Sunday, August 22, 2010

Jangan salahkah Madihah.


Assalamualaikum,

hari tu satu Irbid, Jordan dikecohkan dengan satu isu mengenai forum berkaitan Nik Nur Madihah.

kawan kawan sibuk share link tu balik dekat facebook masing masing. orang dekat malaysia terpinga pinga.

sebagai seorang mahasiswa di Jordan, aku akui, aku turut terasa dengan beberapa bait kata kata ahli ahli forum tu yang kadang kadang macam menyakitkan hati. bukan macam. tapi memang .

sabar ja la.

..............

sebagai seorang rakan yang pernah sebatch dengan Madihah dekat JUST, aku dengan ini menyatakan ketulusan hati aku untuk terus menyokong dia dari belakang walaupun ramai orang mempersoalkan keputusan beliau untuk menukar arah tuju secara tiba tiba.

aku percaya bukan aku sorang je yang masih terus sokong beliau.

pelbagai tohmahan yang aku dapat lihat dalam forum tu. itu baru forum belum interview satu malaysia.

tugas aku disini bukan nak mengkritik madihah. namun, sebagai seorang insan yang pernah satu universiti dengan nik madihah, aku rasa tindakan beliau menukar arah secara tiba tiba itu merupakan satu langkah yang bijak demi masa depan beliau.

setiap manusia lakukan kesilapan. aku bukan nak kata madihah jelas jelas sudah tersilap. tapi kalau dia betul betul tersilap. tidak mengapalah, sebab dia pun manusia.

sepanjang aku sama universiti dengan madihah, agak jarang nak bertembung dengan dia sebab dia berada di fakulti yang berlainan.

sejak awal semester satu lagi aku dengan kawan kawan lain dah macam tertanya tanya macam mana lah keadaan beliau masa dalam lecture. sebab kalau nak ikutkan dia ialah satu satunya melayu yang ambil jurusan selain daripada jurusan perubatan dan pergigian.

bila dah lain jurusan. sah sah lah lain lecture.

kitorang yang sesama dentist pun kadang kadang dicampakkan berseorangan dalam satu lecture hall yang dipenuhi dengan orang arab.

kadang kadang. orang arab ni tak semua yang hebat dalam english. dorang ni hebat dalam study cuma penguasaan bahasa inggeris sangat lemah kadang kadang walaupun macam dah capai satu tahap yang tinggi.

Jadi, nak tak nak. kadang kadang lecturer terpaksa cakap dalam bahasa arab masa kelas disebabkan majority nya orang arab.

kalau setakat seorang ja melayu, lepas tu nak cakap bahasa inggeris. dan akhirnya yang lain semua tak faham. susah la jugak ye?

bahasa arab ni pun bukan satu bahasa yang senang. walaupun madihah tu amik bahasa arab tinggi, arab percakapan tak sama dengan arab bertulis. arab percakapan dengan universiti di sini lebih kepada arab pasar yakni arab ammiah.

cuba kau bayangkan seorang mat salleh. datang malaysia. belajr cakap bahasa melayu baku. lepas tu tiba tiba kena hantar dekat universiti di kelantan. lecturer pulok kecek kelate.

orang selangor pun belum tentu faham bahasa kelate. apa tah lagi mat salleh.

bagi aku, situasi yang sama juga berlaku dekat madihah.

cukup.aku tak nak hurai lebih lagi. takut jadi kontroversi. tapi aku sekadar luah apa yang aku tahu.

...............

dalam forum tu pun ada banyak juga tohmahan yang dilontarkan kepada mahasiswa2 timur tengah, dan certain tempat tempat lain.

Jordan tu dalam timur tengah bagi sesiapa yang tak tahu. Jadi, of kos lah kami di Jordan ni terasa dengan segala kritikan yang diberi oleh beberapa insan dalam forum tu.

kalau nak ikutkan, emo juga lah aku bila perhatikan satu persatu ayat kritikan yang diberi. gaya ahli forum cakap macam kami yang berada dekat middle east ni takda nilai langsung kalau nak dibandingkan dengan keluaran tempatan dan eropah sana.

ada yang mengkategorikan kami ni sebagai 'bahan buangan' yang tak diterima oleh tempat tempat lain.

tak ke sakit hati bila orang cakap macam tu?

