Wednesday, June 17, 2009

top secret.

Assalamualaikum WBT,

hai kawan-kawan,

di sini saya ada satu pengumuman penting

AMAT penting

Dinasihatkan kepada sesiapa yang ada penyakit lemah jantung tu

Sila jangan baca post kali ini

Sebarang kematian yang tidak diduga

adalah bukan dibawah tanggungjawab saya

Jadi,

Saya ulang

"KEPADA PARA PESAKIT LEMAH JANTUNG DAN ETC,
ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MEMBACA POST SAYA KALI INI"


Jeng Jeng Jeng






InsyaAllah 22nd June ni saya akan register

dekat INTEC

dan bulan September ini

mungkin saya akan berlepas ke

JORDAN!



P/S: Dengan ini, saya ingin memberitahu kalian semua bahawa
saya tidak akan memasuki Kolej MARA Seremban.
Kepada kawan-kawan KMS yang sempat saya kenal,
good luck!
maafkan saya kerana kita tidak dapat bersama.







Monday, June 1, 2009

India.


“Jordan?”

“Naa..”

“United Kingdom?”

“Naa..”

“Mesir?”

“Naaa..”

“Habis??!”

“India sudehhh”

Kenapa post kali ini saya bagi tajuk INDIA?'

“Najib, kau takde tajuk lain ke haa?”

“TAKDEEE,”

Memangpun. Saya dah takde tajuk lain dah untuk new post.
Yang ada pun INDIA je.

“Kenapa dengan INDIA?”

InsyaAllah. Saya akan menyambung pengajian saya di India dalam masa 2 tahun akan datang.
“2 tahun? Asal lambat naww.”

Ouhh. Saya kena buat International Baccalaratte dulu la. Dekat Kolej MARA Seremban. “Ape kejadah nya itu International Baccalaratte??” International Baccalaratte itu ialah IB. IB ialah sejenis diploma. Tapi peringkat antarabangsa punyaa! (tak silap saya lah )



“Bukan kau cakap nak pergi Jordan ke dulu?”

Haha.tak kata nak pergi.Bercita-cita aje.Namun takdir menentukan untuk saya belajar di India.

“Kesian kau ye dapat india jee”

Eh, kenapa plak nak kesian? Dah cukup baik dah MARA bagi saya peluang untuk pergi India.Alhamdulillah hirobbil’alamin. 

“Apa yang special sangat pasal India ni Najib?”

Entahlah.yang saya tahu Universiti-universiti dekat sana menyediakan kemudahan yang bagus-bagus belaka. Tidak hairanlah jika mereka mampu menghasilkan graduan graduan yang hebat belaka.

“Apa harapan kau kalau dapat pergi India nanti?”

Dapat sesuaikan diri di sana. Moga-moga dapat belajar dengan cemerlang yang mungkin. Tidak lupa dapat memperluas segala ilmu di dada ini. InsyaAllah.

“Tapikan Najib, kau tak jeles ke dengan kawan-kawan yang lain dapat pergi Mesir lah, Jordan lah, UK lah, Australia lah, Russia lah..dan macam macam lagi”
Haaa? Takdenye nak jeles la. Rezeki masing masing lah. Yang ADA HIKMAHNYA. Allah SWT sentiasa merancang yang terbaik untuk kita walaupun kita tak pernah terfikir akan menjalani seperti mana yang telah Allah tetapkan. Secara jujurnya, saya hanya JELES dengan kawan kawan saya yang dah masuk kolej, matriks, persediaan, atau apa apa jela. Mereka semua masuk awal.  Saya je belum lagi..Tapi takpe insyaAllah ini pun ada hikmahnya. 

“Apa perasaan kau bila dapat tahu yang kau akan pergi India?”
SHOCKED. Haha.



P/S:Saya harap segala persoalan yang muncul dalam hati kalian berkaitan masa hadapan saya dalam pembelajaran saya sudah terjawab berdasarkan post saya kali ini. Untuk pengetahuan semua, masa hadapan saya untuk berada di India tu sebenarnya belum CONFIRM lagi kerana saya perlu menamatkan pengajian IB saya dahulu selama 2 tahun. Saya mengharapkan ihsan daripada kalian semua untuk mendoakan agar saya dapat menamatkan IB saya secemerlang yang mungkin.Insya Allah. Sekian. Wasalam.

Monday, March 23, 2009

Sekapur Sirih

Assalamualaikum.
Saya rasa belum terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan penghargaan kepada kalian semua berikutan kejayaan saya dalam SPM 2008.
Alhamdulillah, dengan kuasa Yang Maha Esa, saya telah ditakdirkan untuk mendapat 11A1 dalam SPM saya buat kali pertama dan akhirnya (ade ke orang seat spm dua kali?)

