Sunday, March 6, 2011

4 kata ganti nama diri favourite masyarakat kita.



1. 'aku' dan 'kau'

ini sangat common dalam norma masyarakat kita. selalunya orang kenalan rapat saja yang guna 'kau aku' ni. Orang kata, istilah aku aku ni buktinya lebih akrab. ada orang kata, kasar. kalau masa kecik, selalu kena ugut dengan orang orang tua. " kang hantu paku datang baru tahu. kalau asyik cakap 'aku aku' ". lepas tu serius takut. dah tak berani dah. ada orang kata, orang perempuan kalau guna kata ganti nama macam ni. macam tak seberapa nak manis. sesama perempuan takpa. tapi kalau dengan lelaki agak pahit sikit la. aku tak tahu. orang kata. orang kata, orang yang selalu guna 'aku kau' ni orang jawa ja.

2. 'saya' dan 'awak'

kata ganti nama macam ni sangat tak cool kalau digunakan dalam kalangan lelaki. kalau guna, memang habis kena hentam free free. dalam kalangan perempuan, mungkin takda masalah. kata ganti nama macam ni juga favourit digunakan antara lelaki dan perempuan. cara ni lebih sopan kalau nak ikutkan berbanding kata ganti nama yang pertama tadi. cuma kadangkala sesetengah orang tak suka cover cover. jadi dia prefer guna kau aku terus. sebenarnya sedap aja dengar 'saya awak' ni. bukan apa, lembut mendengarnya. takda la kasar mana pun. agak memang tak dinafikan. ia nampak macam sedikit cover. orang kata, orang yang selalu guna 'saya awak' ni, orang yang tengah tengah.

3. 'I' dan 'you'

kata ganti nama macam ni selalu nya budak budak bandar je guna. budak KL la kononnya. sesama jantina aku tak sure. tapi yang paling common antara lelaki dan perempuan tu memang selalu berlaku. bagi menggantikan kata ganti nama pertama dan kedua tu. bila guna 'I you' ni nampak macam moden sikit la. aku pun tak pasti apa yang moden nya. cuma yang pelik nya. tang yang diinggeriskan tu hanya 'I you' sahaja. bila part part lain. tak seberapa nak reti berbahasa inggeris. so macam awkward la jadinya. first aku guna pun terasa macam geli teramat. orang kata, orang yang guna 'I you' selalunya orang ni macam sekular sikit.

4. 'Ana' dan 'enta/enti'

kata ganti nama macam ni bagus sebenarnya. khususnya dalam golongan sesama jantina. sesetengah berpendapat, bila guna kata ganti nama macam ni, sedikit sebanyak ia akan menjadi satu batasan dalam pergaulan. contohnya, macam kurang sedap lah kalau kita cakap. " sengal lah enta ni" serius rasa pelik bila cakap macam ni. jadinya, kata ganti nama yang keempat ni memang bagus kalau kita betul betul nak menjaga bahasa kita. khususnya sesama jantina. lebih lebih lagi bagi kaum lelaki. orang kata, orang yang guna 'ana enta/enti' ni selalunya golongan yang islamik islamik ja.


apa apa pun, paling penting kita kena pandai adapt dengan situasi. jangan nak ikutkan sangat kata hati sendiri. kasihani mereka yang tak seberapa nak biasa guna semua kata ganti nama diri. tak salah kalau kita cuba adaptasi diri kita menggunakan kata ganti diri yang dia gunakan. orang kata, at least, cuba lah sedikit raikan dia. okay?
*ini aku tujukan khas untuk sesetengah golongan lelaki yang berkeras untuk membalas 'kau aku' dekat perempuan yang guna 'saya awak' dengan sopan santunnya*

sekian sahaja. moga moga tiada siapa yang terguris.

selamat selamat selamat!

8 comments:

nurlisa kamal said...

najib, saya tak prefer awak guna ganti nama diri yang pertama tu dengan saya.janggal benar rasanya. :)

najib, this is my year. insyaAllah i'm going to make it. IB is coming to its end. moga saya juga dapat berdiri sebaris dengan anda suatu saat nanti.cramping to become a fully dental student! :)

salam dari KMS. :)

jari | jemari said...

ha dilema kecil dalam komunikasi harian!

tapi balas aku kau dengan orang yang cakap saya awak pun tak ada masalah,asalkan selesa je

emirhasnan said...

gua geli dengan no 3 tu..

nampak poyo.

*gua-lu takde dalam senarai.kira halal la kan..haha

zafran haikal said...

HAHA.
hebaat najibb.

Kun Zalameyh said...

ada kwn aku guna... 'kami-hampa'.. ahaha.. cuma kedahan ja guna cmni... selalunya bdk2...

Abdul Munir Sanusi said...

Gua nak tanya apa yang cidak tanya. Gua lu gua lu macam mana Najib? Boleh explain skit. Ada orang tak berkenan guna bendalah tu.

Najib Daud said...

lisa, no worry. do the best! insyaAllah yang terbaik!
*sekejap betul dah nak final kan? terasa macam baru minggu lepas kenal lisa.

jari|jemari,
aiwahh. betul tu, janji selesa. tak kisah la guna apa pun.

cidak,
eleh lu jangan poyo2. gua pun geli geli gak. tapi kadang kadang terpaksa guna. nanti lu akan guna gak.caya la cakap gua.

haikal, eleh. bajet pe?
ciss

kun zalameyh, hahaha. nak letak. tapi tak ramai guna. utarians je guna naa. hehe

abng mun,
saya cuba.

5. 'Gua' dan 'lu'.

. mereka yang guna 'gua lu' ni selalu nya stok stok yang macam otai tapi tak. nak buat nampak otai, guna 'gua lu'. padahal, gaya siqoh je. haha.

gurau gurau. serius tak tahu 'gua lu' ni macam mana. jarang guna. orang selalu guna dalam on9 je. realiti mafia je guna. huhu

jangan maraa!

bintu fatimah said...

dekat iskandariah jarang sangat guna ana enti ni. biasa ajk ajk je yang guna.

datang kaherah baru cakap ana enti. memang btul la kata kau sebab bila guna ana enti, bahasa molek sungguh!