Thursday, October 4, 2012

Hidup ini kena pandai gamble.



Pengalaman hari ini buat bertambah semangat lagi untuk 'gamble' sahaja dalam hidup ini.

Kadangkala kita hidup terlalu takut dengan kesalahan, yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa manfaat kepada kita, malahan kerugian yang nyata.

Dr Ziad hari ini banyak marah aku dalam lab. Tetapi aku tabahkan diri untuk menghadap beliau dengan pertanyaan, cuba melapangkan dada bersangka baik dengan guru yang kelihatan bengis sentiasa.

Apabila dimarah, aku cuba mencari nilai keilmuan yang aku boleh pelajari dalam diam.

Aku memaksa diri untuk berinteraksi dengan beliau, walaupun dibalas dengan muka yang tawar senyuman. Kalau nak ikutkan hati yang keras ini, memang biaq pi lah doktor tu.

Cuma bila teringat dengan azam  baru aku untuk buat 'relationship' yang baik dengan guru, bagi mendapat keberkatan ilmu. Aku paksa segalanya.

Aku masih cuba menganalisis karakter, insan unik seperti Dr Ziad ini.

Segarang-garang beliau, beliau juga yang tolong aku ambil first impression untuk both arches bagi patient aku.


Dekat dunia ini, banyak benda yang kita nampak buruk, ada nilai positifnya jika kita selidik.


Moga terus tabah. Terima kasih Abu Muhammad sebab sudi datang, memudahkan tugasanku sebagai pelajar dentist tahun 4.

1 comment:

Wanita Besi Jambu said...

as salam najib. tempat kita sama sekarang. cuma alin di tempat kerja di kementerian pertahanan. memang menguji kesabaran. dan perlukan ketabahan dan kecekalan hati. hati sering basah dikala malam. namun Allah tu kan ada bukan? moga kita terus tabah. semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. inshaAllah. salam perjuangan teman! :))

always think, be , do POSITIVE.