Bagi saya, 11A1 yang saya dapat itu bukanlah untuk diri saya. Malahan saya tujukan ia khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, adik-beradik yang tersayang, guru-guru yang terhormat, serta teman-teman yang terbaik yang selama ini tidak pernah berhenti daripada memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang perjuangan saya. Pohonan doa yang tidak pernah putus pada setiap waktu juga telah membawa keberkataan yang kabir atas usaha saya selama ini.

Untuk pengetahuan kalian semua,mereka yang dibawah ini sangat banyak memberi sokongan kepada saya selama ini:-
1. My Lovely Parents

Mohd Daud bin Kasmuni, Sharifah Noranita binti Syed Hussin

"babah tak dapt wariskan harta untuk anak-anak babah, cukuplah sekadar ilmu yang ada"
Mohd Daud bin Kasmuni

-quotes ini telah memberi 1001 makna bagi saya dan adik-beradik saya yang lain.

2. My Lovely siblings


Najah,Nawfal,Nabil,Naqib
(4 N)

"tak sia-sia aku ngn kak jah brainwash kau dulu"
Wan Muhammad Nabil

-quotes itu sangt mendalam bagiku.
hahaha
thanx eh abg n kak jahh.
nwfal n naqb too.
^_^

3. My Lovely Teachers.

guru-guru saya ialah mereka yang berpakaian baju batik tuh.

"hopefully tahun depan muka awak plak naik pentas"
Puan Amiza Adnan

-Quotes ni sngt saya ingt sampi sekrang. Masa tuh, ada majlis penyampaian hadiah untuk pelajar form 5 2007 yang cemerlang dalam SPM.
Ketika itu, saya hanya menjadi seorang CAMERAMAN.hee~
Sejak daripada itu, semangat saya terus BERKOBAR-KOBAR untuk naik pentas pada tahun 2009 kelak.

4.My Lovely Seniors,


"form 4 bukan honeymoon time"
Nazim Abdul Rahim

-quotes ni ialah milik abang dorm saya ketika saya form 3 dan beliau merupakan pelajar form 5 sewaktu itu. Quotes ini telah menyebabkan saya sudah mula belajar bersungguh ketika saya form 4 lagi.
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang kata begitu
Hampir kesemua senior saya yang memberi peringatan seperti itu
saya rasa kalau mereka tak pesan mcm tu dkat saya dulu
mungkin saya masih bermadukasih lagi sampai sekrang
hehe..
papepun,
seniors tought me a lotttttt of things.
they build my maturity
thnx 4 da advces n sprts guys.
:D
5. My Lovely Friends.

0408 boys


0408 girls

"Genius is nonsense"
Amir Ariff

-Quotes ini telah disebutkan oleh teman kamarku, Amir Ariff, Walaupun beliau tidak menetap di kamar 17. Namun aku masih mengganggap dia sebagai teman kamarku (weh,dormmate ek.jgn pk laen.ish3)
Bagi saya, saya bukanlah seorang yang genius kerana saya tidak pernah mendapat tempat dalam ranking TOP TEN selama ini.
Pencapaian yang saya dapt ini mungkin berkat usaha dan doa saya selama ini.
Alhamdulillah
6. My Lovely Juniors.


"kitorang akan sentiasa doakan kejayaan abang-abang semua"
adik-adik form one 2008

-banyak-banyak quotes drpd junior sy, sy rasa saya dapat ingat yang ini je.
saya tidak bermaksud yang junior lain tidak membantu. Cuma ini sahaja yang saya dapt ingt.
hee~.
Namun saya rasa sungguh terharu apabila saya cuba mengingati semula kenangan-kenangan manis serta pahit bersama junior-junior mahupun lelaki atau perempuan yang selama ini jarang-jarang (bukan tak pernah yeahh ;p) menjadi 'troublemaker' dalam kehidupan saya sepnjang saya bersekolah di sana.
Kepada yang pernah menjadi 'troublemaker', saya juga ingin mengucapkan terima kasih diatas trouble yang anda pernah buat kerana dengan trouble-trouble itu, saya juga telah berusaha untuk mengukuhkan inner-strength saya.
thnxx guyss
^_^

7. seorang KAWAN saya,

dia telah membuatkanku memalingkan diriku daripada kancah percintaan di sekolah
terima kasih saya ucapkan.



Akhir kata, saya harapkan doa-doa kalian untuk my next step pulaa. Kejayaan SPM bukan SEGALA-GALANYA. Quotes ini telah menghantui fikiran saya sekarang.
Tetapi saya percaya Quotes ini juga bakal memangkinkan semangt saya untuk menghadapi pusingan yang seterusnya. Next new post, InsyaAllah saya akan menceritakan tentang MY NEXT PLAN.
Sekian.
Wassalam