Sunday, October 17, 2010

masalah ummah yang aku tak faham.


Semenjak dua menjak ni, aku tertanya tanya dekat diri aku sendiri. kenapa banyak benar persatuan yang nak perjuangkan Islam.


ISMA lah, HALUAN la, PMRAM la, ABIM la,dan macam macam lagi.

aku tahu 'banyak' tu bagus.
aku tahu. kesemuanya ini menjadikan ALQURAN dan ASSUNAH sebagai sumber asas utama.
aku tahu.


tapi aku masih tertanya tanya, kenapa setiap persatuan mahupun pertubuhan yang ada tak nak bergabung di bawah satu bumbung yang sama untuk memperjuangkan Islam memandangkan semuanya berdasarkan sumber yang sama.

aku jadi lagi pelik bila dapat tahu ada yang sampai bergaduh antara satu sama lain.

kenapa tak boleh bergabung saja?

apa masalahnya?

aku serius tak faham.

tolong jangan bagitahu aku yang semua nya ini berpunca daripada masalah gila kuasa.

...........

dalam isu ini, aku sangat memerlukan orang yang lebih arif untuk berkongsi pendapat yang tepat.

barangkali aku terlalu jahil dalam hal begini.

terima kasih.

12 comments:

Anonymous said...

memang, ada banyak.

kenapa ada banyak?
sbbnye, haluan dan cara utk ke arah kemenangan Islam b'beza

kenapa xley b'satu?
sbb masing2 nk gune care masing2,
n masing2 yakin yg cara mereka cara terbaik utk membantu kemenangan Islam

mereka jd bgaduh sebab x btul2 faham konsep berjemaah, hanya nak menangkan jemaah sendiri sampai saling menjatuhkan, tu yg x btul tuh.

bile Islam dan berjaya menang khilafah Islamiyyah nanti semuanya akan bersatu taat pade seorang pemerintah je

-senior-

kwn sebatch said...

betul kte senior tuh
teruskn mencari n memahami

tiada yg betul2 benar n betul2 salah
mmg manis andai semua jadi satu
tp fitrah fikrah manusia brlainan

Anonymous said...

mafhum hadith [tp xsure taraf hadith ni sohih atau mcmane] :

'khilaf dalam umatku itu adalah rahmat'

kopiah_alrazi said...

Salam...satu kekeliruan yg baek..
Mmg spatutnya semuanya satu di bawah payung Islam, Al-Quran dan Sunnah..

Saya sendiri perasan, kalau di Malaysia, mmg ada yg tidak kene antara persatuan2 ini, ade salah faham dan sebagainya.

Namun, sedihnya, persatuan2 yg byk berbentuk gerakan Islam ini tidak berjaya mengurangkan masalah sosial dan kes2 maksiat, hatta kita melihatkan buang bayi berleluasa. Jadi, apa guna byknya persatuan Islam ini, jika maksiat menjdi2. Dugaan dan ujian ini Allah bagi kepada umat khususnya Malaysia apabila gerakan Islam yg tidak sempurna atau melanggar terma2 perjuangan dalam syariat Islam.

Di zaman Nabi dan para sahabat, semuanya dibawah payung satu umat, tiada persatuan2, tp mampu membawa Islam ke standard yg paling tinggi. Sepatutnya, jika semua persatuan ini betul2 berkerja, Insyaallah maksiat di Malaysia akan berkurangan.

Pointnya disini, walaupun semakin banyk persatuan gerakan Islam yg wujud di Malaysia, peliknya, mkin banyak lgi maksiat berleluasa. Jangan kita alaskan persatuan yg dianggotai sebagai gerakan Islam dan berbangga, selagi maksiat zina, dan buang anak semakin berleluasa.

Memang persoalan Najib tepat dan kena pada tempatnya. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Anonymous said...

mafhum hadith [tp xsure taraf hadith ni sohih atau mcmane] :

'khilaf dalam umatku itu adalah rahmat'

October 17, 2010 10:46 AM

Ana rase kene check balek kate2 ni. sebab ana x yakin ianya boleh digunakan sbg hujah.

W M Najib said...

senior, terima kasih atas perkongsian anda. sy sngt hargai. sdikit sbanyak menjwb persoalan sy.

kwn sebatch, harap harp begitu lah.
insyaAllah

anonymous, thanx 4 sharing.

abng abu, insyaAllah kita doakan dan usahaka yang terbaik untuk ummah sama sama. :)

hakikatnya, fikrah manusia memang pelbagai. tapi dalam kepelbagaian tu, mesti ada persamaan. apa kata kita guna kan persamaan ini untuk bersatu. cakap memang senang. tapi hasratnya, seronok lagi tengok apabila semua persatuan bergabung membanteras kemungkaran secara menyeluruh. masa kecik kita pun telah di ajar. ranting tu kalau satu senang patah. kalau kita ikat banyak banyak. tak ke lagi kukuh gitu. barangkali penubuhan persatuan persatuan yang banyak ini, kuharapkan dapat bergabung dan menubuhkan sebuah empayar Islam yang hebat. kalau bukan dekat dunia. dekat malaysia pun jadilah. pohon keikhlasan dr yang Maha Esa.. insyaAllah.

ahmadk said...

najib,seronok dpt borak2 kt bilik kau hr tu psl hal ummah ni.ditambah lg dgn hidangan kek+air sedap, mmg masyuk & terharu aku..

