Monday, April 16, 2012

Kenapa saya tidak berjemaah?


" kau ikut jemaah apa? "


" herm. aku rancang untuk freelance dahulu. mungkin nantilah kot aku pilih "


" Kau tak takut ke? Hidup kita ni tak lama"


" Errr.."


Begitulah perbualan yang mampu saya kongsi, diantara saya dan teman lama saya di laman facebook.


Saya terkejut dengan pernyataan teman tersebut, sambil ketawa sinis memikirkan kewujudan mentaliti sebeginian rupa. Sampaikan saya persoalkan pada diri saya sendiri " Apakah aku ini berdosa tidak mengikut mana-mana Jemaah? "


Saya tidak menyalahkan kawan yang bertanya itu, barangkali beliau bimbang dengan kondisi saya sebagai seorang sahabat. Sebagai kepastian untuk sentiasa di dalam zon 'keimanan', beliau mencadangkan saya untuk berjemaah.


Namun, sebenarnya saya mempunyai hujah yang sendiri yang menyebabkan saya sampai sekarang tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan mana-mana jemaah.




Keluarga
Dibesarkan dalam keluarga biasa, yang mempraktiskan Islam dalam keadaan moderate, menekankan soal-soal asas tentang solat, puasa, zikir dan selawat, saya membesar dengannya.


Alhamdulillah, walaupun dengan penekanan soal-soal asas itu, saya dan adik-beradik saya yang lain mampu menghayati Islam.


Saya akui, ibu dan ayah saya bukan seperti ibu bapa kalian yang mempunyai jemaah dan fikrah tertentu.


Kepelbagaian Jemaah dakwah di Malaysia ini merupakan satu perkara yang sangat 'ghoreeb' untuk saya. Lebih-lebih lagi, apabila dihantar untuk belajar ke timur tengah.


Pernah sekali dahulu, saya berasa iri hati dengan kawan-kawan yang mempunyai keluarga yang berlatarbelakangkan berjemaah. Pada pemikiran saya ketika itu, untungnya mereka dapat menikmati kehidupan yang dipenuhi dengan dakwah dan tarbiyyah semenjak kecil hingga lah sekarang. Maklumlah, bila ada jemaah ini, orang sekeliling pun baik-baik belaka. Kawan-kawan mak ayah pun yang jenis alim-alim sahaja. Sekolah pun, sekolah Islamik.


Mak dan Ayah saya 'dakwah dan tarbiyyah' sahaja anak-anak mereka. Namun tidak lah sehebat keluarga-keluarga yang ada jemaah.


Akan tetapi, saya percaya Allah SWT sentiasa rancang yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.


Kini, saya rasa bersyukur juga sebab dilahirkan dalam keluarga yang sebegini, tidak berjemaah.


Kenapa? nanti saya akan jawap di akhir kata.


Apa itu Jemaah?
Berdasarkan pemahaman saya, jemaah ini merupakan satu gerakan dakwah yang bergerak membentuk masyarakat muslim yang benar-benar memahami, mengamali, serta menghayati segala suruhan dan larangan Allah.


Dalam erti kata lain 'Melahirkan masyarakat yang benar-benar mempraktiskan Islam dalam segenap aspek kehidupan' (Kalau silap mungkin boleh betulkan)


Saya mempunyai sebilangan kawan yang berjemaah. Malahan, saya turut pernah serta bersama dalam program-program mereka sewaktu ketika dahulu.


Usrah, qiam,ceramah, majlis makan-makan, semuanya pernah saya lalui.


Saya begitu seronok sekali dengan biah yang cuba diwujudkan. Perbincangan diantara ahli jemaah, jarang-jarang sekali berkaitan benda-benda yang tidak berfaedah. Usaha saling memperingatkan itu menjadi amalan rutin agar tidak mudah tergelincir, futur dengan dunia yang penuh permainan ini.


Segala gerak kerja dakwah yang dilaksanakan begitu sistematik sekali. Boleh kata dari A sampai ke Z, perancangannnya semua digariskan dengan mantap sekali.


Saya benar-benar takjub keberkesanan usaha geng-geng jemaah ini dalam mentransformasikan sebahagian kenalan saya.


Yang dahulunya, sebelum ini kelihatan hidup tak tentu arah, identitinya bercelaru melata, solatnya kurang dijaga, Quran entah kemana,di facebook pun yang dipostnya lagha sahaja.


Tapi kini, sungguh berbeza, hidupnya kelihatan jelas bermatlamat, solatnya dijaga penuh rapi, Quran pula dibawa ke mana pergi, facebook? tak usah bilang. hampir setiap inci post yang dikeluarkannya berbentuk zikr ilahi.


Masya Allah. Masya Allah. MasyaAllah.


Sekali lagi, saya begitu kagum. Diri ini pun rasa tercabar kadangkala. Manakan tidak, diri ni pulak rasa tak mampu nak jadi sehebat si teman yang sudah berubah itu.


Bergaduh
" Serabut lah nak buat banyak-banyak jemaah. Duduk dekat satu bumbung dah lah. Islam kan satu. tak perlu lah nak dipecah-pecah kan "
seorang teman merungut kepada saya.


" Masing-masing ada cara dakwah masing-masing.Lain orang, lain methodnya.Matlamat semua sama, nak sebarkan Islam. "
Saya cuba menjawab


" Kalau nak berbeza method dakwah pun. tak perlu lah sampai nak bergaduh-gaduh antara satu sama lain "
Balas temanku.


Saya terdiam sebentar kerana saya tahu ada benarnya kata-kata beliau.




