Wednesday, October 20, 2010

Sayangi Akhawat kita.



siapa lagi yang nak jaga akhawat melayu kalau bukan syabab melayu sendiri yang nak jaga?

syabab, tolong jangan pentingkan diri anda.

tolong lindungi akhawat melayu. demi kemaslahatan bersama.

.........

takdanya nak ikhtilat ikhtilat pun. cumanya, syabab kena lah profesional bila jadi muroqib pun.

.........

akhawat pula jangan lah terlalu baik dan lurus untuk tidak menyusahkan syabab untuk minta muroqib.

nak tak nak. demi keselamtan anda. minta tolong je. takpayah segan segan. takdanya nak menyusahkan pun.

syabab okay je. dun wory.

kumpul banyak no syabab untuk minta muroqib in case ape apa tak da masalah rasanya.
cuma, sendiri tahu apa batasannya.


insyaAllah kheir.



Monday, October 18, 2010

Oblique Fissure.



" Manusia selalu merancang namun Allah sebaik baik perancang"

fikir boleh lepas anatomy. namun masih gagal.
bukan nak claim study banyak. tapi mungkin ada kurangnya dari segi teknik aku belajar.
siapa tak sedih kalau dapat markah rendah tahap pekejadahnya bila kawan kawan lain dapat tinggi tinggi.
aku cuba merancang. tapi aku yakin Allah rancang lagi baik untuk aku lepas ni
insyaAllah.


Sunday, October 17, 2010

masalah ummah yang aku tak faham.


Semenjak dua menjak ni, aku tertanya tanya dekat diri aku sendiri. kenapa banyak benar persatuan yang nak perjuangkan Islam.


ISMA lah, HALUAN la, PMRAM la, ABIM la,dan macam macam lagi.

aku tahu 'banyak' tu bagus.
aku tahu. kesemuanya ini menjadikan ALQURAN dan ASSUNAH sebagai sumber asas utama.
aku tahu.


tapi aku masih tertanya tanya, kenapa setiap persatuan mahupun pertubuhan yang ada tak nak bergabung di bawah satu bumbung yang sama untuk memperjuangkan Islam memandangkan semuanya berdasarkan sumber yang sama.

aku jadi lagi pelik bila dapat tahu ada yang sampai bergaduh antara satu sama lain.

kenapa tak boleh bergabung saja?

apa masalahnya?

aku serius tak faham.

tolong jangan bagitahu aku yang semua nya ini berpunca daripada masalah gila kuasa.

...........

dalam isu ini, aku sangat memerlukan orang yang lebih arif untuk berkongsi pendapat yang tepat.

barangkali aku terlalu jahil dalam hal begini.

terima kasih.

Friday, October 15, 2010

Wallahi, Enta poyo ya zalameyh.


Assalamualaikum,

satu benda yang aku paling suka dekat Jordan ini ialah aku dapat bersosial secara bebas dengan orang arab. Cuma kena pandai pandai aku lah nak kena pandai pilih kawan yang mana satu. salah pilih, niaya jadinya.

Macam biasa lah, bila jadi tahun dua untuk pergigian, kelas semua dah mula asing. maksud aku. kelas aku sekarang kesemuanya ambil pergigian. takda lagi campur macam dulu. nursing lah. farmasi la. ulum jina'iyah la. dan macam macam lagi.

bila dah asing kelas, yang seronoknya. dapat kenal kawan kawan arab yang bakal aku bersama untuk 2 3 tahun lagi.

Hampir kesemua kelas yang aku akan ambil selepas ini. aku akan bersama mereka. termasuk kawan kawan malaysia yang lain.

insyaAllah

...........

aku sibuk belajar bahasa arab dengan member member arab aku.

tiba tiba member arab aku pula tanya aku pasal 'bahasa malaysia'

aku tak cakap bahasa melayu. sebab orang arab kalau nak pronounce 'melayu'. berbelit belit lidah. kami orang melayu dekat sini. lebih selesa kelaskan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia.

aku nak tak nak. aku ajar la juga. sebab dia dah ajar aku kan. aku macam malas nak ajar. apa kabar . sebab rasanya benda tu kebanyakan arab dah tahu.

memandangkan aku minta dia ajar aku hardcore ammiah untuk arab. aku try untuk ajar hardcore ammiah untuk bahasa melayu. ammiah tu bahasa pasar.

