"Manusia ni Pantang Kena puji"
betul ke manusia ni pantang kena puji?
"Pantang cam orang lepas bersalin tu ke"
bukan, bukan, bukan.
:))
pantang yang dimaksud kan disini ialah,
Manusia ni tak boleh dipuji, bila kena puji je mula lah kembang hidung.
"Aik, Kembang hidung pun salahh?,"
-_-"
bukan kembang hidung,
dia mksudkan ialah
Bangga
gmba hiasan.
"okay, abes tu? salahke dengan bangga?"
tak salah pun,
cumanya bangga tak tentu pasal,
last2 tumpas juga.
"kalau camtuh orang len takleh puji kita la eh?"
eehh.. tak juga.
tak semua yang bile kena puji, bangga, and then tumpas.
"macam mana yang tak smua tu?"
herm.
kalau yang tumpas tu, camni sequence dia
kena puji-->bangga -->tumpas
kalau orang yang tak tumpas plak, sequence die camni.
kena puji-->bangga-->berjaya
"haihh, same je sequence dia kecuali ending msng2?"
memang la same,
sabau le dlu,,,
adohayy..
tak abes explain lagi.
yang part bangga tu ada perbezaan sebenarnya.
yakni;
bangga utk orang yang tumpas adalah untuk dirinya sendiri semata-mata
Lain kata, bila orang puji, dia makin puji2 lagi diri dia.
tak semestinya depan orang lain.
kadang2 kata hati sendiri pun dah cukup utk kita TERpuji lebih2 diri sendiri.
Na'udzubillah.
Bangga bagi orang yang berjaya pulak adalah bukan semata-mata untuk dirinya sahaja.
Lain kata, bila orang puji, dia bukan puji diri dia. tapi dia puji Allah.
walaupun orang tu puji dia, dia buat macam yang dia tak kena puji pun.
Dia akan senyum dan bertahmid bebanyak dalam hatinya.
Dia umpama memantulkan pujian2 itu dekat Allah.
Baginya, pujian itu sememangnya hanya layak untuk Allah sahaja.
masyaAllah.
"ooo, maksudnya kita takleh puji diri kita SAHAJA je lah kalau kita kene puji?"
boleh je. Itu pun kalau kita nak jadi orang yang tertumpas.
mana la tau dah boring sngat dengan nikmat .
tapi ada ke orang macam tu?
ermmm..
itu namanya kufur nikmat
Na'udzubillah.
"Tapi camne plak eh orang yang bangga dengan diri dia sendiri bila kena puji,
tapi dia still tak tumpas2?"
ohh.. itu maksud Allah nak uji dia.
Allah suka uji hamba-Nya
Ujian tu tak semuanya pahit,
ada je yang manis;
macm pujian!
"OooO"
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya!
mari kita sama-sama renungkan ayat suci ni,
Dan (ingatlah juga), tatkala tuhan mu mema’lumkan :
‘’ Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih.’’ (Ibrahim : 7).
pendek cerita,
Walauapapun yang berlaku,
SEGALA PUJI BAGI ALLAH!
p/s: Ya Allah, Sesungguhnya hamba-Mu ini ingin sandarkan segala pujian kepada-Mu sahaja. amin
3 comments:
klu kene puji then hidung berdarah camne???haha
kalau kene puji patu keluar taik idung??
klu kene puji pastu hidung kena selsema cmne?
Post a Comment