Isu pergaduhan (baca: perselisihan faham ) dalam kalangan jemaah-jemaah dakwah ini, bukanlah sesuatu yang boleh disorok-sorokkan lagi. Dengan kemajuan teknologi sekarang yang begitu hebat seperti facebook, twitter, dan blog, memudahkan lagi orang ramai untuk mengakses pelbagai isu yang berlaku. Tidak terkecuali isu pergaduhan yang ingin referkan ini.


Saya rasa malu sendiri, bila terbaca sekian-sekian orang memaki hamun sekian-sekian jemaah di alam maya. Macam-macam kata kesat yang dilontarkan, memuaskan emosi yang terpendam.
Walaupun saya tahu golongan ini hanya minoriti sahaja, jiwa saya tetap sayu apabila memikirkan malapetaka yang berlaku dalam dunia para pendakwah sendiri.


Saya pernah cuba bertanya kepada kenalan saya yang terlibat dengan jemaah tentang isu ini, responnya seperti cuba menafikan bahawa perkara-perkara ini tidak berlaku.


Saya percaya, mungkin beliau sendiri merupakan antara pihak berkecuali dalam isu-isu seperti ini kerana sepertimana yang saya katakan tadi, sebahagian sahaja daripada mereka yang misbehave. Walauapa pun, ia tetap jelik untuk dilihat dalam sesuatu jemaah itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Kalau ditanya sebab apakah punca pergaduhan ini semua, saya akan jawab puncanya adalah taksub


Taksub
Setiap jemaah mempunyai metodologi dan perancangan tertentu untuk ahli-ahli mereka sendiri.
Perbezaan metodologi yang dibawa, menyebabkan lahirnya pelbagai aliran jemaah yang berbeza.
Hakikatnya, semua jemaah mempunyai matlamat yang sama, iaitu memartabatkan agama Allah.


Saya rasa kasihan, apabila melihat seseorang itu, apabila dia begitu taksub dengan ideologinya sendiri. Taksub yang saya maksudkan ini ialah menganggap idea dia sahaja yang betul, yang berhak diperjuangkan, manakala idea orang lain yang tak sama dengan dia, dia kata 'biaq pi lah'


Ketaksuban ini jarang berlaku dengan orang yang betul-betul faham tentang apa yang dia bawa. Namun, ketaksuban ini selalunya berlaku bila orang itu kurang jelas dengan asas perjuangannya.


Kalau kita cuba perhatikan sejarah tokoh-tokoh pengasas empat mazhab utama fiqh umat Islam yang berakidah Ahlul Sunnah Wal jamaah, pernah kah kita belajar yang Imam -Imam besar ini bergaduh antara satu sama lain, dek tidak persefahaman.


Imam Syafie RA yang mengasaskan Mazhab Syafie itu sendiri, berguru dengan Imam Malik RA ,pengasas Mazhab Maliki.


tak pernah pulak dengan Imam Syafie RA menentang Imam Malik RA kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya walaupun kita tahu yang mazhab syafie dan mazhab maliki berbeza kandungannya.


Tapi zaman sekarang ini pula, orang sibuk mengkafirkan orang lain, mengatakan mazhab dia yang betul. mazhab orang lain salah.


Walhal, tuan pengasas mazhab tak pernah pula menyalahkan pengasas-pengasas mazhab yang lain.


Orang seperti ini yang saya gelarkan 'Taksub'


Berbalik kepada perbincangan tadi, saya berpendapat bahawa isu pergaduhan jemaah ini sebenarnya berpunca daripada golongan-golongan yang taksub.


Golongan-golongan taksub inilah yang mempunyai keraguan dalam pemahaman mereka terhadap konsep perjuangan sesuatu jemaah itu.


Saya ragu-ragu (tak bermaksud 'tak percaya 100%'), bila ada orang kata yang ada jemaah itu, mempunyai agenda yang tersendiri, dan bukan untuk berdakwah semata-mata.


Bukan apa, kerana saya yakin, sekiranya sesebuah golongan itu mampu mengubah kehidupan seseorang hamba yang dahulunya jauh dengan Allah, kepada kehidupan yang akrab dengan Allah, mana mungkin golongan itu, golongan yang sesat, dan jahat.


Malangnya, sesuatu jemaah itu tidak mampu lari dari kewujudan golongan-golongan taksub ini dalam perjuangan mereka yang mungkin boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging.


Orang yang berprinsip tidak boleh disamakan dengan orang yang taksub.


Orang yang berprinsip dia faham apa yang dia bawa, dan juga boleh menerima apa yang orang lain bawa, tanpa mengubah prinsip asal yang dibawa.


Orang yang taksub dia bajet faham apa yang dia bawa, dan begitu sukar menerima apa yang orang lain bawa, kononnya takut menggugat ketaksubannya.


Salah siapa?
Masalah kewujudan golongan-golongan yang taksub, ini sebenarnya tidak boleh disalahkan seratus peratus pada diri mereka sendiri.


Boleh jadi, orang yang dah cukup faham itu sendiri juga bersalah.


Kenapa pula saya katakan begitu?


Saya cuba bawakan satu analogi mudah.


