Friday, October 15, 2010

Wallahi, Enta poyo ya zalameyh.


Assalamualaikum,

satu benda yang aku paling suka dekat Jordan ini ialah aku dapat bersosial secara bebas dengan orang arab. Cuma kena pandai pandai aku lah nak kena pandai pilih kawan yang mana satu. salah pilih, niaya jadinya.

Macam biasa lah, bila jadi tahun dua untuk pergigian, kelas semua dah mula asing. maksud aku. kelas aku sekarang kesemuanya ambil pergigian. takda lagi campur macam dulu. nursing lah. farmasi la. ulum jina'iyah la. dan macam macam lagi.

bila dah asing kelas, yang seronoknya. dapat kenal kawan kawan arab yang bakal aku bersama untuk 2 3 tahun lagi.

Hampir kesemua kelas yang aku akan ambil selepas ini. aku akan bersama mereka. termasuk kawan kawan malaysia yang lain.

insyaAllah

...........

aku sibuk belajar bahasa arab dengan member member arab aku.

tiba tiba member arab aku pula tanya aku pasal 'bahasa malaysia'

aku tak cakap bahasa melayu. sebab orang arab kalau nak pronounce 'melayu'. berbelit belit lidah. kami orang melayu dekat sini. lebih selesa kelaskan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia.

aku nak tak nak. aku ajar la juga. sebab dia dah ajar aku kan. aku macam malas nak ajar. apa kabar . sebab rasanya benda tu kebanyakan arab dah tahu.

memandangkan aku minta dia ajar aku hardcore ammiah untuk arab. aku try untuk ajar hardcore ammiah untuk bahasa melayu. ammiah tu bahasa pasar.

so far apa yang aku dan kawan kawan lain ajar dekat member arab aku ialah,

" saya suka awak"
"gigi"
"poyo"
"Aku lapar"

dan ada la certain certain perkataan yang tak seberapa femes untuk dorang sebut.

bila aku ajar dorang je. hampir setiap masuk kelas je. dorang sebut ke empat empat benda ni berulang ulang kali. aku pun kadang kadang naik segan juga. tapi aku layan kan jela.

seronok pulak rasanya orang asing cakap bahasa kita. kalau nak ikutkan hati. memang aku nak ajar cakap KL guna "weyh", "bai" semua. tapi rasanya belum capai waktu lagi.

macam biasalah, bila bab bab mengajar bahasa kita untuk orang asing ni. ada ja dugaan sikit kdang kadang.

dugaannya ialah bila dorang tanya perkataan perkataan yang tak elok. faham faham je la tak elok tu macam mana.

aku rasa yang paling tak elok aku ajar pun 'poyo'

itu pun hampir depa duk laung laungkan dekat budak budak melayu bila berjumpa.

"kau poyo"

"enta poyo"

dan macam macam lagi.

lawak lawak.


masa tengah sanafir.

..............




aku dengar dengar juga. ada sesetengah orang tak setuju dengan budaya ni. budaya mengajar orang arab bahasa kita.

aku tak pasti sangat apa alasan dia.

tapi aku pernah dengar alasan sebab supaya orang melayu boleh belajar cakap arab dengan dorang. bukan cakap melayu.

aku tak kisah pun. pendapat masing masing.

cumanya bagi aku. memperkenalkan bahasa kita dekat jamiah ialah satu benda yang sangat membanggakan.

aku sebenarnya dapat rasakan bahawa orang arab ni sebenarnya excited bebenar kalau diberi peluang untuk ajar bahasa melayu.

kadang kadang aku dengar je member arab macam mengajuk bila orang melayu bercakap. aku rasa depa bukan mengajuk nak mengejek. tapi sebenarnya depa nak belajar. depa mengajuk tu, sedap pula bunyi nya. dah cantik dah tu.

cuma kita je orang melayu. pantang orang arab mengajuk sikit ja. kita start la kutuk kutuk orang melayu cakap dia menganjing kita la. memainkan kita . dan watsoeva la.

entah pape bukan?

