Sunday, January 31, 2010

They're coming.


31/1/2010
Queen Alia Airport, Amman, Jordan
7.30 p.m-8.30 p.m










InsyaAllah they'll arrive here in Jordan safely.
aminn.


p/s: they're coming for a vacation! ahlan wasahlan ya habibi!

Saturday, January 30, 2010

bila semua orang keluar Irbid.



Minggu ini minggu cuti.
Semua orang berebut rebut nak pergi bercuti.
Ramai yang dah ada destinasi
cuma tiket belum beli
ni yang buat aku rasa sunyi
bila terkenang nasib sendiri
tak pergi mesir, syria, ataupun turki
pilih untuk tinggal lihalli
"hoyt korang mana pergii?"
ulya and the geng pegi mesir 31st January ni
nuo and the housmates dah takde pagi pagi lagi
umah faiq dan naim katanya nak pergi turki
yang lain semua macam fifty fifty
nak pergi ke tanak pergi
ikot kawan takpun ikotkan hati
"mungkin depa ada plan sendiri"
mungkin boleh jadi
entah entah nak saving utk kursus nanti
kursus ape pula ni?
dengar cite macam kursus beristeri.
really?
ya habibii..
janganlah nak sembunyi sembunyi
berita gembira yang patut dikongsi
kalau nak buat nasi beriani
jangan lupa ajak orang disni
"ehh mane pigi ??!!"
oh ye ni pasai cuti
okieee.
yang pasti
rindu pasti aku nanti
so, sahabati sahabati yang kukasihi
jaga diri nanti
agar dapat jumpe lpas habis cuti
same same berjuang kembali!


"Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami"




sekiann.








P/S: kursus beristeri-Kahwin

Friday, January 29, 2010

Aku pantang kena puji.






"Manusia ni Pantang Kena puji"


betul ke manusia ni pantang kena puji?


"Pantang cam orang lepas bersalin tu ke"

bukan, bukan, bukan.
:))
pantang yang dimaksud kan disini ialah,
Manusia ni tak boleh dipuji, bila kena puji je mula lah kembang hidung.


"Aik, Kembang hidung pun salahh?,"


-_-"

bukan kembang hidung,
dia mksudkan ialah
Bangga

gmba hiasan.

"okay, abes tu? salahke dengan bangga?"

tak salah pun,
cumanya bangga tak tentu pasal,
last2 tumpas juga.


"kalau camtuh orang len takleh puji kita la eh?"

eehh.. tak juga.
tak semua yang bile kena puji, bangga, and then tumpas.

"macam mana yang tak smua tu?"

herm.
kalau yang tumpas tu, camni sequence dia

kena puji-->bangga -->tumpas

kalau orang yang tak tumpas plak, sequence die camni.

kena puji-->bangga-->berjaya


"haihh, same je sequence dia kecuali ending msng2?"


memang la same,
sabau le dlu,,,
adohayy..
tak abes explain lagi.
yang part bangga tu ada perbezaan sebenarnya.
yakni;

bangga utk orang yang tumpas adalah untuk dirinya sendiri semata-mata
Lain kata, bila orang puji, dia makin puji2 lagi diri dia.
tak semestinya depan orang lain.
kadang2 kata hati sendiri pun dah cukup utk kita TERpuji lebih2 diri sendiri.
Na'udzubillah.


Bangga bagi orang yang berjaya pulak adalah bukan semata-mata untuk dirinya sahaja.
Lain kata, bila orang puji, dia bukan puji diri dia. tapi dia puji Allah.
walaupun orang tu puji dia, dia buat macam yang dia tak kena puji pun.
Dia akan senyum dan bertahmid bebanyak dalam hatinya.
Dia umpama memantulkan pujian2 itu dekat Allah.
Baginya, pujian itu sememangnya hanya layak untuk Allah sahaja.
masyaAllah.