" Sejak kecil lagi, Sarah minat memasak. Dalam keluarga Sarah, sudah menjadi kebiasaan, kalau nak masak tumis, bawang putih dimasukkan dahulu sebelum bawang merah. Maknya tak pernah cerita pun kenapa bawang putih didahulukan sebelum bawang merah, Sarah pun ikut sajalah. Setiap masakan yang memerlukan tumis, Sarah akan mengikut resepi kebiasaan keluarganya. Semua masakan yang Sarah buat guna resipi maknya, mesti rasa sedap. Satu hari, ditakdirkan Sarah perlu masak dirumah kawannya sebab ada majlis keramaian. Ally, kawan Sarah, dan juga tuan empunya rumah memantau masakan Sarah. Ketika nak buat tumis, disaat Sarah nak masukkan bawang putih dahulu, Ally menegur kepelikan. Kata Ally, dia tak pernah tengok orang masa tumis masukkan bawang dahulu, dan kalau boleh dia tak nak macam tu. takut tak sedap jadinya masakan itu. Ally pun cuba berdegil, malahan dia pula kata Ally yang pelik, sebab buat tumis campakkan bawang putih dan merah bersama-sama. Dipendekkan cerita, Sarah terus merajuk, meninggalkan Ally begitu sahaja"


Cuba kita ubah konteks analogi ini dengan mengumpamakan Sarah sebagai seorang mad'u, Ibunya pula sebagai seorang daei', Ally pula mad'u yang didakwah oleh daei' yang lain.


Pengajaran yang mungkin boleh kita ambil disini ialah, kesilapan seorang daei' dalam berdakwah kepada mad'unya boleh membawa malapetaka yang besar sekiranya tidak dibincangkan dakwah itu dalam skop yang lebih luas.


Kesilapan mak Sarah, yang tidak menerangkan kepada Sarah bahawa sebenarnya ada cara lain nak buat tumis, menyebabkan Sarah taksub dengan cara yang diajar oleh maknya itu. Adakah lebih indah, kalau mak Sarah beritahu awal-awal kepada Sarah


"Hakikatnya, banyak cara nak buat tumis. Apa yang mak buat, ini adalah favourite mak. Ikutlah Sarah nak ikut mana-mana yang Sarah selesa dan rasa sedap. Mak tak paksa "


Kalaulah Sarah tahu tentang hakikat ini, sudah tentu dia tidak akan bergaduh dengan Ally bukan?


Begitu juga dengan Mak Ally, yang mungkin juga boleh didakwa dalam masalah ini.


Walhal, tak kisah macam mana cara menumis pun, sebenarnya boleh je makan masakan itu.


Begitu juga dalam konteks memahamkan ahli jemaah tentang prinsip asas perjuangan jemaah.


Eksploitasi jiwa baru
Jangan dieksploitasi jiwa-jiwa yang baru sahaja mengenali cinta Allah dengan menekankan jiwa-jiwa ini untuk setia dengan ideologi jemaah kalian semata-mata.


Adakah lebih bagus, jika kalian bimbing mereka mengenal cinta Allah dengan lebih dalam dahulu, tanpa tergesa-gesa menyuntik ideologi kalian itu.


kasihinilah mereka.


Bukan apa, kadangkala agenda-agenda itu terlalu berat untuk mereka yang 'baru-baru' ini, Kelihatan sahaja mereka mampu membawa agenda tersebut, realitinya mereka belum cukup matang untuk memperjuangkan agenda sepertimana yang kalian faham. Kelak, akan membawa bala kepada jemaah kalian sendiri diatas ketaksuban mereka sendiri sepertimana yang telah berlaku pada Sarah.


Beri mereka ruang untuk faham Islam dengan lebih luas. Dedahkan mereka dengan variasi aliran yang ada, dan bukan menambat mereka pada aliran kalian sahaja.


Usah terlalu mudah mempertikaikan perjuangan orang lain seolah-olah perjuangan kalian yang terbaik. Takut nanti, mereka salah faham. Menentang perjuangan orang lain tidak tentu fasal. Akhirnya menconteng arang di muka jemaah sendiri gara-gara 'tidak cukup faham'.




Anyway, jijik sungguh sikap seorang pendakwah yang memburuk-burukkan pendakwah yang lain.


Akhir sekali setelah mereka suduh cukup faham, barulah ditanya, aliran apa yang kalian lebih cenderung?
bukankah itu yang lebih adil?


Kalian tak rugi, dia tak rugi, Jemaah lain tak rugi, lagi penting Islam sendiri tak rugi kalau kita lahirkan daei' yang betul-betul faham akan perjuangannya.


Diri ini
tiada jemaah, tidak bermaksud tiada fikrah.
Saya memilih untuk tidak berjemaah bukan kerana saya tidak berprinsip dalam kehidupan.
Saya cuba ingin memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali variasi aliran dakwah yang wujud di muka alam ini.


Fikrah saya setakat ini ialah untuk meraikan segala fikrah yang ada, tanpa mengikat diri pada satu fikrah sahaja.


Barangkali dengan pergaduhan yang berlaku, saya menjadi agak skeptik dengan mana-mana jemaah yang ada. Saya tahu sketip saya ini salah, tapi apa-apa pun kalian yang sepatutnya berusaha untuk membersihkan nama kalian sendiri, kalau tidak mahu orang lain skeptik.




Saya tidak menolak sebarang kebarangkalian bahawa diakhir waktu nanti, saya akan memilih untuk menyertai jemaah.


Cuma, orang macam saya perlukan masa.


Wallahu'alam.


Wasalam.

34 comments:

Anonymous said...

jom join jemaah ana

Anonymous said...

jemaah hanya wasilah,bukan benda wajib.

