tersentap sekejap tadi lepas maghrib dekat masjid.
selalunya aku akan terus bangkit pulang ke rumah lepas tamat baca doa. Meninggalkan segala kuliah yang ada di dalam masjid.
Tapi kali ini aku terduduk sebentar. Sehinggalah kuliah maghrib bermula.

Alang-alang aku cuba ringankan jiwa dan telinga untuk dengar.
Kuliah hari ini tentang bab Istinjak lebih kurang. Aku gagal memahami dengan jelas. Aku lihat ramai orang mengerumuni syeikh dihadapan berbekalkan kitab masing-masing di tangan.

Tidak kurang, seorang junior melewati aku dari belakang. Belajar di universiti yang sama. Bidang pergigian juga tak silapnya.
Tersentap aku tengok dia juga pegang kitab tersebut.
" Aku yang dah 2 tahun ini pun tak pernah bersungguh nak bawak kitab pergi masjid dengar kuliah "
terima kasih adik sebab sentapkan hati abang yang keras ni dik.
Kadangkala aku tergelak sendirian sepanjang mendengar kuliah tersebut. Ada juga syeikh buat lawak.
tapi kebanyakannya, aku tergelak sebab aku macam tak percaya yang aku faham apa yang syeikh tu cakap.
bukan takjub dengan diri sendiri.
Cerita Lama
Aku takjub dengan aturan Allah. Aku pernah benci bahasa arab. Aku mogok dekat family dulu masa sekolah dekat SMKA untuk keluar.
Semata-mata untuk lari dari ' bahasa arab '.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Dengan harapan dapat lari bila dapat tawaran masuk SBP, akhirnya aku dikejutkan dengan kenyataan bahawa aku terpaksa mengambil juga 'bahasa arab' ini.

aku tak pernah A dalam peperiksaan. Selalu sahaja gagal. Boleh kata muka aku ni stok orang geng-geng tak thiqoh yang tak suka bahasa arab.
baik menengah rendah mahupun menengah tinggi.
Namun dipendekkan cerita, atas berkat usaha dan doa cikgu, keluarga serta semua.
Aku dapat A dalam PMR dan SPM.
tak pernah aku jangka. Allah bagi aku kuasa untuk rasa mudah disaat-saat akhir peperiksaan.

Alhamdulillah.
Cerita Baru
Sekarang aku berada di Jordan. Sebuah negara arab yang mempunyai loghat arab yang tersendiri serta tidak banyak lari dari Arab fushah.
Di sini, aku baru mula nampak. Apa yang belajar semenjak 8 tahun dahulu.
boleh kata, aku sekarang sangat suka Bahasa Arab.
Saban hari, aku berusaha belajar untuk menguasai bahasa arab ammi di sini.
Adik yang bukak kitab sebelah aku masa maghrib tadi, sedikit sebanyak berjaya menjentik hati aku untuk berusaha mempelajari fushah.
dengan bahasa, kita boleh selongkar banyak dunia.
tolong doakan aku dapat isteri yang boleh berbahasa arab. :)

4 comments:
nak jugak isteri yg boleh berbahasa arab :D
hoho~ ur story about arabic sme la..penah benci arb, tp skunk dh ske..
nak suami yang boleh berbahasa arab. :) insyaAllah..
apa yang paling penting, memahami al-Quran dan as-Sunnah yang berbahasa arab...
Post a Comment