"ooo, maksudnya kita takleh puji diri kita SAHAJA je lah kalau kita kene puji?"


boleh je. Itu pun kalau kita nak jadi orang yang tertumpas.
mana la tau dah boring sngat dengan nikmat .
tapi ada ke orang macam tu?
ermmm..
itu namanya kufur nikmat
Na'udzubillah.


"Tapi camne plak eh orang yang bangga dengan diri dia sendiri bila kena puji,
tapi dia still tak tumpas2?"

ohh.. itu maksud Allah nak uji dia.
Allah suka uji hamba-Nya
Ujian tu tak semuanya pahit,
ada je yang manis;
macm pujian!

"OooO"

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya!

mari kita sama-sama renungkan ayat suci ni,


Dan (ingatlah juga), tatkala tuhan mu mema’lumkan :
‘’ Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih.’’ (Ibrahim : 7).


pendek cerita,

Walauapapun yang berlaku,



SEGALA PUJI BAGI ALLAH!

p/s: Ya Allah, Sesungguhnya hamba-Mu ini ingin sandarkan segala pujian kepada-Mu sahaja. amin





Wednesday, January 13, 2010

Doa.







“ Dan Tuhamnu berfirman: “ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

....

Pernah dengar tak

'Doa itu Senjata Mukmin'

Wow, hebat tak Islam? tak perlu bomb, m-16, bazooka, pedang, or etc
untuk adakan senjata.
Dengan Doa je kita dah boleh buat jd senjata.
Tapi, sedar tak,
Sesenjata Doa bagi orang mukmin pun, orang islam masih gagal untuk mempertahankan Islam itu sendiri.

Agak agak kenapa ye?

Tak payah pergi jauh la.
Tanya diri sendiri
berapa kerap kita berdoa satu hari?
anda boleh kata

"Aku lepas Solat, aku doa tau"

yela yela.
saya tau.
Tapi itu anda,
bukan semua macam anda.
Lepas bg salam afta solat je,
pooop!
bangun teghus.
Tak doa papepun.

...

Kalau ye pun anda doa utk stiap 5 solat fardhu
anda rasa rasa, dah ckup ke nak buat jadi senjata
Bayangkan
Anda nak perang, tapi anda ada 5 senjata je;
bomb, pistol biasa ,pisau , shot gun, m-16
(maaf saya tatau sangat bab2 senjata ni)
Lepas tu, tibe2 sume peluru habis
(peluru siket je ade)
tinggal pisau je yang ada.
agak agak boleh ke anda survive.
kalau survive pun tgk nasib la gak.

So, same la dengan doa.
Kalau nak banyak senjata, banyakkanlah doa.

...

byk benefit doa disamping sebagai senjata,

Doa dapat delete balik dosa dosa kita
Doa dapat buat kita rasa yang Allah sentiasa bersama kita
Doa dapat tenangkan fikiran yang serabut
Doa dapat motivate diri kita yang tengah daunt
Doa juga dapat pelihara kita dari buat dosa memanjang.
:)

*banyak lagi sebenarnya*

....

Yang sedih nya lagi
orang Islam sekrang dah terbalik

'Senjata itu Doa Mukmin'

Sesetengah orang guna senjata katanya
untuk menentang kemungkaran
untuk memartabatkan Islam
untuk membanteras 'permainan' terhadap Islam
itu kata merekalah.

Kata saya,
Zaman sekrang ni,
kita tak perlukan senjata sebgai doa untuk memperjuangkan Islam
tapi kita perlu
Doa sebagai senjata
Yang semakin orang ramai abaikan kepentingannya.

*Merujuk kes Pembakaran Gereja di Malaysia*

kenapa buat macam tu?
bukannya boleh menang pun dengan buat keje hina macam tu.
Sekadar menconteng arang dekat muka umat Islam adalahh!