Allah telah namakan kita dengan panggilan muslim, itu yg perlu kita jaga sebenarnya.

moga Allah jaga kita. :D

-cidak-

Anonymous said...

salam bro,anda pernah mengatakan anda pernah menyertai program2 jemaah tersebut, soalan saya, adakah anda betul2 menyertai program2 tersebut 100%? memahami apa yg hendak disampaikan? atau anda menyertai sebahagian yg anda suka, kemudian dibuai dengan masalah2 yg anda katakan itu? pernahkah anda berbincang dengan mereka secara berdepan dengan permasalahan2 tersebut?

permasalahan / pergaduhan yg anda katakan itu memanglah ada atas beberapa isu yg kita sendiri tidak tahu cerita sebenarnya. saya nak tanya anda, anda pastikah cerita sebenar tentang permasalahan tersebut? anda terlibatkah semasa khilaf itu berlaku? berdasarkan post anda, saya rasa anda tidak mengetahui cerita2 tersebut,kerana anda tidak dibesarkan dalam suasana tersebut. samalah dengan saya. saya pon x tahu cerita tersebut. jadi perlukah kita menyibukkan diri kita dalam permasalahan tersebut? saya tak mahu komen tentang perkara tersebut, saya akui ada berlaku khilaf tersebut, tp saya berlepas diri dan x ambil port langsung tentang masalah tersebut. jika anda benar2 memahami apa2 yg hendak dibawa oleh jemaah2 tersebut dengan sebenar2 pemahaman, saya rasa tidak akan berlaku permaslahan ini, agama ini terlalu mulia utk dipergaduhkan. saya juga tidak setuju dengan pertelingkahan tersebut.sesiapa yg bergaduh itulah golongan2 yg tidak punya akhlak, golongan yg tidak memahami tuntutan sebenar agama ini. namun, ia tidak menjadikan saya lari dariapda jemaah, kerana saya rasakan ada perkara yg lebih besar daripada itu, suasana yg soleh yang boleh membentuk diri saya. itu lebih penting. kerana bagi saya jika saya faham tentang perkara ini, saya pasti pertelingkahan ini akan dapat di selesaikan dengan berlalunya masa.

saya rasa tidak ada jemaah pon didunia ini yg akan mengajar kepada mad'u nya tentang ketaksuban kepada jemaah tersebut dipermulaan perkenalannya kepada jemaah tersebut.hatta setelah dia selesa dengan jemaah tersebut pon, tidak ada unsur ketaksuban yg diterapkan. adakah jika dia perjuangkan apa yg difahamkan itu diaktakan taksub? tidak2..cuba perhatikan semula apa yg anda dapat dipermulaan anda mengenali jemaah tersebut? apa yg disampaikan ialah kefahaman general kepada islam (madkhal ila islam,mabadi' islam), dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, pemahaman ayat alquran, pembacaan hadis, perbincangan tentang sahabat2 nabi. tidak ada disentuh tentang aspek jemaah langsung. cuma dunia teknologi skrng yg akan memudahkan akses anda kepada perkara (perihal jemaah) tersebut. mungkinlah program tersebut dianjurkan oleh jemaah tersebut, mungkinlah modulnya sebagai cth daripada penulisan jemaah tersebut, tp adakah modulnya mengajar anda utk taasub pada jemaah tersebut? mungkinlah program tersebut dianjurkan oleh jemaah tersebut,namun adakah program tersebut mengajar anda utk taksub pada jemaah tersebut? lihatlah kepada content program tersebut. saya yakin jika anda melihat dengan hati yg bersih, jauh sekali akan diserapkan kepada anda agar taksub kepada jemaah tersebut. saya pasti perkara ini. tanyalah mana2 jemaah pon. saya pasti!

mungkin sebab yg membawa anda itu daripada jemaah tertentu, jadi anda sudah melebel yg menyampaikan / yg membawa anda itu sebagai agen jemaah tersebut. segala apa yg hendak disampaikan semuanya daripada jemaah tersebut. tp sebenarnya bukan begitu. cuba lihat semula. saya pasti bukan begitu.

Anonymous said...

saudara, fahamilah perkataan berjemaah itu dengan aspek yg lebih luas. kekuasaan Allah itu pada jemaah. anda hidup bermasyarakat pon dah kira anda berjemaah. anda kerja dalam persatuan pon anda dah kira berjemaah. tp alangkah baiknya jika anda membuat kebaikan juga berjemaah. bersama2 buat kebaikan didunia ni.

saudara, saya harap anda perhati semula satu persatu apa yg pernah lalui, saya percaya anda lebih dimomokkan dengan suasana disekeliling anda tentang jemaah tersebut, rather than memahami sendiri apakah yg hendak disampaikan melalui jemaah tersebut. selalulah berbincang dengan ahli jemaah tersebut, bukan mendapatkan berita dariapda pihak lain, kemudian anda membuat kesimpulan anda sendiri. satu yg tidak adil saya rasa.

sekian sahaja, moga hati bersih saudara diberikan hidayah utk mencurahkan kebaikan kepada manusia secara amnya. babai.

Anonymous said...

dah dah dah jom join jemaah ana


orang yang berjemaah takkan cakap banyak , kerja banyak bro !

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa ber'jemaah' itu suatu keperluan.

'Jemaah' yang saya maksudkan jauh lebih luas daripada sempadan kepartian mahupun persatuan. 'Jemaah' yang saya maksudkan adalah seluas seorang rakan mengajak rakannya solat ke masjid, atas dasar Ukhuwwah dan Iman.

Maka, saya mengajak anda menyertai keluasan 'Jemaah' saya.

ps: setuju dengan anda, saya juga mangsa ketaksuban :(

atiqahdahalan said...

well said najib.
alangkah baik kalau orang berjemaah mengambil post ini sbg satu feedback dr customer, bermuhasabah, dan baiki kelompongan yg ada, instead of being defensive.

ramai org tidak berjemaah bukan semata sebab dia tidak faham atau tidak sampai kepadanya jemputan, tetapi disebabkan pendirian. words alone will not change that, they should prove it that they are not who people think they are.

