Sunday, January 23, 2011

Winter Break Plan.




Winter break

Sebenarnya winter ni aku malas sangat nak keluar mana mana sebab fikir nak kumpul duit untuk penggunaan masa hadapan. Faham faham lah kan sekarang ni cost living semakin meningkat. Harga gula naik, harga bawang naik, harga minyak naik. Anak anak nak sekolah. siapa lagi yang nak support kalau bukan aku sendiri?


A- Irbid, B- Istanbul.(sory tak jelas)


gurau gurau.

tapi memang serius. itu plan nya. mahu kumpul duit. sebab apa? itu rahsia.

Tiba tiba sahaja abang aku ajak aku pergi UK untuk lawat kakak aku. Pada mulanya, terdetik perasaan untuk menolak. Namun, memandangkan abang pula tahun terakhir perubatan dekat Rusia. Aku rasa macam simpati pula. Mana taknya vacation terakhir untuk dia lah katakan sebelum grad. Lagipun ini juga peluang terakhir kami tiga beradik untuk buat reunion bertiga tiga di luar negara. Lepas ni, tinggal aku dengan aku dengan akak aku sahaja di perantauan.


Kisah Easyjet.

Banyak alternatif sebenarnya kalau nak pergi UK dari Jordan. boleh ambil flight direct dari Jordan. Mahupun aku pergi Turkey dengan bas lepas tu ambil flight dekat Istanbul.

apa bezanya?

bezanya ialah harga. kalau ambil direct dari Jordan harga tiket macam mahal la juga. Kali terakhir aku tengok hari tu secara online lebih kurang 450 Jd paling murah pergi balik punya tiket. Kalau convert duit RM, dalam RM 2000 lebih lah jugak.


Pullman Bus Station

tapi kalau ambil dari Turkey pula. agak lah murah. lebih lebih lagi adanya khidmat Syarikat Easyjet. Macam biasa. tempah awal. dapat lagi murah lah kan? alhamdulillah aku dapat book awal la juga. aku punya tiket pergi balik lebih kurang 100 Jd yakni lebih kurang RM 500 sahaja.
murah kan? actually ada yang cheaper lagi.

easyjet takdalah mewah mana. tapi kalau setakat nak selamat sampai tu boleh sahaja. kalau nak mewah mewah tu ambil lah british airways, fly emirates ke dan lain lain.

Walau bagaimanapun, kos flight easyjet tu tak termasuk dengan kos nak pergi turkey tu sendiri dari Jordan. kosnya lain pulak. tak mahal mana pun.

Sepertimana yang telah aku lalui. Pertama kali, aku perlu ambil teksi dari Jordan untuk masuk ke border syria. charge yang dikenakan lebih kurang 10 Jd (RM 50) untuk satu kepala. aku dengan members aku kesemuanya 4 orang. jadi cukup lah 40 Jd. Senang cerita, satu kereta tu 40 Jd. So kalau dua kepala. kena pandai pandai la cutting 40 Jd tu.

Nasib baik aku duduk dekat Irbid. takda lah jauh mana. setakat 45 minit - 1 jam sahaja nak sampai border syria tu.

Ada orang kata ada teksi yang direct bawak pergi Damsyik (Ibu Kota Syria). sebab dekat situ ada bas bawa ke Turkey direct. Katanya dekat Pullman Station. Orang arab panggil 'boulman' . bila aku tengok papan tanda. termaktub 'Pullman Station'. entah mana depa cilok nama tu pun aku tak sure. Ada juga kena lompat lompat teksi untuk pergi ke damsyik tu.

kalau nak pergi pullman secara direct kena tambah sikit duit. macam aku kena hari tu. hampir nak dekat 8Jd la juga untuk satu kereta. kalau 4 orang, sekitar 2 Jd satu kepala. So about RM 10 lah juga spend.

daripada Pullman Station, aku ambil bas untuk pergi ke Istanbul terus. Cas yang dikenakan ialah sebanyak 28 Jd (actually dalam syria pound yakni 1800 Lira) so kalau convert duit kita, dalam RM 140 gitu.

Cukai Keluar Negara.

cop. cukai jangan lupa.
aku cukup geram negara yang bagi cukai bila nak keluar negara dia. ni sah sah kerajaan dah takda duit dah ni. haish. dulu Jordan tak kenakan cukai. sekarang dah pandai kenakan cukai pula.

nak keluar Jordan kena bayar 8 Jd (RM 40)

nak keluar Syria kena bayar lebih kurang 600 Lira Syria ( RM40)

total cukai dalam 16 Jd gitu. cuma nanti nak pulang semula. kena cukai untuk syria sahaja. Jordan tak perlu. sebab aku masuk Jordan dan keluar Syria. turkey tak kena kan cukai pun. tak silap aku la.

errr. geram aku. Malaysia cool aja. tak payah kena kena cukai nak keluar negara.

