Thursday, January 13, 2011

baca baca.


siapa tak mahu jadi serius?

semua orang teringin menjadi serius. kadangkala. bukan setiap masa.

kadang kadang aku ada sedikit rasa kesal kerana gagal memupuk semangat membaca sejak kecil dahulu.

manakan tidak, waktu pergi perpustakaan dekat sekolah dahulu, bukannya membaca buku pun.
Yang aku buat ialah update surat khabar pasal isu bola.

lepas tu pergi begitu sahaja tanpa maklumat tambahan lain.

sekarang umur aku nak cecah 20.

aku jeles tengok kawan kawan lain yang punya pengetahuan am sikit bukan main tinggi lagi.

bukan setakat tu sahaja, penulisan mereka bahkan tersangat lah mantap kalau nak diikutkan.

aku geram.

mulai sekarang. aku akan cuba untuk buat post yang berbentuk ilmiah sedikit serta agak updating.

disamping itu, akanku cuba menulis dalam bahasa inggeris.

kian, inggeris ku semakin berkarat. segan kalau balik nanti cakap inggeris berterabur.

malu malu malu.


3 comments:

kakashi said...

Yep, 20 tahun. Bak kata FT, perlu menyerlah jauh dari yang biasa. Bak kata Hassan Al Banna muslim tak boleh lama-lama jadi remaja.

Best of luck Najib

Zafer Muslim said...

you are great man! hehe..

W M Najib said...

thx kakashi!

zafer, alhamdulillah. tapi apa kurangnya enta tu ye.
:)