Sunday, January 23, 2011

Winter Break Plan.




Winter break

Sebenarnya winter ni aku malas sangat nak keluar mana mana sebab fikir nak kumpul duit untuk penggunaan masa hadapan. Faham faham lah kan sekarang ni cost living semakin meningkat. Harga gula naik, harga bawang naik, harga minyak naik. Anak anak nak sekolah. siapa lagi yang nak support kalau bukan aku sendiri?


A- Irbid, B- Istanbul.(sory tak jelas)


gurau gurau.

tapi memang serius. itu plan nya. mahu kumpul duit. sebab apa? itu rahsia.

Tiba tiba sahaja abang aku ajak aku pergi UK untuk lawat kakak aku. Pada mulanya, terdetik perasaan untuk menolak. Namun, memandangkan abang pula tahun terakhir perubatan dekat Rusia. Aku rasa macam simpati pula. Mana taknya vacation terakhir untuk dia lah katakan sebelum grad. Lagipun ini juga peluang terakhir kami tiga beradik untuk buat reunion bertiga tiga di luar negara. Lepas ni, tinggal aku dengan aku dengan akak aku sahaja di perantauan.


Kisah Easyjet.

Banyak alternatif sebenarnya kalau nak pergi UK dari Jordan. boleh ambil flight direct dari Jordan. Mahupun aku pergi Turkey dengan bas lepas tu ambil flight dekat Istanbul.

apa bezanya?

bezanya ialah harga. kalau ambil direct dari Jordan harga tiket macam mahal la juga. Kali terakhir aku tengok hari tu secara online lebih kurang 450 Jd paling murah pergi balik punya tiket. Kalau convert duit RM, dalam RM 2000 lebih lah jugak.


Pullman Bus Station

tapi kalau ambil dari Turkey pula. agak lah murah. lebih lebih lagi adanya khidmat Syarikat Easyjet. Macam biasa. tempah awal. dapat lagi murah lah kan? alhamdulillah aku dapat book awal la juga. aku punya tiket pergi balik lebih kurang 100 Jd yakni lebih kurang RM 500 sahaja.
murah kan? actually ada yang cheaper lagi.

easyjet takdalah mewah mana. tapi kalau setakat nak selamat sampai tu boleh sahaja. kalau nak mewah mewah tu ambil lah british airways, fly emirates ke dan lain lain.

Walau bagaimanapun, kos flight easyjet tu tak termasuk dengan kos nak pergi turkey tu sendiri dari Jordan. kosnya lain pulak. tak mahal mana pun.

Sepertimana yang telah aku lalui. Pertama kali, aku perlu ambil teksi dari Jordan untuk masuk ke border syria. charge yang dikenakan lebih kurang 10 Jd (RM 50) untuk satu kepala. aku dengan members aku kesemuanya 4 orang. jadi cukup lah 40 Jd. Senang cerita, satu kereta tu 40 Jd. So kalau dua kepala. kena pandai pandai la cutting 40 Jd tu.

Nasib baik aku duduk dekat Irbid. takda lah jauh mana. setakat 45 minit - 1 jam sahaja nak sampai border syria tu.

Ada orang kata ada teksi yang direct bawak pergi Damsyik (Ibu Kota Syria). sebab dekat situ ada bas bawa ke Turkey direct. Katanya dekat Pullman Station. Orang arab panggil 'boulman' . bila aku tengok papan tanda. termaktub 'Pullman Station'. entah mana depa cilok nama tu pun aku tak sure. Ada juga kena lompat lompat teksi untuk pergi ke damsyik tu.

kalau nak pergi pullman secara direct kena tambah sikit duit. macam aku kena hari tu. hampir nak dekat 8Jd la juga untuk satu kereta. kalau 4 orang, sekitar 2 Jd satu kepala. So about RM 10 lah juga spend.

daripada Pullman Station, aku ambil bas untuk pergi ke Istanbul terus. Cas yang dikenakan ialah sebanyak 28 Jd (actually dalam syria pound yakni 1800 Lira) so kalau convert duit kita, dalam RM 140 gitu.

Cukai Keluar Negara.

cop. cukai jangan lupa.
aku cukup geram negara yang bagi cukai bila nak keluar negara dia. ni sah sah kerajaan dah takda duit dah ni. haish. dulu Jordan tak kenakan cukai. sekarang dah pandai kenakan cukai pula.

nak keluar Jordan kena bayar 8 Jd (RM 40)

nak keluar Syria kena bayar lebih kurang 600 Lira Syria ( RM40)

total cukai dalam 16 Jd gitu. cuma nanti nak pulang semula. kena cukai untuk syria sahaja. Jordan tak perlu. sebab aku masuk Jordan dan keluar Syria. turkey tak kena kan cukai pun. tak silap aku la.

errr. geram aku. Malaysia cool aja. tak payah kena kena cukai nak keluar negara.

Total Up

Jadi kalau total untuk pergi London melalui Turkey untuk one way lebih kurang gini lah kiraan nya

1. Irbid, Jordan - Damsyik, Syria (direct ke Pullman Station ) - 12 Jd
2. Damsyik, Syria - Istanbul, Turkey (otogan ke apentah nama stesenya. aku tak ingat. maaf) - 28 Jd
3. Istanbul, Turkey- London, England (easyjet ye) - 50 Jd
4. Cukai Cukai yang berkenaan. - 16 Jd

mari mengira!

12 Jd + 28 Jd + 50 Jd + 16 jD = 106 Jd

kalau pergi balik darab lah dua. namun kena tolak cukai Jordan. sebab tak keluar Jordan lagi.

(106 * 2) - 8 = 204 Jd ( RM 1020)

syukur aku masih mampu untuk mengira. alhamdulillah.


Konklusi

jadi lebih kurang 204 Jd lah juga aku spend untuk pergi UK daripada aspek tambang. tak termasuk aspek makan minum semuanya itu. Kalau nak ikutkan, sangat lah murah. Jika tak reti saving, setiap kali bas pergi ke turkey tu berhenti dekat R&R turkey. rajin rajin lah beli maknan mahupun minuman.

kalau saving macam aku, bawak bekalan dari Jordan lagi. memang menjimatkan.

Tak lupa juga. kalau sampai dekat istanbul tu awal berbanding flight date kita. mungkin anda kena cari tempat penginapan. so mungkin tambah cost sikit lah. tak banyak mana.

abaikan awek ni. aku amik gmbar ini dekat google.ini dia tempat aku menginap
'Mavi Guest House'

cuma, kalau naik bas melalu syria dan turkey ni, agak memenatkan. tapi sangat menjimatkan.

setakat ini sahaja aku mampu untuk berkongsi kisah winter break aku. jikalau aku ada masa, akanku cuba update lagi untuk tatapan pembaca sekalian.

selamat ye!




4 comments:

diyana said...

nk keluar indon pon kne bayar cukai.
benci btol.

Najib Daud said...

hehee.
sian diyan.
sabar ye

Hattarazian said...

perh..murah gile najib.sonok2..masuk makan2 dan jalan2 sume brapa?xletak pun bajet makan dan jalan2..dan berapa hari di sana..ahaha

Anonymous said...

salam. tumpang tanya. klau hand luggage easyjet die kire cmne ek? backpack dh kire 1 beg ke cmne?