Thursday, March 31, 2011

belajar untuk cerita tentang hakikat.


jangan terlalu bodoh merasakan diri kita ini terlalu bodoh untuk membuat sesuatu. bukan itu caranya untuk merendah diri.

jangan merendah diri yang tak bertempat. kerendahan diri yang diucap dalam kata kadangkala tidak seiring dengan kerendahan diri dalam hati.

sila bina keyakinan. sila bina kekuatan.

jangan tahu mengikut sahaja tanpa memberi sedikit pun suara. suara perlu didengari sebagai tanda kita tidak puas hati.

tak salah kalau tak puas hati. itu lumrah alam. kalau semua benda kita nak setuju seratus peratus maksud masalah juga la kita ni sebenarnya kan.

jangan manjakan sangat diri ni untuk 'menyimpan'. belajar untuk meluahkan.

kadangkala itu lah masalahnya orang kita, terlalu banyak yang menyimpan.

tahu tak. sebenarnya kata kata yang paling terbaik ialah kata yang datang daripada hati.

apa yang hati anda rasa? luahkan.



walaupun kadangkala ianya pahit untuk ditelani oleh masyarakat.




Monday, March 28, 2011

hopefully.




" I wish I could know you better one day"






Sunday, March 27, 2011

lemahnya iman.



Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman

(Hadis sahih riwayat Muslim)



*credit to lisa kamal.


Wednesday, March 23, 2011

I want to marry you.




actually i'm out of ideas to write in english.

so i did some u-tube-walking.

finally i stumbled upon this video.

ya Allah. cute-betul-budak-ni.



aminah is lepat's daughter. who is lepat?

check this link to know more.

bye.

*the post's title got nothing to do with it's contain actually. so sorry

Friday, March 18, 2011

nak rambut awal ashaari, dapat rambut rempit.


assalamualaikum,

hari ni aku sedih sedikit. sebab aku ada satu pengalaman gelap sikit.

macam ini cerita dia bermula...

..............

"amar, okay tak rambut aku ni?"

"boleh la. tapi panjang sikit"

"kalau gitu, okay tak kalau aku gunting"

"dah la weh. kata nak study"

"lorh. satu soalan je pun. okay laa. err"

situasi ini berlaku di perpustakaan universiti hari ini. selepas tamat exam lab head and neck anatomy. aku dan amar merajinkan diri untuk pergi perpustakaan bagi menelaah Microbiolgy yang around the corner je lagi.

tapi itu bukan point yang aku bawak kan. point nya ialah pasal rambut.

hati tak selesa. nak gunting ke tak nak. minta maaf sebab nampak macam duniawi. tapi ini mengenai penampilan. aku terpaksa pikir juga. bukan pasal nak jadi hensem. tapi nak nampak kemas.

runsing runsing.

.................

" balik ni aku kena gunting gak rambut ni. tak boleh jadi"

gertak hati aku seketika berada di dalam bas berseorangan malayzi.

dalam hati serba salah. member semua sibuk exam. housmate dah tekad untuk bersara sekejap sebab hari tu ada sikit kontroversi orang gunting rambut dengan dia tak seberapa reti nak kemaskan tempat pengguntingan.

" fine fine"

dalam waktu yang sama. tercetus satu fikrah baru. fikrah dia bunyi mcam ni,

"tak pernah aku gunting dengan arab. nak juga sesekali mencuba"

lepas tu terlelap dalam bas. sampailah dekat depan kedai adidas.

.............

sampai rumah. rehat 15 minit gitu. capai duit. 5 jd gitu. terus tekad pergi kedai gunting rambut.

sampai sampai sahaja.

"assalamualaikum, syabab"

"waalaikumussalam.hala hala"

" biddi gassir syu'ri" * i want to cut my hair*

...... ( mamat tu geleng kepala. tapi dia tahu aku nak gunting rambut )

" ana mush ariff kef biddi agullak. bas bidi syu'ur zai hik.." * I dunno how to desribe it to you but I just want it like this*

(dengan konfiden nya aku mengeluarkan ipod aku sambil menunjukkan gambar seseorang berambut tampan dan kemas, Awal ashaari. *punya la semangat mencari sebab tak tahu nak deskrip apa*)

"hek? aaa. hada italia" * this one? yeah. this is an italian hairstyle*

"italia? akidd? ana ma arif" *italian? sure? i dunno*

"na'am . hada italia. syuf su'rul sybab" (dia tunjuk member dia nya rambut) * of course, this is italian style. look at that guy's hair*

" zai hik italia?!" *biar betik mamat ni. buruk semacam ja. dalam hati aku terdetik. tak da la buruk mana. tapi standard rambut arab la* *this is the italian one?!*


* aaa. " *yupp*

"toyyib2" * okay la bro*

aku pun dengan girang nya duduk atas kerusi. sambil brader tu sarung kan aku kain dekat leher aku.

..................

selepas setengah jam gitu. rambut dah hampir seratus peratus settle.

aku cuba capai spek dan tengok sebentar rambut aku sambil dia tengah amik gunting dalam drawer.