Total Up

Jadi kalau total untuk pergi London melalui Turkey untuk one way lebih kurang gini lah kiraan nya

1. Irbid, Jordan - Damsyik, Syria (direct ke Pullman Station ) - 12 Jd
2. Damsyik, Syria - Istanbul, Turkey (otogan ke apentah nama stesenya. aku tak ingat. maaf) - 28 Jd
3. Istanbul, Turkey- London, England (easyjet ye) - 50 Jd
4. Cukai Cukai yang berkenaan. - 16 Jd

mari mengira!

12 Jd + 28 Jd + 50 Jd + 16 jD = 106 Jd

kalau pergi balik darab lah dua. namun kena tolak cukai Jordan. sebab tak keluar Jordan lagi.

(106 * 2) - 8 = 204 Jd ( RM 1020)

syukur aku masih mampu untuk mengira. alhamdulillah.


Konklusi

jadi lebih kurang 204 Jd lah juga aku spend untuk pergi UK daripada aspek tambang. tak termasuk aspek makan minum semuanya itu. Kalau nak ikutkan, sangat lah murah. Jika tak reti saving, setiap kali bas pergi ke turkey tu berhenti dekat R&R turkey. rajin rajin lah beli maknan mahupun minuman.

kalau saving macam aku, bawak bekalan dari Jordan lagi. memang menjimatkan.

Tak lupa juga. kalau sampai dekat istanbul tu awal berbanding flight date kita. mungkin anda kena cari tempat penginapan. so mungkin tambah cost sikit lah. tak banyak mana.

abaikan awek ni. aku amik gmbar ini dekat google.ini dia tempat aku menginap
'Mavi Guest House'

cuma, kalau naik bas melalu syria dan turkey ni, agak memenatkan. tapi sangat menjimatkan.

setakat ini sahaja aku mampu untuk berkongsi kisah winter break aku. jikalau aku ada masa, akanku cuba update lagi untuk tatapan pembaca sekalian.

selamat ye!




Friday, January 21, 2011

Istanbul, Turkey

Assalamualaıkum,

sekarang aku lıve berada dı İstanbul, Turkey.

Alhamdulıllah akhırnya sampaı juga aku dekat tanah yang penuh bersejarah nı.

aku onlıne sebentar dekat rumah tumpangan aku nı. Mavı Guest House. serıus susah nak type. kalau perasan huruf ı aku takda tıtık sebab guna keyboard bahasa turkey.
sebenarnya aku nak upload sangat gambar tapı tak mampu sebab semuanya dalam kamera kawan aku. agak leceh nak ambıl kabel semua dan laın laın lagı.


Istanbul. serıus aku tak tıpu tempat ını sangat cantık.

sangat sangat sangat cantık.

antık lagı moden.

yang antıknya ıalah bangunan bangunan nya. yang modennya ıalah fasılıtı macam tremway stuff dan etc.

aku jatuh cınta dengan ıstanbul.

lelakı turkey segak belaka. orang perempuan turkey tak secantık perempuan arab dı tanah arab.,


pada pandangan aku lah.


akhır kata, aku dah jumpa tempat honeymoon aku lepas kahwın nantı.
ınsyaAllah.

esok akan gerak ke London bersama sahabat yang laın. insyaAllah. tak sampaı london lagı bajet macam dah ları.

errrrr...


Saturday, January 15, 2011

Funny Nerve




"And, I’m gonna talk about something funny here. There is two nerve, medial pectoral nerve and lateral pectoral nerve. If you look at the cadaver, the medial pectoral nerve is actually lateral. But why we called it medial? Because it’s origin is medial to the origin of the lateral."

Dr Ayman Mustafa

sampai sekarang aku tak faham apa yang funny nya.
mungkin doctor nak mudahkan kami untuk menghafalnya. sebab tu beliau kata 'funny'


*p/s: ada improvement tak post aku? XD

Thursday, January 13, 2011

baca baca.


siapa tak mahu jadi serius?

semua orang teringin menjadi serius. kadangkala. bukan setiap masa.

kadang kadang aku ada sedikit rasa kesal kerana gagal memupuk semangat membaca sejak kecil dahulu.

manakan tidak, waktu pergi perpustakaan dekat sekolah dahulu, bukannya membaca buku pun.
Yang aku buat ialah update surat khabar pasal isu bola.

lepas tu pergi begitu sahaja tanpa maklumat tambahan lain.

sekarang umur aku nak cecah 20.

aku jeles tengok kawan kawan lain yang punya pengetahuan am sikit bukan main tinggi lagi.

bukan setakat tu sahaja, penulisan mereka bahkan tersangat lah mantap kalau nak diikutkan.

aku geram.

mulai sekarang. aku akan cuba untuk buat post yang berbentuk ilmiah sedikit serta agak updating.

disamping itu, akanku cuba menulis dalam bahasa inggeris.

kian, inggeris ku semakin berkarat. segan kalau balik nanti cakap inggeris berterabur.

malu malu malu.


Wednesday, January 12, 2011

Nilai dunia.



"ولو انت الدنيا تزن عند الله جناح بعوضة ما سقى افرا منها قطرة"

"Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak akan pernah memberi minum seorang kafir setitis pun"


Hadis Riwayat Ibnu Majah.


sama sama kita cuba hayati hadis ni. tak mau cakap lebih.
insyaAllah

kebendaan.



sukar kita nak nafikan yang kita ni tak bersikap kebendaan.

sebagai peringatan untuk diri sendiri,

ayuh sama sama kita merdekakan diri kita semua daripada sikap kebendaan.

ayuh!


Tuesday, January 11, 2011

sumber inspirasi.


hidup ini memerlukan sumber inspirasi untuk terus bangkit.

aku dahulu pernah memiliki satu sumber inspirasi yang sangat menginspirasikan diri aku.

namun kini ia sudah tiada.

hakikatnya Allah ingin menguji aku.

memberitahuku bahawa Dia lah sumber inspirasi sebenarnya yang kekal lagi hakiki.




p/s: saya rindu 'sumber inspirasi' saya.

Monday, January 10, 2011

Wear It Right!




tergerak hati bila tengok blog member follow kempen ni sekali.
moga moga mendapat kita sama sama manfaat daripadanya.

Sesungguhnya yang tertutup itu memang lebih indah.
Menutup segala ruang kemaksiatan
dalam jiwa seorang lelaki.

bukan senang nak jadi lelaki, salah pandang, sengsara jiwa.

Saturday, January 8, 2011

pantun final.


pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
serius aku hampir termengah,
nak habiskan exam yang tinggal lagi tiga.

8/1/2011 - Physiology
10/1/2011 - Pathology
15/1/2011 - Anatomy

tolong doakan aku dan kawan kawan aku yang lain ye!

Thursday, January 6, 2011

bestfriends.


"a gurl n a guy cant just be bestfrens"

Khadijah Hassan.


faham kan apa dia?

Wednesday, January 5, 2011

orang naik minyak bila harga minyak naik.


Harga Minyak RON 97 naik lagi.

ramai orang bising tidak puas hati. sebab hari tu macam baru aja naik. tapi ni naik lagi. orang istilahkan isu ini sebagai hadiah tahun baru.

aku tak kisah part tuh.

kita sebagai rakyat mudah melatah apabila kerajaan buat sesuatu yang menggugat kita. Dalam erti kata lain tidak memenuhi tuntutan yang kita inginkan.

kita rakyat. Mereka pemimpin.

Kita yang pilih mereka. kalau bukan kita, mungkin kebanyakan orang lain yang pilih mereka.

orang selalu cakap

"Pemimpin berjiwa rakyat"

tapi orang jarang cakap

"Rakyat berjiwa pemimpin"

kita, rakyat, selalu fikir kita betul. Bila pemimpin gagal memenuhi hak kita kadang kala. kita cepat melenting. kata ni tak betul lah. tu tak betul lah.

nampak gaya macam dia aja yang boleh jadi pemimpin.

apabila disuruh untuk memimpin, kita undur kebelakang. kata kita,

"politik itu kotor"

sudah. alasan.

harga minyak naik mungkin ada sebabnya. jangan tahu menghukum sahaja atas sebab dendam politik semata mata.

aku tak pro mana mana pihak.


Tuesday, January 4, 2011

Nafsu.





parah hidup kalau tak reti nak kawal nafsu.

tak kisah la jenis nafsu apa pun. sekali kita layankan, semakin membuak nafsu menuntut kehendaknya.

nafsu kita umpama kuda liar. kalau kita ikat betul betul dengan tali yang berkualiti, dia tak lari mana. Senang nak kawal. tapi kalau kita ikat longgar longgar, memang senang lah kuda liar tu nak terlepas.

tali kita ialah iman kita. kalau iman rapuh macam mana nak ikat nafsu. Nafsu sekali dah terlepas membuas, memang susah nak ditambat semula.


jangan kecilkan skop nafsu kepada nafsu syahwat sahaja. ok?

Monday, January 3, 2011

JUST09




ini rakan rakan seperjuangan aku.

JUST09.

*klik gambar untuk besarkan!*

Exam Finale.



Selamat Menduduki Peperiksaan Final !

khususnya bagi mereka yang berada di Jordan.


*minta maaf kerana deactivate seketika sebelum ni*