*lps exam, dtg umah aku plak ye ~ bole sambung borak panjang2 lg :)

Anonymous said...

sokong senior berganda2.

takde masalah banyak, yang penting saling berlapang dada sebab masing2 faham ke mana arah nya ---> membangunkan islam.

masing2 punya cara/ manhaj/medan yang berbeza sebab itu bukan semudah kata.

apa2pun, bila saat empayar islam dan khilafak islam telah wujud, semua ini akan dimansuhkan dan bernaung atas satu nama ISLAM.

3ala kulli hal, pergaduhan hanya akan berlaku jika ada satu yg merase diri mereka lebih baik drpd yang lain2.

sama2 belajar berlapang dada.

Mohd Sofee b. Mustafa said...

Salam ukhuwwah utk Sahabat sekalian : Izinkan saya berkongsi sedikit pandangan.
Gerakan2 dakwah ini muncul setelah melihat bahawa umat islam amat memerlukan naungan setelah jatuhnya Khilafah Utmaniah di turki pada tahun 1924. Pada pandangan peribadi saya, kita haruslah melihat isu ini dengan pandangan penuh ukhuwwah dan kasih sayang ( positif ),Setiap nama2 gerakan dakwah yg disebut di atas mempunyai pendekatan mereka sendiri, tetapi atas kecintaan, berlapang dada kita terhadap mereka, bahawa mereka tetap mempunyai MATLAMAT yang sama. Seperti isu khilaf ini harus di nilai sebagai Rahmat bukan perpecahan,seperti isu khilaf 4 Mazhab dlm Fiqh, adalah sesuatu yg hampir mustahil utk mereka bersatu dlm pandangan mereka wlupun mentafsirkan perkara yg sama, kerana di sini Allah memahami Ciri2 dan Tabiat hambanya..maka khilaf ini dibenarkan oleh syara'...Tetapi di sana khilaf ini mestilah masih di bawah lingkungan Adab2 dan Maqosid Syarak.
Setiap umat islam mengakui bahawa perbezaan Mazhab ( 4 mazhab ) memberi kemudahan kepada Umat islam.

Begitu juga berkenaan khilaf dalam jenis2 qiraat Al- Quran, antara manfaatnya adalah Allah ingin memudahkan pembacaan hambanya dlm urusan hambanya dalam mencapai matlamat ibadah tersebut( sila rujuk kitab Mabahis fi ulum Quran : Manna'al Qattan ).

kita boleh cuba rujuk pandangan Abu,Ala' Al- Maududi berkenaan Jamaahnya( Jama’at Islami ) : Siapa yg yakin jalan kami,sertai kami@ bersama jemaah lain @ buat jemaah sendiri. Maka disini kesimpulan dr pandangan ini, isu yg perlu di fokuskan adalah tidak dapat tidak adalah kita mesti Usaha, berkerja,beramal...Fokuskan jemaah masing2,tingkatkan amal,
Ayuh sahabat...medan kita di bumi ini adalah AMAL SIAPA Yg LEBIH BAIK utk dibawa bertemu dgn ALLah ( surah al Mulk: 2 ),bukan Jemaah siapa yg lebih baik.

musuh kita bukan mereka yg mengucap Shahadatain,musuh kita bukanlah mereka yg rindukan pertemuan dgn Allah,....

Umat Islam sedang menanti Jiwa2 yg segar dgn keimanan dan tarbiyah utk berkhidmat kepada mereka, menyelamatkan mereka...

Peringatan utk Saya sendiri dan Sahabat2 .

Mohd Sofee Bin Mustafa
Shari' Iydun, Irbid, Jordan

aimanrosli said...

realiti semasa: ummat Islam ramai yg nk tegakkan semula Islam tp punya kecenderungan kpd mcm2 pendekatan... politik, tarbiyyah, ruuhi, dll...

Allah jadikan fitrah manusia punya pelbagai citarasa & peribadi... mustahil kepelbagaian ini dpt dipaksa utk disamakan...

cumanya, sudah pasti di sana ada aspek2 asas yg disepakati oleh semua ulama'. maka dlm aspek2 itu perlu kita bersatu.

insyaAllah kalau tak berada di dlm satu organisasi/ persatuan pun tp masing2 tumpu utk bangunkan ummah dgn cara masing2 selagi mana x brtentangan dgn syarak, bg ana itu pun satu bentuk kesatuan.

x gitu?