.................

sangat tipulah kalau aku cakap yang aku terasa dengan kata kata dalam forum tu.

aku tahu la yang Jordan ni tak femes mana. ramai orang tak kenal macam UK, ireland, India, dan etc.

namun, setelah dihantar oleh kerajaan ke sini. nak tak nak aku kena teruskan pelajar aku dekat sini juga dengan tajaan yang telah diberi. kalau aku tolak, kang orang kata kufur nikmat pula.

sesetengah diantara kami cuba untuk menenangkan antara satu sama lain.

antara alasan yang diberi ialah mungkin orang orang yang bagi kritikan tu terlibat dengan agenda oleh pihak tajaan kami. mereka direkrut oleh pihak tajaan untuk menaikkan semangat kami yang berada di Jordan ni dengan memberi kritikan2 itu.

macam lawak. tapi kalau betul, aku memang nak ucapkan terima kasih la juga.

bukan apa. memang betul. lepas aku baca forum tu. aku rasa lagi semangat lagi nak belajar dekat Jordan ni. Memandangkan aku ada empat tahun lagi dekat sini. aku tekad untuk terus berusaha membina diri dekat bumi Syams ni.

aku tahu yang Jordani ni tak semewah mana macam negara negara lain. tapi sebagai seorang insan yang dah hampir setahun duduk sini, aku rasa kan aku sangat beruntung bila dihantar dekat Jordan ni.

orang kata aku cuma nak sedapkan hati bila aku cakap camni.

sumpah aku tak tipu. aku rasa syukur sangat bila fikir fikir balik aku dihantar ke sini.

banyak benda yang aku boleh dapat. paling aku suka ialah aku dapat mempraktikan bahasa arab dengan bahasa inggeris dalam satu masa.

aku percaya benda ni tak berlaku dekat negara lain.

aku rasa aku belum cukup layak lagi untuk cerita apa yang aku akan dapat dekat jordan ni sebab aku baru saja first year. ada benda yang dah aku dapat. tapi aku rasa terlalu awal untuk aku kongsikan. aku lagi suka untuk buktikan satu masa nanti tanpa bercakap lebat terus sekarang dalam blog aku ini.

..............



aku sangat harap yang satu hari nanti aku dapat buktikan dekat satu malaysia yang graduan Jordan bukan bukan calang orang yang boleh dipertikaikan begitu sahaja kredibiliti kami.

walaupun tempat yang kami belajar ni tak sefemes mana, tak bermakna takda mutiara langsung dekat sini.

aku nak marah dekat ahli forum tu tak guna juga. sebab yang cakap tu pun bukannya budak medik or perubatan. mereka hanya orang awam yang tahu komen dan kritik berdasarkan khabar angin tak ditapis.

just wait and see.

satu harapan besar aku dekat madihah.

buktikan yang anda sememangnya layak dengan apa yang anda ada sekarang.
boleh jadi masa depan negara berada di tangan anda.
tolong jangan hampakan kami!
kami di Jordan ni. khususnya yang pernah satu batch dengan anda. takkan berhenti support anda dari belakang!

jangan risau!


sekian.








12 comments:

emirhasnan said...

siapa bilang jordan xmewah.


jadi okb lau balik malaysia taw.

Miss X said...

Ini yang dinamakan mentaliti dan paradigma. Bila mana ramai orang memikirkan masuk universiti adalah untuk dapat ijazah, itu sahaja.

Satu perkara yg saya puji Nik Madihah ialah pemilihan jurusannya. Kalau orang biasa-biasa, pelajar cemerlang, pilihan selalunya adalah perubatan.

Tapi bila Fizik yang dipilihnya, memang saya kata, 'Madihah bukan calang-calang pelajar cemerlang!'

Bila kerajaan menaja pelajar sebegini, sudah pasti negara mengharapkan pulangan modal, dengan kata lain, pelajar tersebut memberi sesuatu untuk negara.

Kalau mengambil perubatan, (dan kalau kurang fleksibel), akhirnya akan terperam di dalam hospital. Mungkin jadi pakar, tapi tak banyak yg boleh dilakukan.

Berbeza dengan menjadi saintis, membuat inovasi. Mencipta rekaan baru untuk negara dan dunia. Pelajar bijak seperti Madihah, Adi Putra, memang tak boleh diajar dengan teknik yg sama dengan org biasa, kerana mereka ada potensi besar. Cara mereka fikir pun dah jauh berbeza.

Sesiapa yg sempat bersama Madihaha, saya kira kadang terpaksa melayan soalan-soalan pelik dari beliau. Pelik kerana tak ada org pernah fikir!

Kedua, pemilihan Jordan.

Sebab utama Madihah ke Jordan, adalah kerana dia ingin buktikan, bahawa latar sains, tak semestinya hanya ada di Eropah. Madihah mahu mencari permata-permata sains yg dipopularkan oleh Islam suatu ketika dahulu.

Cuma, kalau lah waktu itu saya kenal Madihah, saya akan kata, "Madihah, hikmah itu milik org mukmin yg hilang. Mana saja awak jumpa, hatta di bumi yg jauh dari Islam sekali pun, kebijaksanaan yg mereka ada, asalnya milik kita. Dan kita harus mengambilnya kembali"

Kata-kata ini sempat disampaikan padanya sewaktu beliau masih ada di sini.

Timur Tengah pada waktu ini agak suram dengan teknologi. Dan hal inilah yg menyebabkan Madihah ingin bertukar arah, ke Eropah.

Ada, memang ada satu tempat di Timur Tengah ini yang sedang subur dengan inovasi, malah mengalahkan Eropah. IRAN. Teknologi nuklear, robotik mereka, jauh ke depan. Walaupun sekatan demi sekatan dilakukan oleh PBB, tapi mereka terus laju mencipta. Tapi, mahukah kerajaan menghantar pelajar kita ke sana?