Anonymous said...

Cuba tgk tafsir al fatihah...ayat 6....fahami btol2 tafsir tuh, n surah al asr, ayat 2 terakhir....ni just a few ye....byk lg dalil mengenai keperluan brjemaah ni....
Sebelum anda tulis post ni, anda sepatutnya fahami btol2 apa itu jemaah, tgk hadis2 psl jemaah....faham tafsir...etc....sedih btol bc post ni...

Mademoiselle Sophie said...

kenape nak sedih plak bace post ni.. berjemaah tu satu keperluan, ia bukannya kewajipan.

too defensive. nampak sangat tak meraikan apa yang saudara najib cuba sampaikan. ni pendapat dia, view dia dari sisi lain, lepas tu korang nak sedih2 pulak, mcm nak salahkan dia. dia just voice out dia punye opinion. terimalah seadanya.

dan masalah perselisihan antara jemaah ni mmg berlaku pon. di kalangan ahli2 yang taksub lah . tu lah bahayanya taksub. Rasullullah pon suh kita bersederhana aje dalam apa2 perkara..

p/s: dahlah pakai nama anonymous >_<

Midori said...

Sophie....knp cpt melatah....saudara or saudari anon kt ats tu ckp suh tgk tafsir, n fahami btol2....
Ana pnah tadabbur ayat al fatihah tu, tp al asr x...n pnah dgr jgk ustaz ckp dlm you tube....
For me...mungkin saudara najib ni ckp dr perspective dia....hurm...x perlulah gaduh kt sini...

Najib Daud said...

Saya akan cuba merespon tiga pengomen yang kelihatan agak 'tidak setuju' dengan penulisan saya dalam satu ringkasan persoalan yang kalian lontarkan.

3anonymous, tanpa nama.

1. Pertama, sekali saya ingin tanya kepada kalian, adakah kalian benar-benar faham motif disebalik penulisan saya ini? Sejujurnya, saya tidak mahu memburuk-burukkan mana-mana jemaah pun yang ada dimuka bumi ini. Hatta, saya memuji kehebatan jemaahs semua yang berjaya membawa kesan kepada masyarakat kita hari ini. Cuma, saya hanya menyatakan sebab mengapa saya tidak memilih untuk berjemaah. Bukan untuk menghentam mana-mana jemaah. Harap jelas.

2. Sememangnya, saya bukanlah orang yang berhak untuk menceritakan 'isu pergaduhan' ini memandangkan pada asasnya saya pun tidak tahu punca pergaduhan yang berlaku. Tetapi, saya berhak menyuarakan pendapat saya ini. Ini hanya pendapat, kalau tidak setuju tidak mengapa. Saya pun sudahkan katakan juga, orang yang benar-benar FAHAM dengan pembawaan jemaah itu, tak akan bergaduh punya dengan jemaah yang lain. Bagi saya, kewujudan 'orang yang tidak faham' ini wujud apabila mereka gagal dijelaskan dengan sejelas-jelasnya pembawaan jemaah mereka oleh taiko2 jemaah mereka. Apabila tidak jelas, itu yang jadi taksub tidak tentu fasal.

3. Saya pun setuju kata saudara. Mana ada jemaah yang mengajar ahli mereka untuk taksub. Cuma apa yang saya kata ialah ketaksuban ini berlaku TANPA DISEDARI. Memanglah dalam usrah-usrah jemaah itu, tidak berbicara sangat jemaah (takkan takde lansung kan? ;) ), malahan lebih diutamakan lagi ialah tentang perkara-perkara asas yang perlu dijaga dan diketahui oleh seorang muslim spt solat, quran, hadith dan etc. Pembawaan yang dibawakan oleh SESETENGAH orang itu dalam sesuatu jemaah itu, kadangkala tertumpu pada pembawaan mereka sahaja TANPA DISEDARI. MUNGKIN Pengenalan serta perbincangan tentang jemaah2 lain tidak diselitkan, bagi memahamkan 'kapal-kapal' lain yang mempunyai destinasi yang sama, walaupun teknologi berbeza.

4. Keputusan untuk 'tidak amik port' itu saya sangat tidak setuju. Itu maksudnya anda pentingkan diri anda. Maaf saya katakan. Masalah seperti ini perlu diselesaikan. Saya hanya cuba mengeluarkan teori saya yang mungkin salah, mungkin betul. Saya tak kisah orang tak setuju. tapi kalau tak amik port tu, saya sangat setuju. Bukan apa, saya bimbang, benda asas begini kalau tidak diselesaikan, jadi lebih teruk lagi untuk generasi-generasi yang akan datang. Semakin skeptik masyarakat lain yang tidak berjemaah pada kalian. Saya tak mahu begitu.

Najib Daud said...

5. Saya akui, sememangnya saya dimomok dengan macam-macam cerita Jemaah ini. Namun, saya juga berusaha untuk memahami jemaah-jemaah ini untuk memastikan keadilan dalam pemahaman saya tentang isu ini. Saya akui juga, mungkin kurangnya saya selidik LEBIH MENDALAM dengan ahli-ahli jemaah tentang penyampaian mereka, poin-poin saya tidak menyertai jemaah ini seperti tidak kukuh. Tapi ketahuilah saudara, bahawa 'persoalan' sebegini ini, bukan setakat saya saja yang alami. Ramai lagi orang-orang diluar sana yang tidak berjemaah, pening memikirkan tentang hal ini. Kami semua perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak yang terlibat. Tidak perlu tunggu kami untuk tanya seorang demi seorang. Sekiranya benar apa yang dibawa itu tidak benar dengan momokan-momokan yang berlaku, buktikan!

