Friday, November 6, 2009

Pelangi Petang.







teman,
pernahkah kau tahu,
semalam
bagaimanakah keadaan diriku,

teman,
hari ini kau lihatku
sentiasa tersenyum,
sentiasa bertegur,
sentiasa menyapa,
tak kira di mana jua

teman,
dahulu,
aku bukanlah aku,
jika kau kenali aku sejak dahulu,
mungkin kau tahu siapa aku,

teman,
pernahkah kau dibenci?
pernahkah kau disisihi?
pernahkah kau dijauhi?

teman,
tahukah kau
betapa pahitnya pabila dibenci?
betapa hinanya pabila dicaci?
seolah-olah dunia ini tiada harapan bagimu lagi,

teman,
hidupku pernah tidak menentu
tanpa hala dan tuju
inginku luahkan tapi malu

teman,
saatnya begitu genting
ku pendam
ku simpan
ku diam

teman,
mujur hadir bimbingan
membentuk kematangan
menjiwai kesabaran


teman,
di saat itu
baru aku tahu
baru aku sedar
dimana perlu aku gantung tali harapan
yang mampu berkekalan

teman,
sinaran mula terpancar
lidahku mula lancar
melafazkan doa pada Yang Maha Esa
agar terbentang luas jalan rahsia

teman,
aku pernah merintih
peritnya ujian-Nya
walaupun sedikit
bergetar imanku dibuat-Nya


teman,
Dia kurniakan sesuatu yang tidak pernahku duga
kesukaran didahulukan
agar tidak hanyut dek kelalaian
kepahitan yang kurasai
menjadi manis tanpa kusedari








2 comments:

tepianmuara said...

Salam
hm..
pelangi petang..
sy ad pengalaman ngan lgu nh

it may means different things to us..
having been there,
kte akn knl spe btul2 kwn tyme kte ssh

pengalaman mendewasakan.

asrarsakinah said...

i like this...^_^