Tuesday, November 23, 2010

hakikat ilmu.


"hakikat ilmu ialah semakin kita belajar, semakin kita rasa bodoh"

Syukri Ali

jangan tanya aku siapa syukri ali tu siapa. tapi ayat dia ni memang makan dalam. sebab apa. barangkali aku dah rasa cukup dengan apa yang aku ada. hakikatya tidak. duuhh,

orang yang jahil ialah tidak mahu tahu apa yang dia tak tahu.

ilmu tak datang bergolek. tak kisahlah bab apa pun. kita kena bertanya kalau tak menahu.

belajar bukan takat nak lepas untuk exam sahaja.

rugi kalau kita sendiri orang islam tak tahu hukum hakam Islam yang sebenar secara menyeluruh.

nak nak belajar dekat timur tengah.

ilmu = amal.






Ladang Arafat.



jangan puji. aku tahu ini style.

terima kasih zulkhairi.

Sunday, November 21, 2010

Meh bina masjid.




"Kalau nak bina masjid, mesti kena rajin pergi masjid dulu"



p/s : bakal bini siapa yang tak nak suami yang kaki masjid?


Wednesday, November 17, 2010

Eidul Adha.



Selamat Hari Raya Aidiladha!

Maaf Zahir dan Batin ye!

kullu 3m w2ntum b5eeer!



*takda gambar lain dah ni je yang ada sory*

Monday, November 15, 2010

aku bagi dia pilihan tadi do. aku ke klcc do?


bahaya tengok video ni lelama.

Assalamualaikum,

semalam, kecoh satu Irbid (rasanya lah) pasal video seorang budak perempuan dengan seorang budak lelaki bercumbu dekat publik depan pavillion dekat KL.

aku fikir dekat Irbid je kecoh. rupanya kecoh satu Malaysia.

Aku percaya. ini semua hasil perkongsian di facebook.

benda yang kotor. cepat betul merebak. pantas bebenau. d

............

first time aku tengok. macam menggeletar la jugak. terasa macam bodoh pun ada jugak. bukan aku yang bodoh. aku terasa perempuan tu yang bodoh. lelaki tu dah sah sah bodoh.


aku bukan dekat sini nak membodohkan orang sesuka hati. tapi kalau pasal benda basic macam ni tak boleh nak elakkan. kalau aku tak panggil 'bodoh' aku nak panggil apa lagi.

manakan tidak, maruah diri macam dah takde harga lagi. siap bangga lagi rekod dalam video.

sayu jiwa brader.



hakikatnya, bukan mereka aja yang pernah buat macam tu. ramai lagi yang dekat luar sana masih lagi berleluasa bercumbu-cumbuan di publik. itu baru cumbu. belum second step lagi.





bergetar jiwa nak bercakap bang oi.

aku tahu dan sedar. kebanyakkan yang tengok video tu dah tahu realiti dunia Malaysia sekarang. siapa yang selalu jalan jalan dekat KL tu tahu lah realiti sebenarnya. Nak tengok orang smooching sangat senang. dekat publik pulak tu.

aku ingat lagi masa first time dulu tengok orang smooching ialah dekat Mid valley. itu pun mat salleh. tu masa darjah 6.

naik form 2, pergi mid valley. jumpa budak melayu selamba dek buat kerja yang sama dekat dalam restoran dekat sebelah GSC.

errrr..


mula mula rasa ghorib (pelik) tapi bila benda tu ramai dah buat. orang anggap benda ni macam biasa.

cuma kali ini baru ja nak hangat. sebabnya diletakkan video itu dalam facebook dan youtube.

bahayanya, kalau benda berdosa macam ni kita anggap dah biasa. takutnya kita dah hilang sensitivit pada agama kita. sedangkan selemah lemah iman itu membencinya dengan hati.

tapi kalau hati pun tak reti nak benci sebab rasa macam dah biasa. level mana iman kita?

.................

barangkali budak budak ni kurang perhatian daripada ibu bapa mereka. sebab tu mereka terabai. terabai sampai buat dosa dekat publik pun tak rasa macam apa apa.

tak mustahil kalau mak bapak budak budak tu ialah ustaz ke ustazah.

bukan apa. realiti dunia sekarang. anak ulama' pun boleh buat kes lagi.

sebab tu kumpulan nasyid raihan nyanyi

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa"

apatah lagi orang biasa biasa.
..............

kita yang sedar lagi ni patut bersyukur sebab Allah masih bagi kita hidayah dekat kita untuk tak buat benda yang pelik begitu.

tak mustahil kalau kita terlibat satu hari nanti. aku tak mendoakan. tapi tak mustahil.

iman itu naik turun.

jadi jangan maki lebih lebih. takut kalau dah kena batang hidung sendiri. baru kesal tak kesudahan.

banyakkan ilmu beserta amalan untuk elakkan kejahilan.

jahilnya manusia sampai bawak diri sendiri masuk dalam neraka.

na'udzubillahmin zallik.

