Monday, February 28, 2011

11 kesalahan favourite budak asrama yang perlu dielakkan.




sekolahku yang tercinta.

1. Hisap rokok.

tak sah kalau satu asrama tu takda kes rokok. paling kurang mesti ada satu dua kepala yang buat kepala untuk hisap rokok dekat asrama. cikgu dah naik bosan untuk menangani masalah sebeginian rupa. port utama merokok ialah tandas, belakang dorm, atas bumbung, stor kosong, atas tangga kurang lalu, takpun masa luar sekolah iaitu masa outing. memang susah nak buang tabiat rokok ni. tapi tu la. kalau dah tak tahan pun, hisap sahaja dekat rumah. bila sampai sekolah, cuba cubakan 'puasa' sebentar. kasihani guru guru dan para pengawas untuk buat spotcheck. lagipun, tak elok adik adik junior tengok abang abang senior hisap rokok. okay?

2. bawak handphone.

bawak handphone ni kena bersyarat. kalau macam dulu dekat sekolah aku, publik fon susah nak dapat. ha, orang kata, harus la bawak. tapi senyap senyap. tapi bila kalau publik fon dah bertimbun dekat setiap sudut. masih lagi berdegil nak bawak handphone. tak tahu la nak cakap. orang yang bawak handphone ni ada dua golongan. sama ada nak contact mak bapak. takpun nak contact kekasih. nak contact mak bapak ni selalu nya budak budak form 1 yang baru masuk. yang nak contact kekasih ni selalunya form 3 ke atas. yang tak menahan nya. kekasih dekat asrama puteri je pun. sikit bukan main bersungguh lagi nak message/bergayut sepanjang malam. cuba elakkan bawa henfon. selain takut dirampas oleh guru disiplin. takut juga akan dicuri oleh makhluk yang tak takut dosa.

3. Curi kasut/ baju sekolah/ baju PJ/ segala jenis pakaian.

kadang kadang, bukan nak curi sangat pun. tapi bila dah takda benda nak pakai untuk bersukan. sesetengah tu main sauk je pakaian apa yang ada dekat ampaian. Lepas dah habis guna. main campak je dekat bakul dobi. so, kalau baju hilang ke apa. cuba tengok dekat ampaian dobi. insyaAllah ada. tapi kalau baju terlalu branded tu agak macam sukar la nak jumpa. ada yang main angkut je bawak balik kampung terus. benda jahat macam ni tak baik buat. bukan saja tak ikut peraturan sekolah. malah, berdosa lagi tu. nak guna serbuk basuh baju dekat bilih basuhan pun kena minta izin dahulu. jangan main sauk je.

4. Ponteng prep.

orang yang ponteng prep ni dia tak pergi jauh mana pun masa dia ponteng tu. boleh check dekat dorm ja. selalunya orang yang tak pergi prep ni dia tidur dekat dorm. katanya penat. kalau takda atas katil. cuba check bawah katil. berhati hati dengan katil yang ada macam langsir tu. takpun duduk dalam tandas lama lama. takpun merayap pergi kelas lain usha junior or watsoevar. budaya kuning ni tak patut dicontohi. masa prep ialah masa untuk study. bukan untuk berfoya foya. siapkan homework anda. jangan bagi alasan bukan bukan bila cikgu dah mintak nanti.

5. tak siap homework.

nak kata sibuk, tak. tapi homework masih susah nak disiapkan. dah lah tak siap. bila cikgu tanya, buat buat pergi belakang kelas untuk cari buku yang cikgu minta. bila tak jumpa, kata tertinggal dekat dorm. lepas tu cikgu pun macam kesian. cikgu lepaskan. kalau cikgu tak kesian, cikgu suruh juga amik dekat dorm. ni nahas kalau siapa yang menipu. buat buat tak jumpa lagi. adohay. lemah betul orang macam ni. sekali dua takpa. tapi semua subjek alasan yang sama. macam mana nak siap homework kalau masa prep merayap pergi kelas lain? waduh waduh waduh.

6. tak tuck in + pakai selipar tandas pergi prep.

padahal boleh je tuck in n pakai sandal. tapi nak tunjuk otai punya pasal. saja ja tak nak ikut kedua dua peraturan ni. kalau senior tu lain cerita la sikit. yang junior tu. form 1 form 2. poyo la pulak tak nak ikut semua ni. tahu takut kalau kantoi dengan senior. yang pakai selipar ni, kalau kantoi dengan warden memang sedih la. kena baling selipar dekat dataran. tinggal satu pasang je. nak ambil balik selipar tu. kena tunggu habis prep. lepas tu memang dapat detect la siapa yang pakai selipar prep masa sesi nak kutip selipar masing masing balik. lawak betul.

7. balik cuti lambat.

kes ni aku tak tahu nak cakap apa. sebab ni antara favourite kesalahan aku. asal balik lambat aja. mesti muka aku. pakcik jaga dah naik kenal muka aku. memang femes la juga dalam kalangan makcik dan pakcik jaga. kad outing dah banyak kali kena tahan. walaubagaimanapun, segalanya baik belaka. balik lambat ni takpa kalau kelas tak ponteng (pada pendapat aku la.lol) kalau ponteng tu yang masalah tu. macam alasan yang diberi. demam lah. adik tak sihat lah. kakak pergi oversea. macam macam lagi. kalau nak bagi alasan pun. kena kreatif. tapi jangan amalkan. tak elok. datang awal. tak salah pun kan?