*mood: GERAMM!!!*

....

bagi yang rasa putus asa dalam berdoa
baca kisah ni


Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah bertanya kepada Jibril
"Wahai Jibril! Apakah hamba-Ku berdoa kepada-Ku?"
Jibril pun menjawab,
"Ya"
Allah bertanya lagi,
"Apakah ia menghiba kepadaku dalam meminta?
Jibril menjawab,
"Ya"
Maka Allah berfirman,
" Wahai Jibril, Tangguhkanlah (pengabulan) permintaan hamba-Ku, sebab Aku suka mendengar suaranya"

...

mari kita same2 muhsbah diri utk perbanyakkan doa kalau kita taknak jadi orang angkuh yang akhirnya dicampak kedalam neraka.
Na'udzubillahi min zallik.
Ingat, doa tak smesti nya lpas solat je.
byk lagi waktu mstjab berdoa. bleh tgk dkat cni.
nak list2 doa? tgk dkat cni
selamat beramal!





p/s: Allah faham semua bahasa. tak perlu sangat nak doa dalam bahasa arab kalau tatau. :) He's The Creator of every single thing!

Friday, January 8, 2010

belum terlambat.





Surah Al-'Araf -Ayat 34

Maksud Ayat:

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu, ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun"

صدق الله العظيم




Mari kita sama-sama renungkan ayat di atas.
Persoalannya? bilakah ajal kita?
boleh jadi lepas anda baca post ni anda 'pergi'?
takpun lepas sj saya buat new post ni jgak, sy pun akan 'pergi'?
tak mustahil bukan?
ingat,
kita tak dapat menangguh mahupun mempercepat ajal kita
walau sedetik pun
melainkan Allah dah tetapkan dekat lauh mahfuz,
apa lagi?
dah cukup ke amal ibdat kita selama ni?
dah cukup yakin ke kita akan masuk syurga?
confident ke nak jawab soklan2 yang malaikat bagi nanti?
are you ready to 'go'?
kalau belum, amik sejadah, pergi solat taubat sekrang. istighfar byk2
bykn amal ibdat, jauhkan perkara2 berdosa,
insyaAllah kite lebih bersedia kalau kite sentiasa dalam keadaan begitu.
Ingat, beribadatlah seolah-olah anda akan mati esok..
Selamat Sedar!



" Di kesempatan ini saya nak pohon maaf kepada kalian semua
teman2, sahabt2, kawan2, senior2, junior2, hamba2 Allah sekalian
yang mengenali saya.
Tidak lupe juga kepada ahli keluarga tercinta,
mama n babah,
abg,
kak jah
naqib
nawfal,
Sekiranya seblum ni
diriku pernah
tersalah kata,
tersilap laku
sampaikan lukakan hati kalian semua.
saya nak mintak2 maap sangat2
atas kelemhan diri sy sndiri tu,
Dan bagi mana2 pihak yang ingin membuat sebranng tuntutan
hutang ke, brng2 yang dpnjam ke, etc
boleh la bgtau saya ye.
sy tanak tersekat dkat 'laluan' nanti.
insyaAllah.
wallah'alam"




p/s: andai aku pergi dulu sebelum mu,
pinta ku pada mu,
bertaubatlah!
sebelum terlambat.

Friday, January 1, 2010

azam 2010




!! اهلا وسهلا


2010


Orang kata kalau nak set azam, jangan letak banyak banyak
nanti tak tercapai pulak,
Jadi, kali ini, saya meletakkan satu azam besar saya
bagi tahun baru ini
iaitu:-


LEBIHKAN BERFIKIR DARIPADA BERCAKAP

Mungkin ada yang tertanya tanya

"awat azam hang pelik semacm?"

yela, mungkin ad orang masih anggap bnde ni remeh.
namun
tidak lagi bagi saya

kenapa?


keranaa
Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata,

Sesiapa banyak cakapnya, maka banyaklah salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah sifat malunya. Sesiapa yang sedikit sifat malunya, maka sedikitlah sifat waraknya dan sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka telah matilah hatinya.

So, harap-harap kalian semua jelas dengan kata-kata beliau ini.

استغفرالله العظيم

saya tekad untuk berubah!

insyaAllah

"Ya Allah, jadikanlah tahun baruku ini lebih baik daripada tahun sebelumnya"
aminn~




p/s: tanak hati mati lagi.