W M Najib said...

ahmadk, takdela. kadang kadang ni kita duk leka cerita hal dunia. sekali sekala nak juga cerita masalah ummah. :)

anonyms, betul tu. saya sokong. masing2 berlpang dada.

ustz sofee, wahh. terperanjat sy ustz baca blog saya. huhu. thanx 4 the detail explaination. saya sngat sangat sangat setuju dengan ustznya statemnt. tapi kalau boleh saya nak tanya ustz,pd pdpt ustz, mcam mane nak tangani salah faham yang berlaku antara sesetengah pihak dengan pihak yang lain? secra khussnya pihk2 yang terlibat dalam tugas menegakkan islam itu sendiri.

abg aiman, saya setju kata abg juga. masing masing ada cara masing masing. dalam waktu yang sama. masing masing punya matlamat yang sama. iaitu nak menegakkan islam. ayuh sama sama kita usahakan untuk tidak menjadikan kepelbagai fikrah sebagai punca pepecahan umat islam hari ini. khilaf itu satu rahmat bukan? wallahualam

Mohd. Sofee b. Mustafa said...

Salam buat sahabat sekalian :
Kalau boleh izinkan saya mulai dgn kisah luqman, anaknya dan seekor keldai dalam perjalanan ke pasar melalui sebuah kg…org kg kata : bodohnya mereka ,dah ada keldai tapi taknak naik, sampai ke sebuah lg kg ; jahatnya anak,sbb dia naik keldai,ayahnya jalan kaki, sampai lagi ke sebuah kg : jahatnya ayah,sbb ayah naik keldai,anak jalan kaki, lalu lagi sebuah kg : zalimnya mereka pada keldai sbb anak dan ayah naik keldai…( mafhum dari kisah asal )
Apa yg kita fahami di sini, agak sukar utk memastikan apa yg kita buat Berjaya difahami oleh semua pihak…bahkan rasulullah s.a.w sendiri masih ada pihak2 yg tidak bersetuju dgn pandangan dan pendapatnya seperti org2 munafik ( Menzahirkan keislaman tetapi hakikatnya musuh islam ).
Bagaimana pula Abu bakar ( mewakili muhajirin ) yg berhujah dgn kaum Ansar berkenaan perlantikan khalifah yg pertama? Bahkan kesemua mereka berstatus SAHABAT nabi s.a.w.
Pada pandangan saya, punca2 perselisihan ini timbul dari individu ( pepatah melayu : Nila setitik rosak susu sebelanga ) , kenyataan 2 yg berbaur pertelingkahan , dan cemuhan adalah satu yg amat MUSTAHIL dan Tak Diterima Akal yg sehat keluar dari Jemaah2 yg mendasari perjuangan mereka dgn Al- Quran dan Hadith.
Itulah sebabnya kita tidak boleh menghukum sesuatu jemaah hanya kerana seorang dua yg membawa imej yg kurang baik ini ( boleh ambil istifadah kisah sahabat “ahli badar “ HATIB bin Abi Baltaah ). Kadar keupayaan manusia untuk menerima dan menghadam ( memahami ) sesuatu perkara adalah berbeza.
Tiadakah jalan Penyelesaian ???
Jadi, pada pandangan saya, akhirnya saya memilih jalan penyelesaian dengan kembali kpd methodology ( uslub Qurani ) yg dilakukan oleh rasulullah s.a.w dan salafussoleh…sbb segalanya berpunca dari seketul daging iaitu hati ( sila rujuk Hadith 40 ),wlupun cara penyelesaian yg lambat,tak konvensional, tetapi hakikatnya ini lah punca yang perlu dirawat dan penyelesaian kepada masalah. Peristiwa penyucian hati rasulullah s.a.w yg berlaku secara fizikal juga merupakan satu SIMBOLIK penting dari Allah menunjukkan dengan jelas agar kita member perhatian yg lebih dalam urusan merawat hati. Dalam isu nak merawat masalah hati ini,kita tidak akan mampu utk melakukannya seorang diri, melainkan adanya satu system yg baik yg akan memberi lebih kebarangkalian utk berjaya
Kata2 Syakib Arsalan ( seorang pendakwah dan pemikir islam yg hebat ) :
Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:
“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?” [Syakib Arsalan]
Sebagai contoh,Kita lihat secara umum kecenderungan sifat lahiriah adik beradik. Kerap kali adik beradik tidak sependapat,,bahkan kadang2 sampai terasa dalam hati…tetapi adakah sampai ke peringkat menfitnah, membunuh .Kebiasaanya tidak lah sampai begitu sebab mereka masih menghormati dan mengimani ‘ hubungan persaudaraan adik beradik ‘ . Sifat atau naluri persaudaraan yg mampu menjadi benteng kepada pertelingkahan yg lebih buruk dan bahaya itu tidak akan datang bergolek jika tidak dipupuk oleh ibu bapa dlm tempoh masa yg lama dan penuh kesabaran iaitu semenjak kecil.
Tetapi disana masih ada kes2 terpencil ( amat kecil nisbahnya ) pertelingkahan “ adik beradik “ yg membawa kepada bencana besar sepert Qabil dan Habil ( berpunca apabila hilang sifat kasih sayang ).
Jadi, naluri hubungan persaudaraan, kasih sayang, menghormati, semua nya datang dari hati yang sejahtera,dan memerlukan satu proses penyucian yg penuh penumpuan dan bersih dari debu2 kotor.

Sekadar pandangan peribadi
Mohd Sofee bin Mustafa
Shari' Iydun, Irbid, Jordan