.............

aku faham kadang kadang kita tak mahu orang arab ni mencarut carut guna bahasa melayu.

mana taknya. basically, dorang suka tanya bahagian yang mencarut je. bahagian yang lain tak nak.

benda ni memang susah nak deskrip. tapi pendapat aku, orang melayu tu sendiri sepatutnya bijak. kita boleh tahu kan konsequens nya.

takkan belajar oversea. tapi otak tak leh berfungsi dengan baik dalam hal ini.

siapa lagi yang boleh ajar bahasa melayu melainkan orang melayu tu sendiri. siapa orang melayu dekat Irbid ni? barisan bakal ustaz dan dr. juga kan.

tapi tak tahu pula kalau orang arab guna google translator untuk mencarut dalam bahasa melayu. (?)

...............

ini sekadar perkongsian. bukan nak bangkitkan apa apa isu. sebarang pendapat mahupun luahan. boleh la dikongsi bersama. demi masa depan yang cerah untuk masyarakat melayu di Jordan ini.

wallahu'alam.

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

salam.. mengajar bhs malaysia kpd shbt arab... sgt bagus.. tp.. pe kata ajr perkataan yg lbh baik dan menarik?? cth terbaik, perkataan bhs malaysia yg dekat dgn bhs arab.. lbh senang disebut sbg permulaan & sdh tentu mrk faham dgn jelas makna perkataan tu.. cbe bayangkn reaksi pe yg nk ditunjukkn ble tbe2 jer terdgr perkataan poyo? walaupun bkn buat diri dituju tp plg kurg akn rasa tertusuk ke telinga perkataan bhs malaysia drpd mulut shbt arab dan kdg2 rasa terpinga2 + nk tergelak..
sgt x sopan klu gelak kn !? nnt sendiri malu dan rasa bersalah sbb gelakkn dieorg..

opss.. terlbh pnjg la pulak bebelan ni.. haraf maaf.. :)

Anonymous said...

Forgive Me … My Pen Its Been A While Since I Held You And Started Dripping Ink From Your Edge To Form Words With A Deep Meaning, A Blocked Mind Is A Result Of A Lost Soul, A Lonely Heart, An Inspiration Missing …
A Spirit Surrounded By Emptiness, Stunned By Its Helplessness,
Where Words Are Flying Non Uniformly, Where Sound Travels Endlessly,
When You Look But You Can’t Find, When You Listen But You Can’t Hear, When You Think But You Don’t Feel & You Feel But You Can’t Heal,
Trying With Massive Power To Remove The Block, Using My Eyes To Seek & Find A Roaming Soul In An Abandoned Space, Looking Around … Moving My Hand To Collect Shattered Pieces Of Memories From The Ground… Why Did I Stop Shooting For The Stars, Why Can’t My Mind Still Travel To Mars?
Why Is That While The Sun Is Still Rising, But My Hope Stopped Arising…?
Would Somebody Turn On The Light? So I Can Get By The Night
For God I Kneel Down And Pray… For Him To Enlighten My Way… In The Mean While I’ll Keep On Hanging By A Thread…Against The Blowing Of The Most Powerful Wind…

try to translate this using google translater.... really it doesn't work:)

Anonymous said...

salam.
kalau betul2 berminat nk ajar bahasa melayu kat arab ade je medium dia kat just tu. gi kat KAFD, cakap saya nk anjurkn klas bahasa melayu.
iALlah dia akan sediakn kemudahan kelas dan LCD or segala bende yg kite perlukn secara free. siap tlg iklan kat kat dak2 just yg lain.
cuma dak mlayu slalu sibuk xde mase nk wat sbb sibuk dgn persatuan melayu atau pun sibuk dgn pelajaran.
almaklum sume pelajar medik dan perubatan yg sibuk =)

aishah_conteng_je said...

boleh dan molek sangat kalau mahu diajar bahasa melayu. tapi jangan diajar bahasa pasar.

cukuplah kalangan kita yang memburukkan bahasa melayu. tak perlu tambah orang arab.

bahasa melayu ada martabat. bahasa arab apatah lagi.