Monday, March 23, 2009

Sekapur Sirih

Assalamualaikum.
Saya rasa belum terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan penghargaan kepada kalian semua berikutan kejayaan saya dalam SPM 2008.
Alhamdulillah, dengan kuasa Yang Maha Esa, saya telah ditakdirkan untuk mendapat 11A1 dalam SPM saya buat kali pertama dan akhirnya (ade ke orang seat spm dua kali?)

Bagi saya, 11A1 yang saya dapat itu bukanlah untuk diri saya. Malahan saya tujukan ia khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, adik-beradik yang tersayang, guru-guru yang terhormat, serta teman-teman yang terbaik yang selama ini tidak pernah berhenti daripada memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang perjuangan saya. Pohonan doa yang tidak pernah putus pada setiap waktu juga telah membawa keberkataan yang kabir atas usaha saya selama ini.

Untuk pengetahuan kalian semua,mereka yang dibawah ini sangat banyak memberi sokongan kepada saya selama ini:-
1. My Lovely Parents

Mohd Daud bin Kasmuni, Sharifah Noranita binti Syed Hussin

"babah tak dapt wariskan harta untuk anak-anak babah, cukuplah sekadar ilmu yang ada"
Mohd Daud bin Kasmuni

-quotes ini telah memberi 1001 makna bagi saya dan adik-beradik saya yang lain.

2. My Lovely siblings


Najah,Nawfal,Nabil,Naqib
(4 N)

"tak sia-sia aku ngn kak jah brainwash kau dulu"
Wan Muhammad Nabil

-quotes itu sangt mendalam bagiku.
hahaha
thanx eh abg n kak jahh.
nwfal n naqb too.
^_^

3. My Lovely Teachers.

guru-guru saya ialah mereka yang berpakaian baju batik tuh.

"hopefully tahun depan muka awak plak naik pentas"
Puan Amiza Adnan

-Quotes ni sngt saya ingt sampi sekrang. Masa tuh, ada majlis penyampaian hadiah untuk pelajar form 5 2007 yang cemerlang dalam SPM.
Ketika itu, saya hanya menjadi seorang CAMERAMAN.hee~
Sejak daripada itu, semangat saya terus BERKOBAR-KOBAR untuk naik pentas pada tahun 2009 kelak.

4.My Lovely Seniors,


"form 4 bukan honeymoon time"
Nazim Abdul Rahim

-quotes ni ialah milik abang dorm saya ketika saya form 3 dan beliau merupakan pelajar form 5 sewaktu itu. Quotes ini telah menyebabkan saya sudah mula belajar bersungguh ketika saya form 4 lagi.
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang kata begitu
Hampir kesemua senior saya yang memberi peringatan seperti itu
saya rasa kalau mereka tak pesan mcm tu dkat saya dulu
mungkin saya masih bermadukasih lagi sampai sekrang
hehe..
papepun,
seniors tought me a lotttttt of things.
they build my maturity
thnx 4 da advces n sprts guys.
:D
5. My Lovely Friends.

0408 boys


0408 girls

"Genius is nonsense"
Amir Ariff

-Quotes ini telah disebutkan oleh teman kamarku, Amir Ariff, Walaupun beliau tidak menetap di kamar 17. Namun aku masih mengganggap dia sebagai teman kamarku (weh,dormmate ek.jgn pk laen.ish3)
Bagi saya, saya bukanlah seorang yang genius kerana saya tidak pernah mendapat tempat dalam ranking TOP TEN selama ini.
Pencapaian yang saya dapt ini mungkin berkat usaha dan doa saya selama ini.
Alhamdulillah
6. My Lovely Juniors.


"kitorang akan sentiasa doakan kejayaan abang-abang semua"
adik-adik form one 2008

-banyak-banyak quotes drpd junior sy, sy rasa saya dapat ingat yang ini je.
saya tidak bermaksud yang junior lain tidak membantu. Cuma ini sahaja yang saya dapt ingt.
hee~.
Namun saya rasa sungguh terharu apabila saya cuba mengingati semula kenangan-kenangan manis serta pahit bersama junior-junior mahupun lelaki atau perempuan yang selama ini jarang-jarang (bukan tak pernah yeahh ;p) menjadi 'troublemaker' dalam kehidupan saya sepnjang saya bersekolah di sana.
Kepada yang pernah menjadi 'troublemaker', saya juga ingin mengucapkan terima kasih diatas trouble yang anda pernah buat kerana dengan trouble-trouble itu, saya juga telah berusaha untuk mengukuhkan inner-strength saya.
thnxx guyss
^_^

7. seorang KAWAN saya,

dia telah membuatkanku memalingkan diriku daripada kancah percintaan di sekolah
terima kasih saya ucapkan.



Akhir kata, saya harapkan doa-doa kalian untuk my next step pulaa. Kejayaan SPM bukan SEGALA-GALANYA. Quotes ini telah menghantui fikiran saya sekarang.
Tetapi saya percaya Quotes ini juga bakal memangkinkan semangt saya untuk menghadapi pusingan yang seterusnya. Next new post, InsyaAllah saya akan menceritakan tentang MY NEXT PLAN.
Sekian.
Wassalam