Saturday, May 19, 2012

Orang melayu dan masyarakat arab.




Menjadi warga asing di sesuatu tempat merupakan satu perkara yang mencabar kalau nak diikutkan.  Sekarang, saya menjadi orang asing bagi orang tempatan Jordan memandangkan saya merupakan warga Malaysia. Lain Negara, lain budayanya. Perbezaan budaya  sedikit sebanyak membawa  masalah kepada sesetengah pihak  yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. Di Jordan, walaupun realitinya budaya di sini jauh berbeza dengan budaya orang melayu, namun dek persamaan agama, iaitu Islam, serba sedikit ia membantu orang  Malaysia untuk menyesuaikan diri di bumi anbiya ini.

Saya masih ingat lagi sewaktu kali pertama saya berjalan di Syari’ Jamiah. Sewaktu saya melintasi sekumpulan kanak kanak kecil yang sedang bermain sesama mereka, kehadiran saya di sambut dengan panggilan  “sinni, sinni, sinni”  oleh mereka. Sinni itu bermaksud Orang CIna. Kalau nak ikutkan, memang pelik lah juga. Sepet sangat ke mata saya ni sampaikan mereka panggil saya orang cina. Sewaktu itu juga, saya hanya mampu senyum dalam kepelikan. Nak cakap lebih pun tak reti. Sanfur la katakan. Salah cakap kan lain pulanya jadi.

Selepas pulang dari Syari’ jamiah, saya bertemu dengan salah seorang senior yang sudah agak lama duduk di Irbid. Saya cuba menanyakan tentang apa yang berlaku sebentar tadi di Syari Jamiah. Menurut beliau,
“kau jangan layankan sangat dengan budak budak tu. Dekat sini orang cina terkenal dengan pelacuran.”
(yang ni saya tak pasti sahih ke tak. Kena check betul betul)

Hancur luluh hati aku. Mana tak nya. Saya fikirkan budak budak dekat syari jamiah ni baik sungguh sampai sudi tegur saya dekat syari jamiah. Tetapi apabila dengar  statement ini keluar daripada mulut senior, saya  terus naik angin. Dalam hati saya terus tekad,
“tak boleh jadi ni. Aku kena tunjuk ajar budak budak arab ni. Ni yang aku kena belajar ayat ayat nak maki depa ni. Sat gi baru depa tahu nak respek aku sikit. Cisss”
Hakikatnya panjang lagi ayat saya. Tapi tidak mengapa. Saya hanya mampu pendekkan sekadar nak tunjukkan point nya.

Saya masih dapat rasakan lagi kegeraman sewaktu itu. Dan saya percaya kebanyakan orang melayu dekat Jordan ini memiliki perasaan yang sama. Terutamanya bagi mereka yang baru sampai.
Kan?

.......

Saya percaya, rata rata orang kalau ditanya mengenai orang arab punya sikap. Pasti ramai yang akan kritik. Entah apa apa la. Tak educated la. Kolot la. Paling kurang pun kita akan cakap. Standard orang arab la.
Kalau nak dikumpulkan satu persatu point ketidakpuashatian orang melayu dekat orang arab. Memang banyak juga la isu yang boleh kita ketengahkan. Kalau tak, macam mana boleh jadi antara bangsa kontroversi dekat dunia ini bukan?

Boleh dianggap mentaliti orang melayu daripada first year sampai tahun akhir. Puratanya  perasaan geram dekat orang arab tu memang ada. Semakin naik tahun, semakin membuak pun ada.
Itu realitinya.

...............

Ini realitinya juga.
Sedar tak sedar sebenarnya kita sudah dipengaruhi oleh mentaliti yang kurang sihat. Saya pun tak pasti sejak bila mentaliti ini wujud namun, sesetengah orang menganggapkannya sebagai satu yang sihat. Tetapi hakikatnya, mentaliti ini sangat tidak sihat.
Mentaliti apa ya?
Mentaliti mengerami orang arab.
Dalam erti kata lain, sikap tidak puas hati dengan orang arab. Apa yang orang arab buat tu salah. Apa yang orang arab buat ni salah. Semuanya salah. Padahal kadang kadang sedikit je kesilapan mereka. Tapi oleh sebab mentality kita terubah tanpa kita sedari. Ini lah jadinya.
Tak mustahil kalau saya katakana, isu ‘dipanggil sinni’ tu pun boleh jadi punca utama seseorang itu untuk mengubah mentalitinya untuk membenci orang arab.

Bila ditanya kenapa tidak bergaul dengan orang arab, pasti ramai yang akan jawab.
“orang arab serabut”
Okay. Fine.
Bila ditanya kenapa tergagap bila bertutur dalam bahasa arab?
“......”
Tiada jawapan yang diberi. Diam seribu kata. Sambil buat kerja lain dengan niat untuk tukar topic.

..............


Saya suka bercakap tentang reality.
Realiti nya orang Melayu sendiri tidak mengenali bangsa arab itu sendiri. Tanpa kita mengenali kita sudah berani maki maki sama mereka. Sedangkan, orang tua kata,
 “tak kenal maka tak cinta”
Kalau sekadar kenal nama dan takhasus, baik tak payah. Itu budak kecil pun boleh buat. Kalau setakat itu sahaja yang kita mampu untuk tahu tentang mereka. Sebenarnya kita tak layak nak mengutuk serta membenci mereka sesuka hati.
Walaupun kadangkala kita rasa orang arab itu serabut, tapi kenapa kita sendiri meletakkan boundary untuk tidak mengenali mereka disebabkan keserabutan mereka?
Kenapa? Takut diri sendiri pun jadi serabut.
Alasan!