.............

pemuda pemudi sekalian. kita lah yang akan membentuk negara satu hari nanti. sama ada sedar atau tidak. sepatutnya kita dah patut rasa bertanggungjawab pasal benda benda macam ni.

umur makin meningkat. jangan pentingkan diri sendiri. siapa lagi kalau bukan kita yang nak bentuk masyarkat.

apa apapun, segala galanya bermula dari diri sendiri. cegah kemungkaran pada diri sendiri. baru bergerak ke orang lain. kalau diri sendiri tak tercegah, apatah lagi orang lain untuk kita cegah.

payah.

aku hamba Allah yang lemah. sekadar berkongsi pendapat. sebarang kesilapan. pohon maaf.

wallahu'alam






Thursday, November 11, 2010

muhasabah.

Assalamualaikum,

sangat berbahaya kalau kita rasakan bahawa segala amal ibadah kita ni dah cukup. sangat berbahaya.

mana tak nya. solat fardhu 5 kali sehari semua dekat masjid. kopiah melekat kat kepala hampir setiap masa. tudung labuh jadi pakaian rutin. quran pulak berkepit 24 jam. dakwah tak pernah diabaikan. blog sendiri dipenuhi dengan tazkirah tazkirah mantap hasil tulisan sendiri.

mashaAllah.


tapi tu la pasal, syaitan tak pernah putus asa nak sesatkan kita. walaupun kita dah buat amal banyak mana. pada akhirnya, syaitan pasti akan cuba sesatkan kita juga. dalam kita sedar tak sedar.

aku hanya nak cuba mengingatkan diri sendiri ni yang banyak contengan dosa hasil nukilan diri sendiri.

sebanyak mana ibadah kita. tapi kalau kita rasa dah cukup. rasanya bahaya. bukan apa. siapa kata nak ukur ibadah sendiri dan decide cukup ke tak?

selagi mana kita mampu. kita usaha. kalau dah rasa banyak. banyak kan lagi. sebab tak pernah cukup ibadah kita ni kalau nak diikutkan.

maklum, hati siapa yang syaitan tak mahu kacau kalau orang tu banyak buat amal ibadah macam antum sekalian?

sama sama kita muhasabah diri.

wallahu'alam.

Sunday, November 7, 2010

My name is Wan, and I'm not a kelantanese.

Assalamualaikum,

aku dah penat explain orang ramai mengenai persoalan kenapa nama aku ada 'wan' sedangkan bapak aku takde pun.

hari ini aku tekad untuk mengexplainkan ia dalam ruang ini sebagai jawapan kepada kawan kawan yang masih tertanya tanya.

...........

Nama diberi

'Wan Muhammad Najib bin Mohd Daud'

sejak kecil lagi aku dah dididik, kalau orang tanya kenapa nama bapak takde wan. nanti jawab macam ni

"mak saya keturunan sharifah syed. jadi sebab tu mak saya letak nama 'wan' dekat nama saya. semua adik beradik saya. even sepupu sepapat saya pun macam tu gak'

tapi aku faham. orang masih macam garu garu kepala sambil tanya dalam hati 'nama mak kau sharifah. kau pula 'wan'. so what?'

aku pun tak reti nak hurai panjang sampai lah satu hari tu aku terjumpa satu buku dekat perpustakaan sekolah.

" Salasilah Kerabat Diraja Tanah Melayu'

saja saja je nak tengok. tapi akhirnya terjumpa satu statement yang mengatakan.
lebih kurang macam ni la statemnt dia

"bagi perempuan yang berketurunan sharifah syed. apabila berkahwin dengan orang biasa. Kebiasaannya mereka akan meletakkan nama anak anak mereka 'wan' , 'nik' dan ' ape entah aku tak ingat' "

tapi lebih kurang macam tu la.

pergh, serius after aku tengok statement tu aku lega. akhirnya ada juga bahan bukti.

bukan apa. aku pun cuak gak. bukan tak percaya cakap mak. tapi maklumlah, kadang kadang orang tak faham. kata kita ni gila title ke apa. padahal tak pun. -_-"

so, kalau nak bukti, kena mai sekolah aku dekat melaka sinun.

...........

orang kata keturunan sharifah syed ni ada nasab nabi muhammad SAW. wallahu'alam.

tipulah kalau aku kata aku tak berbangga dengan statement tu.

tapi dekat sini bukannya aku nak kecoh dekat orang ramai yang aku ada nasab dengan nabi.


cumanya, sebagai renungan, dewasa ini, ramai je orang claim dia keturunan nabi. sikit bukan main bangga lagi nak heboh satu malaysia.

tapi bila tengok tengok diri yang claim tu. takda gaya langsung menunjukkan akhlak macam nabi sendiri. orang biasa lebih jauh bertakwa daripada depa.

bukan semua. seteng seteng je la pun.

kiranya, yang ingin aku ingatkan diri aku dan kalian semua. tak kisah lah kita datang dari keturunan apa pun. kalau kita masih dalam kekufuran, Allah tetap memandang hina dekat kita. tak kisahlah kaya mana pun. nasab kuat mana pun.

hakikatnya, Yang membezakan antara kita semua ialah tahap ketakwaan masing masing.

wallahu'alam.

sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Revival The Islamic Spirits.



serius terasa macam nak pergi sangat.

cumanya dekat Toronto.

harap harap dekat Irbid nanti ada satu program macam ni.
paling kurang untuk orang PERMAI sendiri cukup lah.
insyaAllah

p/s: siapa nak support tambang pergi sana. aku okay je. ^_^