Gaza turns hell?
Israeli are heartless ?
boycott McD, Starbucks?
these topics often appears in the media recently.
"apasal lah dunia zaman sekarang ni?
asyik-asyik perang.
Dunia ni macam dah tak selamat lagi.
memang betul dunia nak kiamat"
itu merupakan antara rintihan yang sering kita luahkan mahupun kita dengari daripada bibir orang lain.
Saya pernah dengar yang antara petanda kiamat ialah dunia ni akan menjadi kacau bilau. Sebab tu lah orang zaman sekarang ni selalu menggunakan modal "dunia nak kiamat dah,"
apabila berlakunya kejadian-kejadian yang luar jangkaan.
Bagi sayalah, kiamat tuh sesuatu yang sungguh abstrak kerana hanya Allah sahaja yang tahu bila tarikh mahupun waktunya yang spesifik. Sedangkan Para Rasul dan Anbiya' sendiri tidak dapat meramal serta memberitahu tentang tarikh berlakunya kiamat. Rasul dan anbiya' diutuskan ke muka bumi ini adalah untuk menyebarkan agama Allah dan memberi peringatan kepada manusia sekalian bahawa kiamat akan muncul suatu ketika nanti.
Kalau kita perasan, orang zaman sekarang ni pandai cakap sahaja tapi tindakannya tiada. Sebagai contoh, baru-baru ni apabila Gaza diserang oleh Zionis Lakhnatullah. Semua orang merungut,
"Jahat betul lah Israel nie"
"Memang yahudi ni kepala batu"
"ksian nya orang palestin, tak de rumah, tak de keluarga, tak de makanan"
Namun, rungutan yang kita keluarkan itu sebenarya tidak membawa erti apa-apa sekiranya kita berterusan mengatakan hal yang sama tanpa bertindak.
bertindak?
apa yang patut kita lakukan ya?
Bagi sayalah, isu tindakan yang paling common orang ambil sekarang ialah dengan memboycott barangan-barangan keluaran US dan Israel.
Saya tahu, itu merupakan cara yang terbaik bagi menyekat pembangunan ekonomi mereka yang sebelum ini memonopoli seluruh dunia.
Tetapi pernah tak kita terfikir yang sebenarnya, peperangan yang tercetus di Gaza tu ada memiliki mesejnya yang tersendiri oleh Allah SWT.
Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab dan musababnya di muka bumi ini.
Selalunya orang akan mengganggap bahawa perkara yang tidak diingini yang wujud dalam kehidupan seharian kita ini sebagai satu malapetaka hidup.
Bagi saya, setiap kejadian ada hikmahnya walaupun kejadian itu berbentuk keburukan.
Peperangan di Gaza ialah seruan kepada kita semua Umat Islam untuk bersatu dan kembali ke landasan yang benar.
Perpecahan yang kita alami selama ini merupakan faktor utama kita mudah tewas di tangan musuh walaupun dari segi kuantiti kita menang.
Perpaduan berlandaskan Sistem Persaudaraan yang diamalkan ketika zaman Para Sahabat dan Nabi dulu adalah antara pemangkin utama Agama Islam menjadi Gah di serata dunia suata ketika dahulu.
Malangnya, perpaduan yang kita miliki dahulu tidak mampu lagi dicapai lagi pada zaman yang serba moden ini.
Hal ini dapat dikaitkan dengan sikap dan sifat sesetengah muslimin dan muslimat yang terlalu materialistik dan indivualistik.
Semangat saling mencintai antara sama lain kerana Allah sudah diabaikan dan kita lebih mengutamakan cinta kita kepada kekayaan, pangkat dan keluarga.
Sebenarnya, kita perlu rasa beruntung dan bersyukur kerana Islam menolak diskriminasi.
Islam menetapkan bahawa setiap penganutnya adalah saudara tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa.
Dengan kebebasan yang diberikan oleh Islam dalam hal ini sebenarnya memudahkan lagi kita untuk membentuk ummah yang mantap dan maju serta berupaya menewaskan musuh-musuh kita yang lain
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Sejak kecil lagi kita sering dengar peribahasa ni dalam buku cerita.
Walaupun ayatnya seperti untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah,
namun konteks yang ingin dibawa oleh peribahasa ini sangat besar.
Oleh itu, sebagai seorang mukmin sejati.
Kita perlu tahu dan berusaha untuk memupuk dan menjalinkan ukhuwah antara kaum muslimin yang lain.
Segala persengketaan yang berpuncakan harta, mahupun pangkat perlu diketepikan
Selagi mana kita sama-sama berpegang teguh dengan Al Quran dan As Sunnah,
kita tetap saudara.
Seorang saudara sudah tentu tidak sanggup untuk melukakan hati saudaranya yang lain.
Kita juga tahu bahawa perasaan cinta antara kaum muslimin sangat mustahak bagi memiliki semula kekuatan Ummah dan Islam.
Selain itu, iman seseorang itu juga tidak akan sempurna sekiranya dia gagal untuk mencintai saudaranya semata-mata kerana Allah SWT.
Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu.
Hapuskan perasaan dengki, buruk sangka, riak, takbur, 'ujub dan segala penyakit hati
yang mampu merosakkan ukhuwah kita.
Sembuhkan hati kita dengan sifat-sifat mahmudah
agar diri kita tidak tergelincir lagi dalam perpecahan dan persengkataan.
Sekian.
Wallahu'alam.
3 comments:
oh NAJIB ,
Ya ALLAH,
best sungguh ayat kau.
bagus sungguh pengolahan kau tentang isu hangat dunia kali ini.
sangat teruja bila dibaca.
tingkatkan lagi NAJIB :D
mira oh mira
terima kasih atas dorongn dan tnjuk ajar yg dberii
tq sesangtt
nxt post?
emm.
insyaAllah
nantikan
thnnxx sesangttt2
wah.relax bang.smua ade rintihan sendiri.tpiii!!saya sgt bersetuju dgn knapa perang itu terjdi...perpaduan muslim;)sme jwap saya n juga cousin sya;)
Post a Comment