orang yang tak berfleksibel dalam pemikirannya selalu menghadapi kerumitan dalam kehidupan sehariannya bersama manusia manusia lain. barangkali.
apa itu tidak fleksibel?
sikap sukar untuk menerima pendapat lain selagi mana dia berpegang teguh dengan pendapatnya sendiri.
ini bukan nak sentuh pasal isu lepas. harap maklum.
orang yang memiliki pemikiran fleksibel menyebabkan dia mudah didekati oleh semua orang. mahupun dia mendekati semua orang.
kenapa tak nak fleksibel?
katanya,
"aku jenis orang yang berprinsip. aku kena pegang teguh dengan prinsip aku. kalau tak, aku jadi orang yang tak berprinsip. dalam kata lain,aku akan jadi orang yang loser"
orang yang berprinsip itu bagus. tapi orang yang berprinsip untuk berpegang teguh habis dengan prinsipnya itu sendiri tak sebarapa bagus.
maksud 'teguh habis' tu ialah tidak mahu langsung berubah dengan prinsip nya sendiri walaupun kadangkala prinsipnya sendiri itu terbukti salah.
sampai satu masa, kita akan diuji bahawa prinsip kita yang kita pegang teguh sngat tu ada cacatnya. Maklumlah, kata manusia. Dalam waktu yang sama, kita terpaksa terima prinsip orang lain.
kalau tidak dididik untuk menerima prinsip orang lain (yang mana lebih baik berbanding kita punya), agak sukar untuk dibayangkan bahawa kita dapat hidup dengan hati yang tenang.
belajar lah untuk berfleksibel. orang lain juga berprinsip seperti kamu. dunia ini diciptakan bukan untuk prinsip kamu seorang. tolonglah faham.
ini bukan teguran. sekadar perkongsian. kena ingatkan awal awal. takut jadi topik rungutan.
*penulis berbicara tentang fleksibel dalam pemikiran. bukan dalam isu akidah. harap maklum.
1 comment:
persepsi boleh berubah tapi hakikat itu satu.
Post a Comment