Saturday, April 7, 2012

cinta, kahwin dan segala.

Rugi sungguh rasanya kalau hari-hari kita dipeningkan tentang soal jodoh.

Cinta dan kahwin jadi zikir harian perbualan bersama teman.
Facebook dan blog dipenuhi dengan kata-kata jiwang yang mengeksploitasi kata-kata tuhan
menghalalkan segala topik percintaan.

aku bukan nak melawan fitrah. cuma rasa rimas kadang-kadang bila asyik nak cakap pasal cinta sahaja.

aku pun ada perasaan juga. dan juga pandai simpan perasaan. aku pun ada juga orang yang aku berkenan. tapi aku cuba belajar untuk simpan.

Aku akui, aku pernah lalui, tapi sekarang dah resign, cuma tak mustahil kalau buat lagi,
mohon jauh, seriously
hari-hari aku fikir siapalah akan aku buat isteri,
kalau boleh nak solehah yang taat suami.

Lama-lama aku mula rasa menyampah,
Apa punya diri ini begitu gelabah
Jiwa diselubungi dengan perasaan resah tak tentu arah,
Mengharapkan ditemukan dengan muslimah.



lawak rasanya.



Jangan disia-siakan jiwa muda ini,

Allah hantar kita dibumi ini bukan hanya untuk bercinta semata-mata.
Bukan ke Allah harapkan kita untuk jadi khalifah dunia?


banyak lagi benda kita kena fikir, selain cinta.
kalau dah tak boleh sangat, kahwin je lah okay?

:)

6 comments:

Anonymous said...

Benar, khalifah dunia..
Bila dah sampai masanya nanti terus fikir untuk kawen, x perlu pening kepala nk bercouple segala bagai lama2, bertahun2 buang masa..huu

Hattarazian said...

Manthaps :)

Mn Salam said...

heeee~ :)

Abdul Munir Sanusi said...

Macam iklan TV Al-Hijrah. Cinta Allah, cinta Rasul, cinta masjid. Banyak kalau boleh nak reka pasal cinta nih.

Najib Daud said...

Kopiah_alrazi, setuju kata bro. Apaapapun, saya tetap menanti kad jemputan dari bro dahulu. :)

Hatta Razian, terima kasih! :)

Salam Abdullah, double heeee~ :)

Abdul Munir Sanusi, malang nya byk2 cinta, cinta manusia juga yang diutamakan . herm.

Anonymous said...

Nice one . Thanks