Jadi, bila ada yang mengatakan, 'Alah, selesaikan sahajalah degree di Jordan, nanti ambillah master di mana-mana yg bagus', maka dia adalah seorang yg bodoh, memandang ilmu pada selampir ijazah.

Pelajar pintar seperti Madihah, masanya emas!

Istikharah Madihah yg memberi jawapan Jordan sebagai tapak langkahnya, bukan sesuatu yg salah. Hari ini saya yakin, cara pandang Madihah lebih luas. Jordan mengajarkannya sesuatu, sebagai persediaan untuk ke Eropah sana.

Go Madihah. Secara peribadi, saya berasa cukup bertuah dapat mengenali peribada pelajar unik ini. Madihah 1 dalam 1000. Permata bernilai buat Islam.

Doa kami mengiringi mu.

budakkecik said...

salam

bagi saya...

hamba yang bijak ialah mereka yang menguasai banyak ilmu.

hamba yang genius ialah mereka yang mengamalkan banyak ilmu.

hamba yang mulia ialah mereka yang mengunakan banyaknya ilmu untuk mendekatkan diri kepada Pencipta Ilmu.

pendapat peribadi saya...

sokong 99% ukht Madihah melanjutkan pelajaran di Eropah.

"darjat kita di sisi Allah bukan pada bilangan A, tapi pada amalan dan amalan tanpa ilmu ibarat mandi tanpa air.kosong.sia-sia."

ws

Afif Fahim عفيف فهيم said...

org di mesir pun turut menyokong...

p/s: spe ckap bhan buangan tuh, melampau tul...

Anonymous said...

anggap la tu sume ujian Allah ntk madihah.

:) said...

terima kasih korang semua, terima kasih sangat2, sebab memahami, sebab tak salahkan saya, sebab tak melenting, untuk semuanya...

tapi, korang kena tahu, semua ni tak confirm lagi, saya pun tak tahu ke mana saya akan tercampak nanti, saya serahkan semuanya pada Allah, kita tengok lah nanti apa yang akan jadi..

honestly, saya rindu Jordan. honestly, i dont know what should i ask for, frankly speaking, sometimes i hope that bnm would send me back to Jordan

kalau pun saya dihantar semula ke Jordan, saya takkan kecewa, saya belajar sesuatu sepanjang ketiadaan saya dari Bumi Barakah itu, saya nampak banyak hikmah setelah timbulnya isu ni.. saya takkan menyesal andai takdir saya di sana, bersama korang, MEP 09..saya akan teruskan..dan saya tahu, saya takkan keseorangan dalam perjuangan ni...

awe said...

tenkiu for updating me
tak tahu ape2 pun
T.T
btw
sape kate middle east xkelas?

all the best foy your future undertaking

ps : kdg2 ade rasa rugi dalam hati sebab xmintak middle east. trust me :)

anon said...

hanya orang yang rasa nikmat, tau betapa besar nikmat itu.

nikmat duduk jordan.

orang lain, ape tau?

banyak bunyik pulak.

madihah, awk tau kami support awak kan?

Abdul Munir Sanusi said...

Steady Nik Madhihah. Mulut orang memang payah nak jaga. Yang penting kita jaga mulut sendiri. Selamat

:) said...

@syahida majid: doaku untuk kamu juga

@amirah: tau tau tau hee

@abdul munir sanusi: always steady

p/s: najib,sori ye..saya tumpang reply komen2 diorang ni, tak kisah kan? kalau kisah, buat2 tak kisah je la ek tq

Najib Daud said...

cidak, yela tu.

kak syi, terima kasih atas perkongsian anda. boleh buat newpost baru ni gune komen anda. just cpy n past. :P

budak kecik, terima kasih atas perkngsian anda! sama2 kita usaha utk jadi hamba yang mulia

arifadela, yup2 .

awe, kau buat aku senyum. pandai mengayat ye. :D

amirah, :)

abang mun, betul tu. jaga mulut sendiri sudah.


afif, terima kasih atas keprihatinan anda. sama2 kita naikkan name gradun middle east jom!

madihah, dun wory. insyaAllah ktoang sentiasa doakan anda. steady sahaja. tak kisah lah kena campak dekat mana pun. yang penting do the best. orang awam ni suka cakap apa yang dia suka ja. ktoang ni, sebagai insan2 yang pernah bsama anda. insyaAllah akan terus memberi skongan kepada anda. don woryy. takpe2. tak kisah pun. jemput2. :)

ainshams said...

kdg2 utk berjaya, abaikan apa yg org tohmahkan..asalkan yakin dgn pilihan yg dibuat. ~katak yg pekak? =P
semua org berhak berkata-kata, hanya kita yg berhak menentukan siapa & di tahap mana diri kita.. just prove to the wrold who we are.. study elok2, praktikal elok2, attachment di Msia elok2, kerja elok2 insya Allah.
::safe doctora muslimah::