Assalamualaikum,
sangat berbahaya kalau kita rasakan bahawa segala amal ibadah kita ni dah cukup. sangat berbahaya.
mana tak nya. solat fardhu 5 kali sehari semua dekat masjid. kopiah melekat kat kepala hampir setiap masa. tudung labuh jadi pakaian rutin. quran pulak berkepit 24 jam. dakwah tak pernah diabaikan. blog sendiri dipenuhi dengan tazkirah tazkirah mantap hasil tulisan sendiri.
mashaAllah.
tapi tu la pasal, syaitan tak pernah putus asa nak sesatkan kita. walaupun kita dah buat amal banyak mana. pada akhirnya, syaitan pasti akan cuba sesatkan kita juga. dalam kita sedar tak sedar.
aku hanya nak cuba mengingatkan diri sendiri ni yang banyak contengan dosa hasil nukilan diri sendiri.
sebanyak mana ibadah kita. tapi kalau kita rasa dah cukup. rasanya bahaya. bukan apa. siapa kata nak ukur ibadah sendiri dan decide cukup ke tak?
selagi mana kita mampu. kita usaha. kalau dah rasa banyak. banyak kan lagi. sebab tak pernah cukup ibadah kita ni kalau nak diikutkan.
maklum, hati siapa yang syaitan tak mahu kacau kalau orang tu banyak buat amal ibadah macam antum sekalian?
sama sama kita muhasabah diri.
wallahu'alam.
1 comment:
soal hati. siapa yag tahu? kan88?
Post a Comment