Saturday, June 4, 2011

5 perkara yang orang Irbid boleh dapat kalau tak balik Malaysia June ini.



1. Dapat pergi umrah.

Al maklum, kalau nak pergi umrah daripada malaysia, berlipat lipat kali ganda mahalnya . Tapi kalau dekat Jordan ni, naik bas sahaja. campur kos transport, penginapan dan visa, mencecah dalam 130 Jd sahaja. Lebih kurang RM 550 sahaja. Memang tak dapat harga macam ni dekat malaysia. Dekat Jordan jee. Bukan senang nak pergi tempat paling tenang dekat dunia ni dengan harga semurah itu. Balik malaysia pun belum tentu semurah macam tu kan?

2. Dapat belajar bahasa arab.

Orang ramai selalu komplen. tak cukup masa nak belajar bahasa arab. manakantidak, belajar perubatan dan pergigian lah katanya. tidak kurang juga mereka yang hari hari dalam bahasa arab, tetapi masih tidak mampu untuk bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut. bahasa arab ini bukan saja terletak fokusnya pada tatabahasa semata mata, lebih penting lagi ialah dari aspek penggunaan serta cara kita bermuamalat dengan orang arab itu sendiri.

waktu lapang macam ni lah perlu dimanfaatkan untuk belajar bahasa arab. kalau dulu segan sebab takut nanti kawan kawan kata negatif dekat kita beramah mesra sangat dengan orang arab. Sekarang ni, ini lah masanya. Perbanyakkan muamalat dengan orang arab. tapi awas, berhati hati dalam memilih kawan. Bukan apa, takut perkara yang tak diingini berlaku.


3. Dapat hangout dengan para khirijin.

khirijin tak khirij kalau mereka tak hebat bukan? Jadi, apa kata kita gunakan peluang keemasan ini untuk hangout, lepak lepak, dan etc bersama khirijin yang tak lama lagi akan meninggalkan kita. Hangout yang dimaksudkan bukanlah semata mata hangout kosong yang tidak membawa apa apa faedah. Mungkin banyak benda yang boleh kita belajar dan berkongsi daripada taiko senior yang nak pulang ke Malaysia ni. Mempelajari sesuatu daripada orang yang berpengalaman merupakan salah satu cara yang terbaik dan paling mudah untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita tak kisahlah daripada segi aspek apa pun.

khirijin perlu belanja junior. atau junior perlu belanja khirijin. itu yang menjadi persoalan?

ha.

4. Dapat menghayati suasana Irbid 5 6 tahun yang lepas.

Sepertimana kita tahu, 5 atau 6 tahu yang lepas, populasi orang melayu agak sedikit di Irbid. Kalau nak dengar cerita senior, depa kata. kalau ada 20 orang tu, 20 orang tu la yang pergi masjid. 20 orang tu la yang main bola. 20 orang tu yang pergi kelas sama sama. 20 orang tu la yang introspeksi iman. kiranya 20 orang tu la yang ada buat kerja sama sama. Dalam erti kata lain, takda orang lain dah melainkan mereka sendiri yang menjayakan tentatif kehidupan mereka suatu ketika dahulu. Ukhuwah yang terbentuk zaman mereka dahulu boleh dikatakan antara ukhuwah yang paling teguh sekali dekat Irbid ini sepanjang penempatan orang melayu di sini. tak kisah lah inter-batch ke mahupun intra-batch.

saya rasa ini adalah peluang terbaik bagi siapa yang tak balik untuk mendalami watak senior senior suatu ketika dahulu. dalam waktu yang sama, insyaAllah akan dapat mengaut sekali segala manfaat yang ada.

ada beran?


5. Dapat balik raya.

ye la kan. dah balik bulan 6 ni. takkanlah nak balik bulan 8 kan. lebih lebih lagi pihak syabab. nampak tak macho la juga kalau setiap cuti nak balik. apa orang cakap, tak 'perantauan' lah kalau asyik balik aja walaupun guna duit sendiri. orang cakap. bukan sayaa.

saya difahamkan ramai yang balik bulan 6 ni sebab nak raya dekat jordan bulan 8 ni. Saya percaya mereka juga mempunyai agenda tersendiri untuk membantu PERMAI sesi 11/12 dalam menjayakan Sambutan Pelajar Baru 2011 (SPB11). bagus bagus.

ahli PERMAI yang begini kita mahukan.



..............

post ini suka suka sahaja. harap tiada pihak yang terasa. sekadar nak lepaskan tensi duduk berseorangan.

T_T

tapi saya rasa ada realitinya apa yang saya tulis diatas. bukan?

:)

Selamat bercuti kepada mereka yang pulang ke Malaysia tu!
jaga diri jaga iman. harap tak pulang Jordan ni dengan iman yang berkurang. :)

Selamat bercuti juga kepada yang tak balik Malaysia tu, duduk dekat Irbid ini sahaja.!
jaga diri jaga iman juga! semoga cuti kali ini kita manfaatkan sepenuhnya. Semoga tips yang saya bagi dekat atas ni serba sedikit membantu kalian.




Selamat juga diucapkan kepada pihak yang menunaikan Umrah tu. semoga tak lupa doakan kawan kawan yang lain!

selamat selamat.


p/s: orang irbid yang tak balik, tolong cakna bab keselamatan masing masing sebab waktu cuti ni selalu kes banyak. tak kisah lah syabab ke akhawat (lau samahallah)

3 comments:

Anonymous said...

bukan lau, tapi la.

Aku_Insan said...

huhu,,saya balik bulan 8 karang~
cuti waktu tu je,,,
takpo2, tahun depan boleh cuba lagi..

Hatta RaZiaN~ said...

najib.post ni macam nak pujuk diri ja..huhu

luar suka-dalam duka.adeyh