Semua orang boleh berhujah dengan perkataan, tapi jarang sekali boleh berhujah dengan perbuatan

6. Alhamdulillah. environment yang diwujudkan oleh jemaah anda, membuat anda lebih dekat kepada Allah. Tahniah. saya tumpang gembira. Saya tak minta pun anda untuk tinggalkan jemaah itu. Cuma saya minta tolong anda, sebagai 'orang dalam' untuk mengubah persepsi2 ahli-ahli anda, demi kebaikan jemaah anda, dan juga orang-orang lain.

7. Ya Akhi/Ukhti, ana lagi sedih bila enta/enti kata yang enta/enti sedih.

Saya tak kata pun yang jemaah ini tidak penting, apa yang saya katakan ialah ada benda yang mungkin perlu diperbaiki untuk sebhgian jemaah itu.Sedih betul saya orang tak dapat faham apa yang saya cuba bawakkan.
Saya tahu jemaah penting dan banyak manfaatnya tapi adakah ia wajib? :)

8. Kenapa entum tak letak nama sendiri? ana letak je nama ana. kita bukan nak buat musuh, kita nak berbincang secara sihat.

next time kalau tak setuju ke. letak je lah nama. tak rosak pun ukhuwah kan. :)

Wallahualam.

Musafir said...

Hem......this post is bias and offensive....accept my comment with open-heart....as a blogger, kene ready dgn comment2 pmbaca...

Suke dgn comment anonnkt ats ni...
"permasalahan / pergaduhan yg anda katakan itu memanglah ada atas beberapa isu yg kita sendiri tidak tahu cerita sebenarnya. saya nak tanya anda, anda pastikah cerita sebenar tentang permasalahan tersebut? anda terlibatkah semasa khilaf itu berlaku? berdasarkan post anda, saya rasa anda tidak mengetahui cerita2 tersebut,kerana anda tidak dibesarkan dalam suasana tersebut. samalah dengan saya. saya pon x tahu cerita tersebut. jadi perlukah kita menyibukkan diri kita dalam permasalahan tersebut? saya tak mahu komen tentang perkara tersebut, saya akui ada berlaku khilaf tersebut, tp saya berlepas diri dan x ambil port langsung tentang masalah tersebut. jika anda benar2 memahami apa2 yg hendak dibawa oleh jemaah2 tersebut dengan sebenar2 pemahaman, saya rasa tidak akan berlaku permaslahan ini, agama ini terlalu mulia utk dipergaduhkan. saya juga tidak setuju dengan pertelingkahan tersebut.sesiapa yg bergaduh itulah golongan2 yg tidak punya akhlak, golongan yg tidak memahami tuntutan sebenar agama ini. namun, ia tidak menjadikan saya lari dariapda jemaah, kerana saya rasakan ada perkara yg lebih besar daripada itu, suasana yg soleh yang boleh membentuk diri saya. itu lebih penting. kerana bagi saya jika saya faham tentang perkara ini, saya pasti pertelingkahan ini akan dapat di selesaikan dengan berlalunya masa."

Faizah said...

Astaghfirullah3x

Semoga amal kita pd Allah lebih byk dr dok bincang isu yg x mmbangkitkan iman ni pun.....

Nuruln9 said...

"Barangkali dengan pergaduhan yang berlaku, saya menjadi agak skeptik dengan mana-mana jemaah yang ada. Saya tahu sketip saya ini salah, tapi apa-apa pun kalian yang sepatutnya berusaha untuk membersihkan nama kalian sendiri, kalau tidak mahu orang lain skeptik."

Ana amek dr petikan kata2 akh najib....
Saudara, jemaah ini terdiri drpd manusia2, dan setiap manusia ada khilaf dn kelemahan...tiada jemaah yg mahu trjd perkara sprt ini...tp Allah sebaik baik perancang...apa yg sy nk kata kt sini, saudara jgn lihat dr sudut itu..samalah mcm nk masuk islam, jgn tgk org islam, tgk pd islam tu sendiri...n nk tgk jemaah kenalah pandang dr sudut mcmmn kemuntijan dakwah tu sendiri...dakwah ni harus dipikul bersama....kan susah nk bwk sorang2...dn mungkin, nauzubillah, klu bwk sorang2...at the end of the day, jd futur....

has said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Ain said...

Rasulullah pun berjuang dlm jemaah....waktu tu hanya ada 1 jemaah je,sbb ade khalifah....tp kali ni, dh berbeza sbb xde khalifah, so kene rujuk hadis mngenai tajdid jemaah....
Klu nk menegakkan islam individu atau jemaah? Sikit lebih kurang dgn solat jemaah atau sorang2...knp nk solat jemaah? Solat sendiri pun boleh....tp......Allah suka klu kita solat jemaah...so, kita buatlah mana yg Allah suka...ni pendapat sy yg sgt lah daif....:)
Saudara najib, dan semua yg mmberi comment kt ats ni, sama2 lah kita istighfar ok?semoga hati kita bersih hanya untuk Dia...hanya Dia...wallahualam....