8. sidai baju dekat kipas.

kes macam ni pula bagi sesiapa yang selalu last minute basuh baju sekolah. sangat menyusah ahli dorm yang lain. khususnya bagi siapa yang kipasnya menjadi mangsa. kalau baju tu boleh tahan lagi. ni benda benda dalaman pun kalau nak gantung. macam takda sivik la juga. salah satu sebab yang benda ni menjadi kesalah ialah. bila gantung baju basah dekat kipas. secara tak lanngsung. air akan menitik. so lantai akan basah. jadi membahayakan bagi orang yang berdekatan dengan kipas tersebut. lagi satu, ia akan merosakkan kipas. aku cukup geram dengan orang yang jahanamkan kipas asrama. oscillate je memanjang. nak sidai pun, pandai pandailah sidai. jangan sampai menyusahkan orang lain. bagi sesiapa yang malang, keesokan paginya, dia akan jumpa bajunya terdampar di halaman asrama hasil usaha warden yang berwaspada. tahniah aku ucapkan.

9. Masuk Dewan makan pakai kain pelikat.

sesetengah sekolah boleh. tapi sekolah aku tak boleh. aku tak pasti alasan yang tepat kenapa. tapi bagi aku, rasionalnya. bila hadapan perempuan. kita kena lah kenakan pakaian yang sopan sedikit. kain pelikat bukan tak sopan. tapi macam tak manis pulak kalau berkain pelikat beratur untuk ambil makanan. jangan cuba lawan kata warden. pakai seluar. jangan pakai kain pelikat dekat dewan makan. ke masih tak nampak rasionalnya apa?

10. Solat dalam Dorm.

kes ni parah. orang panggil 'SoDorm'. bukan sodom. itu isu lain. kalau dah terlambat macam subuh tu nak sodorm, takpe la lagi. tapi hampir kesemua solat fardhu nak sodorm payah la juga. surau takda la jauh ke mana. lagi satu, kalau dorm bersih sangat. tak mengapa. ni dorm pun macam tong sampah. ada hati nak buat tempat beribadat. adohay. apa la salahnya berkorban sedikit berjalan untuk sertai solat jemaah dekat surau tu. kalau nak sodorm pun, sodorm la cara berjemaah. bnyak sikit pahala. tapi kalau boleh cuba elakkan. apa fungsi surau kalau tiada orang ingin solat di dalamnya?

11. tidur dalam kelas.

tipu lah kalau tak pernah tidur dalam kelas selagi bergelar budak asrama. budak asrama memang dikenali sebagai pelajar yang suka tidur dalam kelas. barangkali penat. kadang kadang, orang yang tak bersukan pun rajin juga tidur dalam kelas. yang kes ni, memang orang lain memang sumpah tak faham. apa yang dipenatkannya pun tak tahu la. ada sestengah orang tu dia tidur dalam kelas. habis kelas dia study. lepas tu bila exam. dia skor. cikgu memang tak kisah dia tidur dalam kelas. ada juga. yang dalam kelas tidur. habis kelas pun tidur. lepas tu bila exam. dia tak skor. cikgu memang amik kisah kalau dia tidur dalam kelas. kalau rasa tak boleh belajar bila cikgu takda, baik jangan tidur dalam kelas. lagipun, cuba cuba lah berusaha untuk dapat restu cikgu dalam kelas dengan bagi tumpuan sepenuhnya. ni kalau semua kelas nak tidur. sia sia ja mak bapak hantar gi asrama.

sekian sahaja. harap tiada yang tersinggung.
selamat selamat!

*mood: rindu zaman persekolahan!*

13 comments:

zulai said...

fly sebab nak g makan @tgk bola @main game @ snooker.

fadh ^_^ said...

err yg num 11 tu ape lak xpatot buat.
patot lah.
muahahaahaha

Helmy said...

semua aku penah buat,kecuali nombor satu.jahat jugak rupanya aku dulu.kah kah

kehidupan said...

hahaha....nice bro...
mmg ada jer yg pernah wat...
tapi, itulah yg dinamakan SCHOOL HISTORY..haha
alhamdulillah, skolah pon dah abes....skung sume bende tue kene jaga sendiri...xde sape dah nak tegur

Cimot said...

nasib baik tidak pernah tidur dalam kelas, tak pernah bawa handphone, tidak pernah sodorm, tidak pernahponteng prep dan riadah. dan tidak pernah merokok. eh senang kata semua tidak pernah. :D
*tiba-tiba rindu sekolah juga*

Cimot said...
This comment has been removed by the author.
diyana said...

haha post ni leh letak kat blog sbpis. sbg panduan junior.

Abdul Munir Sanusi said...

Boleh tahan jahat juga gua ni dulu-dulu. LOL.

Thank you Nagib sebab kasi ingat memori lepas-lepas.

Unknown said...

:)

Hattarazian said...

aku ingt skola aku jer~hahaha

Najib Daud said...

zulai, hahaa. tahu takpe. tapi kena ingat, tak semua skolah ada tempat untuk fly. huhu

fadh, ceh. backup diri sendiri pulak dia. ye.

helmy, ha. tahu pun jahat. hehee

insan92, tq alif, kenangan sekolah ialah kenangan yang terindah dalam hidup. betul, sekarang ni dah takda sapa nak kawal hidup kita melainkan kita sendiri. take care bro!

cimot, aku ragu ragu betul. aku macam terbayang je pernah tengok kau tidur dalam kelas masa dekat 3 perdana dulu. (lama suda kan? lol)

diyanna, hahaha. ni tulisan picisan je pun.

abng mun, takda hal lah. gua tahu lu dulu memang taiko kisas dulu. :P

ana sakinah, :D

hatta, tak jauh mana bila masuk asrama. lebih kurang je semua. huhu

Hadi said...

najib pnah x siap homework! hehe

Anonymous said...

haha.. terase siot..