Sunday, November 7, 2010

My name is Wan, and I'm not a kelantanese.

Assalamualaikum,

aku dah penat explain orang ramai mengenai persoalan kenapa nama aku ada 'wan' sedangkan bapak aku takde pun.

hari ini aku tekad untuk mengexplainkan ia dalam ruang ini sebagai jawapan kepada kawan kawan yang masih tertanya tanya.

...........

Nama diberi

'Wan Muhammad Najib bin Mohd Daud'

sejak kecil lagi aku dah dididik, kalau orang tanya kenapa nama bapak takde wan. nanti jawab macam ni

"mak saya keturunan sharifah syed. jadi sebab tu mak saya letak nama 'wan' dekat nama saya. semua adik beradik saya. even sepupu sepapat saya pun macam tu gak'

tapi aku faham. orang masih macam garu garu kepala sambil tanya dalam hati 'nama mak kau sharifah. kau pula 'wan'. so what?'

aku pun tak reti nak hurai panjang sampai lah satu hari tu aku terjumpa satu buku dekat perpustakaan sekolah.

" Salasilah Kerabat Diraja Tanah Melayu'

saja saja je nak tengok. tapi akhirnya terjumpa satu statement yang mengatakan.
lebih kurang macam ni la statemnt dia

"bagi perempuan yang berketurunan sharifah syed. apabila berkahwin dengan orang biasa. Kebiasaannya mereka akan meletakkan nama anak anak mereka 'wan' , 'nik' dan ' ape entah aku tak ingat' "

tapi lebih kurang macam tu la.

pergh, serius after aku tengok statement tu aku lega. akhirnya ada juga bahan bukti.

bukan apa. aku pun cuak gak. bukan tak percaya cakap mak. tapi maklumlah, kadang kadang orang tak faham. kata kita ni gila title ke apa. padahal tak pun. -_-"

so, kalau nak bukti, kena mai sekolah aku dekat melaka sinun.

...........

orang kata keturunan sharifah syed ni ada nasab nabi muhammad SAW. wallahu'alam.

tipulah kalau aku kata aku tak berbangga dengan statement tu.

tapi dekat sini bukannya aku nak kecoh dekat orang ramai yang aku ada nasab dengan nabi.


cumanya, sebagai renungan, dewasa ini, ramai je orang claim dia keturunan nabi. sikit bukan main bangga lagi nak heboh satu malaysia.

tapi bila tengok tengok diri yang claim tu. takda gaya langsung menunjukkan akhlak macam nabi sendiri. orang biasa lebih jauh bertakwa daripada depa.

bukan semua. seteng seteng je la pun.

kiranya, yang ingin aku ingatkan diri aku dan kalian semua. tak kisah lah kita datang dari keturunan apa pun. kalau kita masih dalam kekufuran, Allah tetap memandang hina dekat kita. tak kisahlah kaya mana pun. nasab kuat mana pun.

hakikatnya, Yang membezakan antara kita semua ialah tahap ketakwaan masing masing.

wallahu'alam.

sekian.

11 comments:

NabilDaud said...

post kau memudahkan kerja ak.trima kasih jib job.keke

Intonasi said...

Mana dengar benda ni? Kelas multaqa ilmi ke?

Owh begitu.

Ampun tuanku

Cinta Madu said...

ouh, kerabat diraja tanah melayu. baru tau. kalau meor pun sama ke?

Anonymous said...

kasyi : ustaz mahdi ada citer kat tafaquh akhawat ari tu kan?...apakah najib menyamar di balik niqob?..hek3

Anonymous said...

betul2..
tafaquh hari tu!

Cidak said...

ampun tuanku.

lepas ni patik panggil kamu 'wan'

keh3

Cidak said...

najib masuk tafaquh akhawat?

kes hot nih!

Suara Kalbu said...

Salam perkenalan..

Singgah sini sebab tertarik dengan tajuk entry. Bila baca...kebetulan di pejabat akak ada sorang budak laki nama dia WAN AFIF BIN DAUD. Hampir sama lak dengan nama awak. Dulu akak pun selalu tanya kenapa bapa dia takde nama WAN kat depan. Kat opis orang selalu confuse antara akak dengan dia sebab nama akak WAN NUR... BT WAN DAUD. Hihihii

Intonasi said...

Boleh jadi

Sebab Najib ni boleh tahan rajin dia gi kelas-kelas ni.

Tak pun, sebenarnya Ust Mahadi dah diculik Najib, dan Najib transform jadi Ust Mahadi.

Boleh jadi

عمار حمزة said...

O.o
wow.

W M Najib said...

nabildaud, no hal lah bro!

intonasi, apakah? mana ada rajin. haritu pun terpegi. huhu

cinta madu, maaf. sy tak sure plak.

anonymous, apakah?

anonymous, segalanya kebetulan.

cidak, ampung tuangku la. :P

suara kalbu, ouh yekee. hehe. nsb baik tmpat sy ni takde nama yang dkat2 ngn sy. tp orang selalu salah tulis nama saya. geram betul. penat membaiki. hehe

ammar, :)