"mak ai. ini bukan awal ashaari ni. ni rambut mende ni?"

sumpah sedih masa tu. serius aku terbayang rambut mamat2 arab yang duk pakai gel rambut banyak sungguh teramat tu. sampai terpacak pacak gitu.

"amboi, takkan aku nak berambut macam tu ?"

mamat tu boleh pulak cakap.

"jamil jamil" * beautiful beautiful*

aku macam. omg. macam mana aku nak bertemu masyarakat ni. serius terasa nak botak terus.

tapi nak jaga hati punya pasal. aku cakap.

"jamil jamil" *beautiful beautiful* sambil cuba nak cakap "bass.." *but* tapi dia tetap tegas kan. "la'. jamil kethir" *no no. absolutely beautiful!*

aku terus macam ni.

-_-"

dia edit2 sikit. letak gel semua. spray spray. sampai letak spray silver atas kepala aku.

sekali lagi aku macam ni.

-_-"

"shu had?" * what the hell is this?*

"betseer ghossil ha ba'din" * you can wash it away after this. dont worry*

"mashi mashi" * yela yela*

sekali lagi

-_-"

..............

okay serius aku cakap aku serik juga nak gunting dengan orang arab. dia orang tak jahat. cuma pattern ja berlainan. trend yang tak seberapa nak sama.

aku anggap perkara ini sebagai satu pengalaman mantap dalam kehidupan aku dekat bumi Jordan ni.

nak timba pengalaman, kena lah berkorban . tak ke gitu?

tak pe la. tak macam awal ashaari pun tak pela. janji iman ada lagi. alhamdulillah

*sob sob sob..


selamat mengambil pengajaran!


*gambar ni lah aku tunjuk mamat arab tu*

Thursday, March 17, 2011

ingliziy.

seriously I feel stupid when I write in english.

too bad though i've been learning this language for nearly 2 decades.

I plan to write in english for a whole next week.

why?

because it is a CAKNA week!


yawww.



peace be upon Him!

belajar menghormati privasi orang lain.

kepada sesiapa yang masih tidak reti dan menahu untuk menghormati privasi orang lain.

sila lah belajar untuk berbuat sedemikian kerana kelak ia akan merugikan anda disebabkan kekejian sikap anda itu.

kalau kita tak nak orang lain ganggu privasi kita, tak usahlah kita nak ganggu privasi orang lain.

walaupun 'member-member', namun, privasi tetap privasi.

sekiranya kita diberikan kepercayaan untuk menggunakan laptop kawan kita, nescaya gunakan lah sebaik mungkin.

jangan sesekali pandai pandai nak selongkar satu persatu file yang ada.

lebih baik tak tahu daripada menahu.

jangan diselongkar aib orang lain melainkan dia sendiri yang terbongkarkan sendiri.

apabila diberi kepercayaan untuk menggunakan telefon bimbitnya, jangan menggatal tangan untuk membuka segalanya selain daripada yang dihajatkan pada mulanya.

tak perlu semua rahsia orang lain perlu kita tahu untuk menandakan kita caring.

banyak lagi cara lain.

sekadar mengingatkan.

:)

Monday, March 14, 2011

Friday, March 11, 2011

Isu hygenic: Bersin tak basuh tangan.


kali ini isu hygenic. *minta maaf kalau salah eja.

pernah tak bersin?

pernah tak bersin sambil cover dengan tangan tanpa tisu/sapu tangan?

pernah tak bersin lepas tu lap tangan dekat seluar mahupun baju yang kita pakai tu secara tidak langsung?

pernah tak bersin lepas tu kita terus 'salam' member kita tanpa kita membasuhi tangan kita?

pernah tak bersin lepas tu tengok kawan kita yang kita salam tadi bersin pulak?

pernah tak?

mungkin orang ramai kurang ambil nota isu ini. isu ini sebenarnya antara benda asas kehidupan yang sering kita lupa. disamping budaya korek-hidung-tak-basuh-tangan-lepas-tu-salam, ini antara budaya kuning yang masyarkat kita sendiri gagal untuk menyedari akan keburukannya.

sepatutnya?

lepas tahu dah bersin tu, cuba la elakkan daripada salam orang lain. unless kita dah basuh tangan kita betul betul.

tahu tak tangan kita tu ada bawak virus/bakteria/ watsoeva yang boleh buat orang lain infected?

nak terang secara microbiologynya, aku tak sberapa nak reti sangat.

cuma ethically, boleh fikir logik barangkali. kita pun mesti geli kalau nak salam dengan orang yang tangan dia baru je kena hingus or apa apa je yang boleh buat kita geli.

so get considerd la. jangan fikir orang lain tak nampak tak mengapa.

nak erat kan silaturahim pun. jangan la sampai kan virus dekat orang lain.

kalau nak salam pun, next time bawak tisu/sapu tangan. supaya boleh salam dengan mudah. tak pun bawak sanitizer 24 jam dalam poket. dalam bersin tu terus la sapu.


haa. senang kan?

sekian saja.

selamat beramal!






