Thursday, March 31, 2011

belajar untuk cerita tentang hakikat.


jangan terlalu bodoh merasakan diri kita ini terlalu bodoh untuk membuat sesuatu. bukan itu caranya untuk merendah diri.

jangan merendah diri yang tak bertempat. kerendahan diri yang diucap dalam kata kadangkala tidak seiring dengan kerendahan diri dalam hati.

sila bina keyakinan. sila bina kekuatan.

jangan tahu mengikut sahaja tanpa memberi sedikit pun suara. suara perlu didengari sebagai tanda kita tidak puas hati.

tak salah kalau tak puas hati. itu lumrah alam. kalau semua benda kita nak setuju seratus peratus maksud masalah juga la kita ni sebenarnya kan.

jangan manjakan sangat diri ni untuk 'menyimpan'. belajar untuk meluahkan.

kadangkala itu lah masalahnya orang kita, terlalu banyak yang menyimpan.

tahu tak. sebenarnya kata kata yang paling terbaik ialah kata yang datang daripada hati.

apa yang hati anda rasa? luahkan.



walaupun kadangkala ianya pahit untuk ditelani oleh masyarakat.




3 comments:

Unknown said...

sedang belajar meluahkan. aku harap aku bukan lagi anak bodoh yang meminta pada Tuhan apa yang tidak aku ingini.

morning!

Najib Daud said...

moga moga dayya.

:)

Anonymous said...

rendah diri vs rendah hati