P/s:suka dgn comment haslina....:)

Labibah Mahdzir said...

maafkan saya. pada pihak penulis dan pihak pengkomen. bukan nak komen isi masing2 yang masyaAllah mantap2. tak layak rasa.

cuma,

saya rasa adalah sangat tak proper bila kita komen dan tak meletakkan nama/identiti masing2, kerana ia hanya akan menimbulkan prasangka dan anggapan2 lain. kan boleh di elakkan?

jadilah pengkomen bertanggungjawab.

moga kita semua baca dengan hati yang ada 1001 sebab untuk bersangka baik. jangan cepat terjun ke conclusion.

berbincang lah dengan baik. dengan hati terbuka.

:)

salam ukhuwah buat semua.

Anonymous said...

Najib layan anon je. taknak layan komen aku. aku kena tak bersetuju dengan dia,baru dia nak respon komen aku agaknya.

-cidak-

Anonymous said...

Join atau tidak, asalkan buat kerja menuju akhirat. Jalan ke syurga byk, nak cepat boleh ikut highway. Tapi tak mesti ikut highway selamat sampai. Semuanya, Allah yg tentukan.

Doa2 amal kita diterima, walau siapa pun kita. Good luck najib! ;)

Kakashi

Najib Daud said...

Mungkin saya tersilap, bilamana saya kata saya tidak berjemaah, orang memikirkan saya menolak idea jemaah itu sendiri secara bulat-bulat.

Sebenarnya saya maksudkan didalam post itu ialah, saya tidak menyertai mana-mana jemaah yang ada organisasi lengkap seperti NGO-NGO dakwah yang ada di Malaysia sendiri.

Hakikatnya, saya pun ada jemaah saya sendiri. Jemaah saya cukup besar.
Jemaah awak, Jemaah dia, dan orang-orang yang tiada jemaah. Itulah jemaah saya!

Mustahil dakwah dapat disempurnakan secara individu! :D

d4uh said...

salam,
moga teguh dengan jalan yang dipilih. yang paling penting, dampingi mereka yang mengajak kepada Allah.

has said...
This comment has been removed by the author.
Cik Odah said...

semoga Allah melapangkan hati kita demi ukhuwah...
banyak sangat perkongsian yg odah dapat nih, ini pun salah satu dr nikmat Allah.. maka itu, kita berfikirlah..
sama2 kiat mencapai redha Allah.. InsyaALLAH... :)

baby gee said...
This comment has been removed by the author.
baby gee said...

kita tak mungkin dapat puaskan hati orang,maka apa kata kita fokus untuk puaskan hati Allah.:)

jemaah A?jemaah B?takde jemaah?
budak usrah pun belum tentu masuk sorga.kita hidup ini untuk apa sebenarnya?untuk cari keredhaan Allah.apa cara selagi tidak bertentangan dengan syarakNya,selagimana endingnya boleh menampakkan ke"VVIP'an kita di sorga nanti,selagi itu boleh.

dakwah itu bukan pilihan.dakwah itu kewajipan.ia satu kemestian yg mesti dilaksanakan dengan keihhlasan dan kefahaman.

taknak join jemaah?taknak join usrah?
tak apa,tak wajib pun,asalkan boleh jadi hambaNya yang taat dan mengajak orang lain taat kepadaNya.boleh jamin?

no one is perfect.only He is:)

Anonymous said...

assalamualaikum najib.

aku setuju, kadang2 satu unit ahli jemaah yg taasub mendatangkan skeptisme terhadap keseluruhan jemaah. padahal niat jemaah tu murni, tapi disebabkan sikap seorang dua (dan cakap2 serta khabar angin orang lain tentunya) akan membuatkan imej seisi jemaah tercalar. pernah suatu ketika, seorang senior yg berjemaah, memang aku respek, sebab dia berlapang dada, bila orang yang cuba didakwahnya, masuk jemaah lain, bukan jemaah dia. bukan sebab dia gagal dalam dakwah dia. respon dia mudah "tak kisahlah jemaah mana, asalkan dia ikut tarbiah, sebarkan dakwah".

nampak kan? pada aku, tak kisahlah jemaah mana, selagi mana niatnya membwa panji2 islam, itu sudah cukup baik. kawan aku dulu kat sekolah, lain, sejak2 masuk universiti, aku nampak ada perubahan ke arah kebaikan, sejak2 join jemaah ni.

tentang skeptisme kau terhadap jemaah kat jordan ni, aku yakin bukan kau sorang je yang rasa. tapi aku nasihat, marilah meraikan perbezaan. ramai lagi terkena tempias skeptisme yang sama, lagi2 lepas dengar cakap2 orang, walhal jemaah tu innocent je. yelah, khabar angin kadang lagi laju dari cahaya kan..

dan yang aku kecewa, ada juga yang bersikap "aku malas nak berjemaah2 ni, lebih suka jadi indie. hidup pun senang", tapi time panggil ber-Pintar, liat jugak nak datang.

btw, bagus jugak pos ni. jadi medan diskusi. kalau kat Open Talk, mahu taknya perli-memerli je yang ada, ye dak? nice post najib. huhu...=)

p/s: kenapa org panggil kau komeng?

