Thursday, March 17, 2011

belajar menghormati privasi orang lain.

kepada sesiapa yang masih tidak reti dan menahu untuk menghormati privasi orang lain.

sila lah belajar untuk berbuat sedemikian kerana kelak ia akan merugikan anda disebabkan kekejian sikap anda itu.

kalau kita tak nak orang lain ganggu privasi kita, tak usahlah kita nak ganggu privasi orang lain.

walaupun 'member-member', namun, privasi tetap privasi.

sekiranya kita diberikan kepercayaan untuk menggunakan laptop kawan kita, nescaya gunakan lah sebaik mungkin.

jangan sesekali pandai pandai nak selongkar satu persatu file yang ada.

lebih baik tak tahu daripada menahu.

jangan diselongkar aib orang lain melainkan dia sendiri yang terbongkarkan sendiri.

apabila diberi kepercayaan untuk menggunakan telefon bimbitnya, jangan menggatal tangan untuk membuka segalanya selain daripada yang dihajatkan pada mulanya.

tak perlu semua rahsia orang lain perlu kita tahu untuk menandakan kita caring.

banyak lagi cara lain.

sekadar mengingatkan.

:)

1 comment:

kauthar09 said...

betul...teringat quote kawan,
"Allah, buzy me with my own faults over the faults of others".
selamat.