Monday, November 15, 2010

aku bagi dia pilihan tadi do. aku ke klcc do?


bahaya tengok video ni lelama.

Assalamualaikum,

semalam, kecoh satu Irbid (rasanya lah) pasal video seorang budak perempuan dengan seorang budak lelaki bercumbu dekat publik depan pavillion dekat KL.

aku fikir dekat Irbid je kecoh. rupanya kecoh satu Malaysia.

Aku percaya. ini semua hasil perkongsian di facebook.

benda yang kotor. cepat betul merebak. pantas bebenau. d

............

first time aku tengok. macam menggeletar la jugak. terasa macam bodoh pun ada jugak. bukan aku yang bodoh. aku terasa perempuan tu yang bodoh. lelaki tu dah sah sah bodoh.


aku bukan dekat sini nak membodohkan orang sesuka hati. tapi kalau pasal benda basic macam ni tak boleh nak elakkan. kalau aku tak panggil 'bodoh' aku nak panggil apa lagi.

manakan tidak, maruah diri macam dah takde harga lagi. siap bangga lagi rekod dalam video.

sayu jiwa brader.



hakikatnya, bukan mereka aja yang pernah buat macam tu. ramai lagi yang dekat luar sana masih lagi berleluasa bercumbu-cumbuan di publik. itu baru cumbu. belum second step lagi.





bergetar jiwa nak bercakap bang oi.

aku tahu dan sedar. kebanyakkan yang tengok video tu dah tahu realiti dunia Malaysia sekarang. siapa yang selalu jalan jalan dekat KL tu tahu lah realiti sebenarnya. Nak tengok orang smooching sangat senang. dekat publik pulak tu.

aku ingat lagi masa first time dulu tengok orang smooching ialah dekat Mid valley. itu pun mat salleh. tu masa darjah 6.

naik form 2, pergi mid valley. jumpa budak melayu selamba dek buat kerja yang sama dekat dalam restoran dekat sebelah GSC.

errrr..


mula mula rasa ghorib (pelik) tapi bila benda tu ramai dah buat. orang anggap benda ni macam biasa.

cuma kali ini baru ja nak hangat. sebabnya diletakkan video itu dalam facebook dan youtube.

bahayanya, kalau benda berdosa macam ni kita anggap dah biasa. takutnya kita dah hilang sensitivit pada agama kita. sedangkan selemah lemah iman itu membencinya dengan hati.

tapi kalau hati pun tak reti nak benci sebab rasa macam dah biasa. level mana iman kita?

.................

barangkali budak budak ni kurang perhatian daripada ibu bapa mereka. sebab tu mereka terabai. terabai sampai buat dosa dekat publik pun tak rasa macam apa apa.

tak mustahil kalau mak bapak budak budak tu ialah ustaz ke ustazah.

bukan apa. realiti dunia sekarang. anak ulama' pun boleh buat kes lagi.

sebab tu kumpulan nasyid raihan nyanyi

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa"

apatah lagi orang biasa biasa.
..............

kita yang sedar lagi ni patut bersyukur sebab Allah masih bagi kita hidayah dekat kita untuk tak buat benda yang pelik begitu.

tak mustahil kalau kita terlibat satu hari nanti. aku tak mendoakan. tapi tak mustahil.

iman itu naik turun.

jadi jangan maki lebih lebih. takut kalau dah kena batang hidung sendiri. baru kesal tak kesudahan.

banyakkan ilmu beserta amalan untuk elakkan kejahilan.

jahilnya manusia sampai bawak diri sendiri masuk dalam neraka.

na'udzubillahmin zallik.

.............

pemuda pemudi sekalian. kita lah yang akan membentuk negara satu hari nanti. sama ada sedar atau tidak. sepatutnya kita dah patut rasa bertanggungjawab pasal benda benda macam ni.

umur makin meningkat. jangan pentingkan diri sendiri. siapa lagi kalau bukan kita yang nak bentuk masyarkat.

apa apapun, segala galanya bermula dari diri sendiri. cegah kemungkaran pada diri sendiri. baru bergerak ke orang lain. kalau diri sendiri tak tercegah, apatah lagi orang lain untuk kita cegah.

payah.

aku hamba Allah yang lemah. sekadar berkongsi pendapat. sebarang kesilapan. pohon maaf.

wallahu'alam






4 comments:

Aswadsky said...

najib, the vid is stupid and everything in it, but at least the 'uproar' shows we care right?

jgnlah artist melayu pon dah berani nak tunjuk adegan2 camtu... atleast kita rasa pelik...and we should rase pelik

Anonymous said...

sile tundukkan pandangan ye.len kali xyah klik video tuh.tambah dose je.

Anonymous said...

sile tundukkan pandangan ye.len kali xyah klik video tuh.tambah dose je.

W M Najib said...

aswadsky,
yea yea. u're right. tau takpe. cuak juga . ni anu dalam betul nk kuar ni. dehayy

anonymous, thnx 4 reminding!
:)