Anonymous said...

assalamualaikum najib.

aku setuju, kadang2 satu unit ahli jemaah yg taasub mendatangkan skeptisme terhadap keseluruhan jemaah. padahal niat jemaah tu murni, tapi disebabkan sikap seorang dua (dan cakap2 serta khabar angin orang lain tentunya) akan membuatkan imej seisi jemaah tercalar. pernah suatu ketika, seorang senior yg berjemaah, memang aku respek, sebab dia berlapang dada, bila orang yang cuba didakwahnya, masuk jemaah lain, bukan jemaah dia. bukan sebab dia gagal dalam dakwah dia. respon dia mudah "tak kisahlah jemaah mana, asalkan dia ikut tarbiah, sebarkan dakwah".

nampak kan? pada aku, tak kisahlah jemaah mana, selagi mana niatnya membwa panji2 islam, itu sudah cukup baik. kawan aku dulu kat sekolah, lain, sejak2 masuk universiti, aku nampak ada perubahan ke arah kebaikan, sejak2 join jemaah ni.

tentang skeptisme kau terhadap jemaah kat jordan ni, aku yakin bukan kau sorang je yang rasa. tapi aku nasihat, marilah meraikan perbezaan. ramai lagi terkena tempias skeptisme yang sama, lagi2 lepas dengar cakap2 orang, walhal jemaah tu innocent je. yelah, khabar angin kadang lagi laju dari cahaya kan..

dan yang aku kecewa, ada juga yang bersikap "aku malas nak berjemaah2 ni, lebih suka jadi indie. hidup pun senang", tapi time panggil ber-Pintar, liat jugak nak datang.

btw, bagus jugak pos ni. jadi medan diskusi. kalau kat Open Talk, mahu taknya perli-memerli je yang ada, ye dak? nice post najib. huhu...=)

p/s: kenapa org panggil kau komeng?


by: Mr. Batoto

Shazmie said...

Salam abg Najib.:)

Tiba2 terjumpa blog ni masa blogwalking.

Lepas baca semua,ana rasa abg najib memang power lah.

Ada prinsip hidup dan kepercayaan yang sangat kuat.

Ana sangat setuju dengan poin2 tu.Banyak kelebihan bila join jemaah asalkan tidak taksub dan berprinsip wasatiyah.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada abng Najib utk membuat keputusan terbaik demi memperjuangkan agama kita yang tercinta.

Selamat beramal.:)

Najib Daud said...

terima kasih yang membaca dan mengomen, yang bersetuju mahupun tidak bersetuju.


Saya sangat menghargai sudut pandangan, penghargaan, serta kritikan kalian.

Saya hanya mahu menekan lagi sekali bagi mereka yang mungkin salah faham.

Saya menghormati dengan pendirian pihak yang mengatakan jemaah itu penting, dan setuju dengan beberapa hujah yang dikeluarkan di atas matlamat wujudnya jemaah-jemaah yang ada.

Mungkin ada benda yang saya tak setuju. tapi tidak mengapa, tidak menghalang untuk saya memuji kebaikan berjemaah. Begitu juga kalian yang tak bersetuju dengan saya. freedom of speech kan? :)


Cuma saya hanya cuba menyampaikan idea dhoif saya ini, bagi merawat masalah ketaksuban ini. kalau takde, tak mengapalah. kalau ada, rawatlah.

Kalau kritikan saya ni kalian tak dapat terima, ajaklah saya berbincang. saya open je insyaAllah. khususnya bagi mereka yang terdekat.

Saya pun mad'u juga. Banyak benda saya nak kena belajar. :D

Selamat semua!

Anonymous said...

insya Allah, saya juga rasa apa yang najib kata tak salah,
tak salah untuk tidak berjemaah, atau pun berjemaah
hidup kita mmg telah berjemaah sejak awal lagi
kita manusia yg memilih untuk memecah belahkan kita,
Jemaah sepatutnya hanya satu, Islam
Kenapa kita tak boleh hidup sebagai satu?
Kenapa perlu pecah kepada bilangan kecil?

p/s- PERMAI pun jemaah :) satu paksi di Irbid ni

syira said...

nice said.
jangan risau. ada saja orang yg faham penulisan anda.
dont worry. =)
saya alami apa yang awak alami.
saya bukan bertudung labuh, selalu saja dipandang rendah oleh mereka yg lebih bertudung litup(labuh) sehingga menyebabkan saya takut utk belajar agama, kerana mungkin saya keluarkan soalan2 bodoh dr mata mereka. kadang jemaah2 ini memandang serong kpd mereka yg tidak berjemaah. tidak semua, tp ada.

tp sy juga ada kawan yg tudung labuh yg sanggup layan kerenah saya. alhamdulillah. itu yg saya buat keputusan utk terus bertudung.



baru jumpa blog ni. thanks for all the info. =)

happiness said...

kwn sy suruh sy kaji jemaah2 kt malaysia..tetiba lak terjumpa post ini..sgt kena la dgn diri sy, sy tahu kerisauan kwn sy apabila melihat sy seperti lalang..sy menyertai usrah2 agar sy d beri kekuatan.. sy yakin dgn berjemaah sy tak mudah lemah..sy berkawan dgn rmai org dan terbuka mendengar pendapat mereka..kdg2 memang km xsependapat, tp sy diamkan shj..akhlak lebih penting dn sy faham..klo hujahnya xbenar sy perlu perbetulkan tp dek kerana ilmu sy y kurang, xmmpu pulak sy mengeluarkan hujah2 y bernas.. spt y en najib beritahu, wlaupn ada byk jemaah ttp matlamatnya jg krn utk memperjuang kn Islam... nasihat k.usrah sy, kaji dn kutip lah ilmu benar2 dlm msa y sama masih terus berjemaah..

Anonymous said...

so apa ciri2 jemaah yg digariskan islam? cuba kita check jemaah2 yg ada nie ada x ciri2 tersebut. well atas perselisihan faham di post2 atas nie ana nak ajak sahabat2 tgk maksud surah al hujurat ayat 9-13. InsyAllah matlamat hidup kita nak mencapai keredhaan Allah. peace ^^