Sunday, February 20, 2011

mengenali ego sendiri.


Ego

pastinya semua orang ber'ego'. tapi yang membezakannya ialah tahap keegoan masing masing.

kalau bab cinta, orang selalu kata orang lelaki ego berbanding perempuan. sebab tu selalu berlaku kes putus cinta. perempuan tak lari juga untuk tidak ego.

kalau bab persahabatan pula, bab ego sukar untuk diramal.

yang penting, dalam diri masing masing sudah pastinya sedikit sebanyak tertanam sikap ego.

kalau nak bagi contoh, banyak sangat contoh. tapi takpa. kita cuba untuk muhasabah diri balik.
senang aja nak tengok kita ni ego ke tak.

cuba kita bagi apa apa statement. statement tulus dari hati kita yang kita anggap itu satu pegangan kita. lepas tu, cerita dekat orang lain. kalau orang tu setuju dengan statement kita, biasa la tu kot. tapi cuba kalau orang tu tak setuju dengan statement kita, dia tak sehaluan dengan kita.

cuba perhatikan respon kita? kalau kita kata macam

"ouh tak pe la. itu pendapat kau. pendapat aku"

mungkin kau selamat dari sikap ego yang terlampau.

kalau kita macam

"ahh. mana ada. aku tahu laaaa."

kebarangkalian sikap ego kau yang tinggi tu mungkin ada.

Salah ke Hidup berego?

bergantung sebenarnya. ego ni kadang kadang penting. kadang kadang tak penting. macam aku cakap. sangat bergantung kepada situasi.

kalau kita tak ego, kita mudah mengalah.

tapi kalau kita terlebih ego, orang lain pula mudah menyampah.

berkadar sudahlah. kena belajar untuk meletakkan ego pada tempatnya bersama dengan kawalan yang cekap dari diri kita sendiri.

Ketua selalu ego tinggi?

ini fakta aku rasa. bila kita jadi ketua, kita akan diuji dengan sikap ego kita. Lebih lebih lagi kalau kita punya pendapat dipatahkan oleh orang bawah kita.

dalam hati kita mungkin terdetik

"aku ketua. dengar je la cakap aku"

kadang kadang.

kalau takda. memang baiklah maksud nya korang. hati suci habis.

isu macam ini rupa. kita kena belajar untuk terima pendapat orang lain. kalau tak reti nak terima pendapat orang. jangan jadi ketua.

biasalah kalau orang lain tak bersependapat dengan kita.
bila kita mengalah untuk menerima pendapat orang lain, tak bermakna kita lemah serta tak reti nak bagi pendapat.

malahan,kita lagi hebat daripada sangkaan kita. sebab kita berjaya menerima pendapat orang lain yang lebih baik daripada pendapat kita sendiri.

Kawalan

belajar untuk kawal ego setiap hari. tundukkan jiwa masing masing. kalau tak boleh, buat solat hajat. solat istikharah. minta petunjuk agar dipermudahkan urusan.

selamat selamat!

sekian.


3 comments:

fadh ^_^ said...

peh die cam stepek kene kt batang idong aku.
cuz i'm having kau-tak-tegur-aku-aku-takkan-tego-ko problem rite now.
duhh~ tolong la nasihat sket aku ni
:'(

kamal said...

mmg btul ap ko ckp tu,msing2 ad ego sndiri.xkire jantina,pngkat..

tp juz nk kongsi psl kepimpinan tu,ak ad dgr satu statement,
"pemimpin adalah hamba rakyat"
kalu kita prhatikn pemimpin Islam zmn dlu sprti Khalifah Umar Abdul Aziz,seorg yg ckup2 zuhud sbb dia thu ap hakikatnya mnjadi seorg pemimpin
ramai pemimpin ari ni ego krna trikut sikap pemimpin2 barat yg hanya mmtingkan diri,keprofesionalism nya,tnpa mghiraukn pndgn org lain..

Najib Daud said...

fadh, awat gituu? xprsn pula kau dkat skolah gitu. nnt kt pm kt fb. :)

kamal,
Allah! susah betul nak jumpa pemimpin macam tu skrg ni. moga2 kita dpt mncnthi akhlak mulia itu.