............

Berbicara mengenai isu bahasa arab.
Kalau nak ikutkan, antara punca orang melayu dekat sini kurang mahir bertutur dalam bahasa arab ialah orang melayu gagal bergaul dengan orang arab secara menyeluruh.
Berbalik mengenai  isu ‘orang arab serabut’, kebanyakan orang menggunakan alasan ini untuk tidak bergaul dengan orang arab.
Katanya, orang melayu tak serabut. Betul ke?
Kita perlu rasa segan kalau 2 3 tahun duduk dekat Jordan ni, tapi masih tergagap cakap dalam bahasa arab.
Tak kisahlah pelajar Yarmuk mahupun pelajar JUST.

.............

Realitinya semua masalah diatas berkesinambungan antara satu sama lain. Mari kita revise balik sama sama.

Kenapa orang melayu tak mahir bercakap dalam bahasa arab?
“Sebab kita tak bergaul dengan orang arab”

Kenapa kita tak bergaul dengan orang arab?
“Sebab orang arab serabut”

Kenapa kita cakap orang arab serabut?
“Sebab mereka memang nampak serabut”.

Anda faham ke tidak sikap orang arab?
“Faham”

Nampak dengan faham sama ke?
“Tak”

Kalau anda faham sudah tentu anda sudah menyelami budaya mereka bukan?
“........”

 macam mana anda nak selami budaya mereka sedangkan anda cakap bahasa arab pun berterabur?
“...............”

...............

Pendek kata,
Don’t judge a book by its cover.
Mentality kebanyakan masyarakat permai terhadap orang arab kini ialah terlalu cepat menghukum orang arab tanpa mengenali mereka. Terlalu mudah mencari kesalahan orang lain berbanding kesilapan diri sendiri.
Macam bangsa kita sudah cukup bagus sahaja?

Jadi, bagi sesiapa yang masih geram dengan orang arab tu, sama sama la kita lepaskan kegeraman tu pergi.
takda faedahnya kalau kita simpan. buat sakit jiwa sahaja.

mulai daripada sekarang, mari kita sama sama ikhlaskan niat untuk berusaha menyelami dan memahami budaya orang arab. Rugi sungguh kalau 4 5 6 tahun duduk dekat Negara Arab. Tetapi masih gagal mengenali budaya orang arab yang sebenar.

Macam mana nak mengenali mereka?
Belajarlah  bahasa arab.
Belajarlah bahasa arab.
Belajarlah bahasa arab.

Jangan malu jangan segan. Sebabnya orang malu selalunya rugi.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Minta maaf atas segala kekurangan. Hanya sekadar berkongsi pendapat. Sebarang bantahan mahupun kritikan boleh lah dikongsi bersama.
Wasalam.
 Bersama Malik Momani, sahabat urduni yang banyak
membuktikan saya yang  bahawa tidak semua arab yang tidak baik.

Wan Muhammad Najib Mohd Daud
Tahun 2 Pergigian, JUST.


p/s: nota ini ditulis sewaktu saya tahun 2. sumber asal di sini

4 comments:

ismi bintu farenaa said...

ye setuju...
tdk bergaul dgn arab satu hal, malah terdapat segelintir pula yg memandang pelik / luar biasa terhadap org yg bergaul@mempunyai teman rapat arab...

sy jmpe rmai je arab yg baik, siap ajk dtg n tdr rumah, yg willing nak ajar n study same2...

Nik Heidzir said...

cepat sangat warga Permai menghukum orang Arab seperti dalam kadang pesalah.

setakat ana kenal Arab nie
1-mereka seorang yang suka memuliakan tetamu yang bertandang ke rumah
2-mereka bangsa yang suka memberi gift samada bentuk material atau ilmu.
3-mereka ada sikap suka tegur bila nampak kesalahan pada pandangan mereka.

jadi rugi kalau org melayu asyik menyepi diri dari oarang arab dek kerana terlalu menghukum mereka..

Mayu (bulan Mei, haha) said...

assalamualaikum,

jangan kita hukum keseluruhan sikap orang arab berdasarkan penduduk yang tinggal di irbid lebih2 lagi kawasan syari'jamiah. masyarakat arab jauh lebih luas dari nie.

saya sendiri pernah berjalan jauh ke kawasan perkampungan di jordan, wadi rejab, himma, dan masyarakat di situ baik.

kadang2 ya mereka ada buat perkara yg tak elok, ttp, kebaikan mereka melebihi keburukan itu.

kadang kala kita lupa, sikap kita masyarakat melayu pun macam mana. untuk menghukum org lain itu telah menjadi satu kesalahan. jadi, adil je la kan?

Ieza2fyza said...

saya suka post ini. saya salah seorang melayu yang sebelum ini tidak suka dengan bangsa arab. saya lebih mengagumi jepun dan korea. sehingga Allah menukar hati saya untuk mula menyukai malah mencintai bangsa arab ini tatkala saya diperkenalkan dengan seorang arab palestin. subhanallah, dia satu2nya kawan saya yang sangat baik layanannya berbanding teman melayu yang lain. benar, kita melayu memang suka menghukum tanpa menilai dan mengenal terlebih dahulu.