa meeting. dah bincang dengan semua untuk start program pukul 8.00 pagi. keputusannya muktamad.

namun pada hari yang program tu nak dijalankan, AJK2 program masih lagi berlengah lengah lagi masa pukul 7.30 pagi. padahal program lagi setengah jam nak mula.

dalam kalang AJK sendiri berpendapat, orang lain yang dijemput untuk ke program sure sure lambat datang punya . paling common dewan program setengah penuh pukul 8.30

itu pendapat AJK.

situasi 2:

orang2 yang dijemput untuk program pula bependapat yang AJK sure sure lambat punya untuk persiapkan program. buang masa je pergi awal kalau program tak bermula lagi.


situasi 3:

orang2 lain yang dijemput juga ke program pula berpendpat yang sure sure orang2 selain dorang ada ja yang lambat. bila dorang lambat, sudah pastinya program tak akan berjalan.


aku rasa sangat mcam palsulah kalau ada orang kata dia tak pernah jumpa situasi situasi macam ni kalu dia betul betul orang melayu.

aku bukan nak kutuk orang melayu. tapi realiti sekarang mcam mana?

............

benda ni aku percaya bukan sahaja berlaku dekat melayu. ada je berlaku dekat orang arab. mat salleh. orang cina. orang india. tapi orang jepun aku tak seberapa pasti.

kadang kadang kalau kita perasan. kalau masa nak pergi kelas pun kita suka berlengah lengah sebab kita yakin doctor akan masuk lambat. so buat apa pergi awal?

kalau kita perasan juga, kalau kita buat temu janji dengan kawan kawan kita. even nak pergi makan sama sama dekat luar pun selalu nya kita gagal nak tepati waktu setepat mungkin. jangan salah kan jam masing masing yang mungkin hanya berbeza dalam 1 2 minit sahaja. kawan, kawan juga. tapi kalau dah janji, kita kena lah tepati juga. barangkali dia tak kisah. tapi sampai bila kita nak hidup macma ni?

yang paling penting sekali, kita selalu dengan konfiden nya suka tangguh waktu solat kita. mentang mentang Allah bagi waktu solat tu agk panjang. tak bermakna kita boleh solat bebila sesuka hati. kalau ada kerja lain cerita lah. ini main berfoya dengan hal dunia gamaknya.

-_-"

............

perasan tak yang kita ni terlalu tak menghargai masa. kita sesuka hati je halal kan masa. padahal masa itu emas. kita tak betul betul hayati kata hikmah tu.

dalam quran pun dah disbut, manusia dalam kerugian dek masa itu sendiri.

sesungguhnya aku rasakan aku telah berlaku kejam diri aku sendiri sebab gagal menepati masa aku dengan betul.

aku cakap benda ni semua sebab aku alami apa yang aku cakap. aku hadapi dengan diri aku sendiri selama ini.

tapi satu hari haritu. aku bertekad untuk berubah dari sikap yang keji ini.

selama ni aku terlalu zalim dengan masa aku sendiri. janji tak tentu hala. kerja asik bertangguh. datang event lambat. janji dengan kawan waktu lain, datang waktu lain. masuk kelas pun lambat. solat pun kadang kadang sesuka hati sahaja lambatkan.

sikap macam ni memang susah kalau nak berubah sorang sorang. benda macam ni kena ajak komuniti buat sesama.

mentaliti tu yang kena ubah kalau nak diri kita berubah.

lagipun Allah dah banyak sebut dalam Quran pasal masa. Cuma kita ja anggap masa tu takda pape. bukan Allah suka pun orang orang yang suka main main kan bab masa ni.

siapa yang rela bila Tuhan tak suka dia?

sama sama muhasabah.

sekian.

No comments: