Friday, March 18, 2011

nak rambut awal ashaari, dapat rambut rempit.


assalamualaikum,

hari ni aku sedih sedikit. sebab aku ada satu pengalaman gelap sikit.

macam ini cerita dia bermula...

..............

"amar, okay tak rambut aku ni?"

"boleh la. tapi panjang sikit"

"kalau gitu, okay tak kalau aku gunting"

"dah la weh. kata nak study"

"lorh. satu soalan je pun. okay laa. err"

situasi ini berlaku di perpustakaan universiti hari ini. selepas tamat exam lab head and neck anatomy. aku dan amar merajinkan diri untuk pergi perpustakaan bagi menelaah Microbiolgy yang around the corner je lagi.

tapi itu bukan point yang aku bawak kan. point nya ialah pasal rambut.

hati tak selesa. nak gunting ke tak nak. minta maaf sebab nampak macam duniawi. tapi ini mengenai penampilan. aku terpaksa pikir juga. bukan pasal nak jadi hensem. tapi nak nampak kemas.

runsing runsing.

.................

" balik ni aku kena gunting gak rambut ni. tak boleh jadi"

gertak hati aku seketika berada di dalam bas berseorangan malayzi.

dalam hati serba salah. member semua sibuk exam. housmate dah tekad untuk bersara sekejap sebab hari tu ada sikit kontroversi orang gunting rambut dengan dia tak seberapa reti nak kemaskan tempat pengguntingan.

" fine fine"

dalam waktu yang sama. tercetus satu fikrah baru. fikrah dia bunyi mcam ni,

"tak pernah aku gunting dengan arab. nak juga sesekali mencuba"

lepas tu terlelap dalam bas. sampailah dekat depan kedai adidas.

.............

sampai rumah. rehat 15 minit gitu. capai duit. 5 jd gitu. terus tekad pergi kedai gunting rambut.

sampai sampai sahaja.

"assalamualaikum, syabab"

"waalaikumussalam.hala hala"

" biddi gassir syu'ri" * i want to cut my hair*

...... ( mamat tu geleng kepala. tapi dia tahu aku nak gunting rambut )

" ana mush ariff kef biddi agullak. bas bidi syu'ur zai hik.." * I dunno how to desribe it to you but I just want it like this*

(dengan konfiden nya aku mengeluarkan ipod aku sambil menunjukkan gambar seseorang berambut tampan dan kemas, Awal ashaari. *punya la semangat mencari sebab tak tahu nak deskrip apa*)

"hek? aaa. hada italia" * this one? yeah. this is an italian hairstyle*

"italia? akidd? ana ma arif" *italian? sure? i dunno*

"na'am . hada italia. syuf su'rul sybab" (dia tunjuk member dia nya rambut) * of course, this is italian style. look at that guy's hair*

" zai hik italia?!" *biar betik mamat ni. buruk semacam ja. dalam hati aku terdetik. tak da la buruk mana. tapi standard rambut arab la* *this is the italian one?!*


* aaa. " *yupp*

"toyyib2" * okay la bro*

aku pun dengan girang nya duduk atas kerusi. sambil brader tu sarung kan aku kain dekat leher aku.

..................

selepas setengah jam gitu. rambut dah hampir seratus peratus settle.

aku cuba capai spek dan tengok sebentar rambut aku sambil dia tengah amik gunting dalam drawer.

"mak ai. ini bukan awal ashaari ni. ni rambut mende ni?"

sumpah sedih masa tu. serius aku terbayang rambut mamat2 arab yang duk pakai gel rambut banyak sungguh teramat tu. sampai terpacak pacak gitu.

"amboi, takkan aku nak berambut macam tu ?"

mamat tu boleh pulak cakap.

"jamil jamil" * beautiful beautiful*

aku macam. omg. macam mana aku nak bertemu masyarakat ni. serius terasa nak botak terus.

tapi nak jaga hati punya pasal. aku cakap.

"jamil jamil" *beautiful beautiful* sambil cuba nak cakap "bass.." *but* tapi dia tetap tegas kan. "la'. jamil kethir" *no no. absolutely beautiful!*

aku terus macam ni.

-_-"

dia edit2 sikit. letak gel semua. spray spray. sampai letak spray silver atas kepala aku.

sekali lagi aku macam ni.

-_-"

"shu had?" * what the hell is this?*

"betseer ghossil ha ba'din" * you can wash it away after this. dont worry*

"mashi mashi" * yela yela*

sekali lagi

-_-"

..............

okay serius aku cakap aku serik juga nak gunting dengan orang arab. dia orang tak jahat. cuma pattern ja berlainan. trend yang tak seberapa nak sama.

aku anggap perkara ini sebagai satu pengalaman mantap dalam kehidupan aku dekat bumi Jordan ni.

nak timba pengalaman, kena lah berkorban . tak ke gitu?

tak pe la. tak macam awal ashaari pun tak pela. janji iman ada lagi. alhamdulillah

*sob sob sob..


selamat mengambil pengajaran!


*gambar ni lah aku tunjuk mamat arab tu*

9 comments:

emirhasnan said...

comel je.

naz said...

hahahaha

ptotnya ko ltak gmbar rmbut ko yg dah 'setel' tu la..ak nk tgok jugak..

jazakallah

Anonymous said...

letak gamba sendiri laa bro.
gamba awal aku pun bole google.

Hattarazian said...

ha3..aku tgk td semat je najib..ko potong ktne tu??ngeh3,,anyway naemann~~ =)

nurlisa kamal said...

excited jap tengok awak cakap arab, haha. btw, apasal tak letak jugak gambar-awalashaari-yg-tak-jadi tu?

Saefullah said...

hahaha.. i cant stop laughing..

seriously this is kinda funny, but i do feel sorry for ya.

hehe, cant wait to see ur *new* hair.
;)

Anonymous said...

aku 5 tahun tak pernah potong rambut ngan kedai arab kat sini.dah ramai member aku kena gunting macam celaka,ada yg pesen mangkuk,macam abu bakar ella pun ada,yang tak tahan-lepas dia dah rosakkan rambut kita,leh pulak dia cakap kuwais2? heluw2? gua kalau kena macam tu memang tombok je arab tu.

takpe pengajaran berlaku sekali je,lepas ni buleh bagitau kawan2,kalau nak gunting ngan arab,potong botak takpe,nak style2 jangan nak mimpilah.haha.
-rokes

Saefullah said...

Like komen Rokes!

Najib Daud said...

cidak, terima kasih ! :D

nazry, rahsia la brader. tak suprise la nnt. huhu

anon, bahaya la bro! ;)

hatta, jahat kau! terima kasihla ye kerana puji. ptng dekat kedai dekat ngn tobuleh tu. allah yun3m 3laik!!

lisa, hehe. alhamdulillah. tapi tak sbrape reti sangat. ni benda asas je pun. tak jadi awal ashaari. tapi jadi farid kamil. -_-"

aku_insan, jgn kaget lak nnt bila terjumpa.;p

rokes, haha. agak la. macam terasa dipermainkan pun ada gak. tapi tu la. aku pun noob sikit. main terima ja. nxt time tak akan berlaku lagi insyaAllah. thx kongsi. terharu kau komen . huhu