so far apa yang aku dan kawan kawan lain ajar dekat member arab aku ialah,

" saya suka awak"
"gigi"
"poyo"
"Aku lapar"

dan ada la certain certain perkataan yang tak seberapa femes untuk dorang sebut.

bila aku ajar dorang je. hampir setiap masuk kelas je. dorang sebut ke empat empat benda ni berulang ulang kali. aku pun kadang kadang naik segan juga. tapi aku layan kan jela.

seronok pulak rasanya orang asing cakap bahasa kita. kalau nak ikutkan hati. memang aku nak ajar cakap KL guna "weyh", "bai" semua. tapi rasanya belum capai waktu lagi.

macam biasalah, bila bab bab mengajar bahasa kita untuk orang asing ni. ada ja dugaan sikit kdang kadang.

dugaannya ialah bila dorang tanya perkataan perkataan yang tak elok. faham faham je la tak elok tu macam mana.

aku rasa yang paling tak elok aku ajar pun 'poyo'

itu pun hampir depa duk laung laungkan dekat budak budak melayu bila berjumpa.

"kau poyo"

"enta poyo"

dan macam macam lagi.

lawak lawak.


masa tengah sanafir.

..............




aku dengar dengar juga. ada sesetengah orang tak setuju dengan budaya ni. budaya mengajar orang arab bahasa kita.

aku tak pasti sangat apa alasan dia.

tapi aku pernah dengar alasan sebab supaya orang melayu boleh belajar cakap arab dengan dorang. bukan cakap melayu.

aku tak kisah pun. pendapat masing masing.

cumanya bagi aku. memperkenalkan bahasa kita dekat jamiah ialah satu benda yang sangat membanggakan.

aku sebenarnya dapat rasakan bahawa orang arab ni sebenarnya excited bebenar kalau diberi peluang untuk ajar bahasa melayu.

kadang kadang aku dengar je member arab macam mengajuk bila orang melayu bercakap. aku rasa depa bukan mengajuk nak mengejek. tapi sebenarnya depa nak belajar. depa mengajuk tu, sedap pula bunyi nya. dah cantik dah tu.

cuma kita je orang melayu. pantang orang arab mengajuk sikit ja. kita start la kutuk kutuk orang melayu cakap dia menganjing kita la. memainkan kita . dan watsoeva la.

entah pape bukan?

.............

aku faham kadang kadang kita tak mahu orang arab ni mencarut carut guna bahasa melayu.

mana taknya. basically, dorang suka tanya bahagian yang mencarut je. bahagian yang lain tak nak.

benda ni memang susah nak deskrip. tapi pendapat aku, orang melayu tu sendiri sepatutnya bijak. kita boleh tahu kan konsequens nya.

takkan belajar oversea. tapi otak tak leh berfungsi dengan baik dalam hal ini.

siapa lagi yang boleh ajar bahasa melayu melainkan orang melayu tu sendiri. siapa orang melayu dekat Irbid ni? barisan bakal ustaz dan dr. juga kan.

tapi tak tahu pula kalau orang arab guna google translator untuk mencarut dalam bahasa melayu. (?)

...............

ini sekadar perkongsian. bukan nak bangkitkan apa apa isu. sebarang pendapat mahupun luahan. boleh la dikongsi bersama. demi masa depan yang cerah untuk masyarakat melayu di Jordan ini.

wallahu'alam.

sekian.

Monday, October 11, 2010

Aku sayang Allah.


aku sangat tersentuh dengar lagu ini.

tak tipuu.

hakikatnya, industri muzik negara kita masih terkebelakang berbanding Indonesia.
meletakkan dakwah dalam satu skop yang terlalu kecil.
iaitu nasyid.
sejujurnya aku dah boring dengar nasyid.


bangkitlah duhai rakyat Malaysia!

Friday, October 8, 2010

Hamza Yusuf VS Justin Bieber.



"The Jews are being Jews. The Christians are being Christians. The dog is a dog, the cat a cat, the bear a bear. It is only the Muslims who are not being Muslims."

Hamza Yusuf.



I wonder what does really make Justin Bieber become more famous than Hamza Yusuf does.
how can JB help us to get into jannah if he really deserved to be so well-known?

Sunday, October 3, 2010

Renew Your faith..

"we live in the world, and the world live in us"

that's the reality.





can you cry like he really did?