Assalamualaikum,
hari tu satu Irbid, Jordan dikecohkan dengan satu isu mengenai forum berkaitan Nik Nur Madihah.
kawan kawan sibuk share link tu balik dekat facebook masing masing. orang dekat malaysia terpinga pinga.
sebagai seorang mahasiswa di Jordan, aku akui, aku turut terasa dengan beberapa bait kata kata ahli ahli forum tu yang kadang kadang macam menyakitkan hati. bukan macam. tapi memang .
sabar ja la.
..............
sebagai seorang rakan yang pernah sebatch dengan Madihah dekat JUST, aku dengan ini menyatakan ketulusan hati aku untuk terus menyokong dia dari belakang walaupun ramai orang mempersoalkan keputusan beliau untuk menukar arah tuju secara tiba tiba.
aku percaya bukan aku sorang je yang masih terus sokong beliau.
pelbagai tohmahan yang aku dapat lihat dalam forum tu. itu baru forum belum interview satu malaysia.
tugas aku disini bukan nak mengkritik madihah. namun, sebagai seorang insan yang pernah satu universiti dengan nik madihah, aku rasa tindakan beliau menukar arah secara tiba tiba itu merupakan satu langkah yang bijak demi masa depan beliau.
setiap manusia lakukan kesilapan. aku bukan nak kata madihah jelas jelas sudah tersilap. tapi kalau dia betul betul tersilap. tidak mengapalah, sebab dia pun manusia.
sepanjang aku sama universiti dengan madihah, agak jarang nak bertembung dengan dia sebab dia berada di fakulti yang berlainan.
sejak awal semester satu lagi aku dengan kawan kawan lain dah macam tertanya tanya macam mana lah keadaan beliau masa dalam lecture. sebab kalau nak ikutkan dia ialah satu satunya melayu yang ambil jurusan selain daripada jurusan perubatan dan pergigian.
bila dah lain jurusan. sah sah lah lain lecture.
kitorang yang sesama dentist pun kadang kadang dicampakkan berseorangan dalam satu lecture hall yang dipenuhi dengan orang arab.
kadang kadang. orang arab ni tak semua yang hebat dalam english. dorang ni hebat dalam study cuma penguasaan bahasa inggeris sangat lemah kadang kadang walaupun macam dah capai satu tahap yang tinggi.
Jadi, nak tak nak. kadang kadang lecturer terpaksa cakap dalam bahasa arab masa kelas disebabkan majority nya orang arab.
kalau setakat seorang ja melayu, lepas tu nak cakap bahasa inggeris. dan akhirnya yang lain semua tak faham. susah la jugak ye?
bahasa arab ni pun bukan satu bahasa yang senang. walaupun madihah tu amik bahasa arab tinggi, arab percakapan tak sama dengan arab bertulis. arab percakapan dengan universiti di sini lebih kepada arab pasar yakni arab ammiah.
cuba kau bayangkan seorang mat salleh. datang malaysia. belajr cakap bahasa melayu baku. lepas tu tiba tiba kena hantar dekat universiti di kelantan. lecturer pulok kecek kelate.
orang selangor pun belum tentu faham bahasa kelate. apa tah lagi mat salleh.
bagi aku, situasi yang sama juga berlaku dekat madihah.
cukup.aku tak nak hurai lebih lagi. takut jadi kontroversi. tapi aku sekadar luah apa yang aku tahu.
...............
dalam forum tu pun ada banyak juga tohmahan yang dilontarkan kepada mahasiswa2 timur tengah, dan certain tempat tempat lain.
Jordan tu dalam timur tengah bagi sesiapa yang tak tahu. Jadi, of kos lah kami di Jordan ni terasa dengan segala kritikan yang diberi oleh beberapa insan dalam forum tu.
kalau nak ikutkan, emo juga lah aku bila perhatikan satu persatu ayat kritikan yang diberi. gaya ahli forum cakap macam kami yang berada dekat middle east ni takda nilai langsung kalau nak dibandingkan dengan keluaran tempatan dan eropah sana.
ada yang mengkategorikan kami ni sebagai 'bahan buangan' yang tak diterima oleh tempat tempat lain.
tak ke sakit hati bila orang cakap macam tu?
.................
sangat tipulah kalau aku cakap yang aku terasa dengan kata kata dalam forum tu.
aku tahu la yang Jordan ni tak femes mana. ramai orang tak kenal macam UK, ireland, India, dan etc.
namun, setelah dihantar oleh kerajaan ke sini. nak tak nak aku kena teruskan pelajar aku dekat sini juga dengan tajaan yang telah diberi. kalau aku tolak, kang orang kata kufur nikmat pula.
sesetengah diantara kami cuba untuk menenangkan antara satu sama lain.
antara alasan yang diberi ialah mungkin orang orang yang bagi kritikan tu terlibat dengan agenda oleh pihak tajaan kami. mereka direkrut oleh pihak tajaan untuk menaikkan semangat kami yang berada di Jordan ni dengan memberi kritikan2 itu.
macam lawak. tapi kalau betul, aku memang nak ucapkan terima kasih la juga.
bukan apa. memang betul. lepas aku baca forum tu. aku rasa lagi semangat lagi nak belajar dekat Jordan ni. Memandangkan aku ada empat tahun lagi dekat sini. aku tekad untuk terus berusaha membina diri dekat bumi Syams ni.
aku tahu yang Jordani ni tak semewah mana macam negara negara lain. tapi sebagai seorang insan yang dah hampir setahun duduk sini, aku rasa kan aku sangat beruntung bila dihantar dekat Jordan ni.
orang kata aku cuma nak sedapkan hati bila aku cakap camni.
sumpah aku tak tipu. aku rasa syukur sangat bila fikir fikir balik aku dihantar ke sini.
banyak benda yang aku boleh dapat. paling aku suka ialah aku dapat mempraktikan bahasa arab dengan bahasa inggeris dalam satu masa.
aku percaya benda ni tak berlaku dekat negara lain.
aku rasa aku belum cukup layak lagi untuk cerita apa yang aku akan dapat dekat jordan ni sebab aku baru saja first year. ada benda yang dah aku dapat. tapi aku rasa terlalu awal untuk aku kongsikan. aku lagi suka untuk buktikan satu masa nanti tanpa bercakap lebat terus sekarang dalam blog aku ini.
..............
aku sangat harap yang satu hari nanti aku dapat buktikan dekat satu malaysia yang graduan Jordan bukan bukan calang orang yang boleh dipertikaikan begitu sahaja kredibiliti kami.
walaupun tempat yang kami belajar ni tak sefemes mana, tak bermakna takda mutiara langsung dekat sini.
aku nak marah dekat ahli forum tu tak guna juga. sebab yang cakap tu pun bukannya budak medik or perubatan. mereka hanya orang awam yang tahu komen dan kritik berdasarkan khabar angin tak ditapis.
just wait and see.
satu harapan besar aku dekat madihah.
buktikan yang anda sememangnya layak dengan apa yang anda ada sekarang.
boleh jadi masa depan negara berada di tangan anda.
tolong jangan hampakan kami!
kami di Jordan ni. khususnya yang pernah satu batch dengan anda. takkan berhenti support anda dari belakang!
jangan risau!
sekian.