Monday, February 21, 2011

bagi mereka yang gagal buat orang lain gelak akan jenakanya.


Perasan atau tidak yang kita sebenarnya dalam diam nak juga orang menyedari akan kewujudan kita dalam sesuatu komuniti itu.

pelbagai cara yang akan diusahakan untuk membina aura kita yang tersendiri agar orang ramai sedar akan kewujudan kita.

paling mudah, kita berusaha untuk buat lawak.

Lawak?

lawak ni satu benda yang sangat subjektif. tak semua lawak orang Jordan boleh buat orang Malaysia tergelak. begitu juga sebaliknya.

sesetengah orang memang dilahirkan mahir membuat lawak. kalau nak ikutkan, takdalah lawak mana pun. tapi bila lihat gerak geri dia, orang terus tergelak sebab terasa macam kelakar sangat.

tidak kurang juga, ada pihak yang bersusah payah cuba membuat lawak. tapi orang ramai masih tak tahu macam mana nak gelak akan lawak yang cuba dibuat oleh pihak tersebut sebab tak tahu bahagian mana yang perlu ditawakan

pihak ini macam kesian. sangat kesian.

Motif berlawak?

kita berlawak sebab kita nak tengok orang sekeliling kita tersenyum. gembira apabila bersama dengan kita.

sudah tentu kita tak nak orang sekeliling kita berasa hambar apabila duduk hampir dengan kita.
dalam erti lain, kita tak mahu orang lain jadi 'stone' bila duduk dengan kita. tak happening lah katanya.



sebenarnya kita tak perlu bersusah payah untuk membuat lawak sekiranya kita sedari yang kebanyakan lawak kita orang lain tak seberapa nak gelak.

kita perlu sedar akan realiti yang kita tak seberapa nak mampu untuk berjenaka dengan semulajadinya.

kecewa? kenapa nak kecewa?

tak perlu nak kecewa. kita perlu cool apabila menyedari hakikat yang kita tak pandai buat lawak.

kita perlu tahu yang sebenarnya orang akan jadi agak menyampah apabila kita terlalu berusaha membuat jenaka yang tak menjadi.

sangat.

jadi?

sebenarnya kita tak perlu sangat nak mahir untuk buat lawak agar orang lain tersenyum melihat kita.

cukup sekadar kita pandai senyum dekat orang lain. insyaAllah orang lain akan senyum balik dekat kita.

so?

kenapa perlu kecewa kalau tak pandai buat lawak tapi kita masih mampu senyum pada orang lain?


6 comments:

Hattarazian said...

haha..absolutely right..
bayangkan kalau sume orang jadi pelawak..agak2nya hospital xcukup space nak rawat orang pecah perut sebab gelak.silap2 org yg dirawat pun mati sebab Doktor buat lawak plak tym die nak bedah..ok ini bukan lawak~

eszol raar said...

i have to agree with u

me myself sacrifice my time to make ppl lauh n happy

sometimes u'll realise that all the things u r doing is just plain useless

Helmy said...

setuju!

Abdul Munir Sanusi said...

Takut daripada silap lawak buat rasa sakit hati lagi ada. Sakit sakit.

Najib Daud said...

hatta, kau ckp itu bukan tp kau berjaya buat aku gelak. haha

raar, it may not be useless if you really did it for god sake. may Allah rewards you the best!

helmy, sekapal!!

abg mun, itu realitinya. itu orang kata overdose jenaka. errr

Najib Daud said...

* itu bukan lawak