Sunday, March 6, 2011

4 kata ganti nama diri favourite masyarakat kita.



1. 'aku' dan 'kau'

ini sangat common dalam norma masyarakat kita. selalunya orang kenalan rapat saja yang guna 'kau aku' ni. Orang kata, istilah aku aku ni buktinya lebih akrab. ada orang kata, kasar. kalau masa kecik, selalu kena ugut dengan orang orang tua. " kang hantu paku datang baru tahu. kalau asyik cakap 'aku aku' ". lepas tu serius takut. dah tak berani dah. ada orang kata, orang perempuan kalau guna kata ganti nama macam ni. macam tak seberapa nak manis. sesama perempuan takpa. tapi kalau dengan lelaki agak pahit sikit la. aku tak tahu. orang kata. orang kata, orang yang selalu guna 'aku kau' ni orang jawa ja.

2. 'saya' dan 'awak'

kata ganti nama macam ni sangat tak cool kalau digunakan dalam kalangan lelaki. kalau guna, memang habis kena hentam free free. dalam kalangan perempuan, mungkin takda masalah. kata ganti nama macam ni juga favourit digunakan antara lelaki dan perempuan. cara ni lebih sopan kalau nak ikutkan berbanding kata ganti nama yang pertama tadi. cuma kadangkala sesetengah orang tak suka cover cover. jadi dia prefer guna kau aku terus. sebenarnya sedap aja dengar 'saya awak' ni. bukan apa, lembut mendengarnya. takda la kasar mana pun. agak memang tak dinafikan. ia nampak macam sedikit cover. orang kata, orang yang selalu guna 'saya awak' ni, orang yang tengah tengah.

3. 'I' dan 'you'

kata ganti nama macam ni selalu nya budak budak bandar je guna. budak KL la kononnya. sesama jantina aku tak sure. tapi yang paling common antara lelaki dan perempuan tu memang selalu berlaku. bagi menggantikan kata ganti nama pertama dan kedua tu. bila guna 'I you' ni nampak macam moden sikit la. aku pun tak pasti apa yang moden nya. cuma yang pelik nya. tang yang diinggeriskan tu hanya 'I you' sahaja. bila part part lain. tak seberapa nak reti berbahasa inggeris. so macam awkward la jadinya. first aku guna pun terasa macam geli teramat. orang kata, orang yang guna 'I you' selalunya orang ni macam sekular sikit.

4. 'Ana' dan 'enta/enti'

kata ganti nama macam ni bagus sebenarnya. khususnya dalam golongan sesama jantina. sesetengah berpendapat, bila guna kata ganti nama macam ni, sedikit sebanyak ia akan menjadi satu batasan dalam pergaulan. contohnya, macam kurang sedap lah kalau kita cakap. " sengal lah enta ni" serius rasa pelik bila cakap macam ni. jadinya, kata ganti nama yang keempat ni memang bagus kalau kita betul betul nak menjaga bahasa kita. khususnya sesama jantina. lebih lebih lagi bagi kaum lelaki. orang kata, orang yang guna 'ana enta/enti' ni selalunya golongan yang islamik islamik ja.


apa apa pun, paling penting kita kena pandai adapt dengan situasi. jangan nak ikutkan sangat kata hati sendiri. kasihani mereka yang tak seberapa nak biasa guna semua kata ganti nama diri. tak salah kalau kita cuba adaptasi diri kita menggunakan kata ganti diri yang dia gunakan. orang kata, at least, cuba lah sedikit raikan dia. okay?
*ini aku tujukan khas untuk sesetengah golongan lelaki yang berkeras untuk membalas 'kau aku' dekat perempuan yang guna 'saya awak' dengan sopan santunnya*

sekian sahaja. moga moga tiada siapa yang terguris.

selamat selamat selamat!

Alif Lam Lam Ha.



"........Allah Allah Allah..........."


orang kata tak logik kalau zikir beribu ribu satu hari.

kenapa pulak?

salah ke kita agungkan Maha Pencipta.

selagi mana jantung kita berdegup, biarkanla ia berdegup dengan mengingati nama tuhan yang mencipta sekalian ini.


back to basic.

ayuh..



*siri tarbiah diri yang laghah kebelakangan ini. astaghfirullahaladzim.

Friday, March 4, 2011

5 bad things about fever.



5 bad things you should know about fever since many people usually take it for granted.

1. explosion temperature of our body may impairs neurological and respiratory system.

2. Our heart beat increase as our body temperature raises. People with heart diseases may be highly affected by this increasing heart work load.

3. Damage in *hypothalamus can cause temperature turning dangerously high which may cause other side effects.

4. If you're pregnant, you might meet up some complications.

5. Fever over 106 Fahrenheit ( 41.1 degree celcius) requires emergency care.


in addition, we should know that infanst under 3 months of age have difficulity in regulating temperature that may cause high fevers. It's highly advisable to take best care of the infants when they get fever.



*hypothalamus -a compartment of our brain in function of regulating our body temperature.