Wednesday, January 5, 2011

orang naik minyak bila harga minyak naik.


Harga Minyak RON 97 naik lagi.

ramai orang bising tidak puas hati. sebab hari tu macam baru aja naik. tapi ni naik lagi. orang istilahkan isu ini sebagai hadiah tahun baru.

aku tak kisah part tuh.

kita sebagai rakyat mudah melatah apabila kerajaan buat sesuatu yang menggugat kita. Dalam erti kata lain tidak memenuhi tuntutan yang kita inginkan.

kita rakyat. Mereka pemimpin.

Kita yang pilih mereka. kalau bukan kita, mungkin kebanyakan orang lain yang pilih mereka.

orang selalu cakap

"Pemimpin berjiwa rakyat"

tapi orang jarang cakap

"Rakyat berjiwa pemimpin"

kita, rakyat, selalu fikir kita betul. Bila pemimpin gagal memenuhi hak kita kadang kala. kita cepat melenting. kata ni tak betul lah. tu tak betul lah.

nampak gaya macam dia aja yang boleh jadi pemimpin.

apabila disuruh untuk memimpin, kita undur kebelakang. kata kita,

"politik itu kotor"

sudah. alasan.

harga minyak naik mungkin ada sebabnya. jangan tahu menghukum sahaja atas sebab dendam politik semata mata.

aku tak pro mana mana pihak.


3 comments:

eszol said...

mmg la ade sebab

dan setiap sebab itu x pernah di terangkan dgn bukti2 nombor tetapi hanya diberitahu bhawa kerajaan da x mampu nak bear dgn harga minya dunia

wth

Anonymous said...

kemane kerajaan habiskan duit kita sebenarnya?

buat projek sane sini.lebih sikit,masuk poket sendiri.

kalau betul pemimpin berjiwa rakyat,wlw harga minyak dunia naik,kerajaan mesti boleh kurangkan beban tu tanpa perlu menyusahkan rakyat dia.miskin sgt kerjaan(?)

sape tak melenting der,org bayar tax,cukai pintu segala macam.harga naik,jenayah naik,anak luar nikah naik.

ape ce?

-hang jebat-

W M Najib said...

eszol,
barangkali kerajaan ada silapnya.
action speaks louder than words.
bukan senang nak terus expose semua detail. kita tahu provoke je. cuba kalau kita yang jadi depa. mula mula boleh cerita dah plan baik semua. tapi tibe tibe kalau tersilap langkah. bukan senang nak terus terang tengan ksilapan dalam begini.
melainkan orang itu hebat. kalau kau hebat, aku harap kau dapat jadi tokoh negara satu hari nanti. jangan hanya menulis dan mengkritik sahaja. good luck!

anonymous,
macam aku cakapdekat eszol tadi. barangkali kesilapan kerjaan dalam hal tu kadangkala kita tak dapat sangkal lagi. memang berlaku. aku sendiri akui. jujur aku kata, kalau nak explain dari segi minyak naik turun semua. aku tak reti nak jawab. mmg tanggjwb kerajaan nak jaga hak rakyat dan etc. spttnye kita dah ptt bsyukur ada la juga negara kita ni bagi sbsdi bab2 minyak ni. kalau tak, merana juga la kita. ni dah naik sikit mnyak. kita dah melenting habis. bayangkan kalau takda sbsdi langsung. dah tentu lagi merana kita. aku faham. aku pun tak suka minyak naik. sbb nanti kena bayar lebih dan etc. banyak benda lagi kena bayar selain minyak kereta. aku cuba fikir logik. barangkali kerajaan buat ni sebab2 tertentu. kalau tidak, barangkali negara kita lingkup terus. kita rakyat, jangan tahu hak kita je yang perlu dituruti. pemimpin pun ada hak daripada kita juga sebenarnya. hak kita juga ialah untuk membetulkan pemimpin jika depa salah. nak betulkan pun ada caranya. tapi tak semua benda yang kita fikir pemimpin salah tu salah. sebab kita rakyat, kdang2 ada limit pemikiran kita yang tak dapat kita capai sebagai seorang pemimpin. baru jadi baru tahu. unless kita memang born to be a leader. kalau kau rasa pemimpin tu kepala batu sangat, dah cakap taknak dengar semua, apa kata kau jadi pemimpin satu hari nanti. barangkali orang macam kau dapat mengatasi segala keperitan yang rakyat hadapi sekarang. jadi, usaha lah dari sekarang! good luck!