Sunday, August 30, 2009

Ya Zalameyh.

Orang kata istilah 'kawan' dan 'sahabat' tak sama, dua-dua ad maksud yg berbeza.
Orang kata 'sahabat' lagi berharga,tapi 'kawan' harga biasa,
Orang kata 'sahabat' ialah BFForeva, tapi 'kawan' ada masa-masanya,

Bagi saya sendiri, 'kawan' dan 'sahabat' takde bezanya. Kedua-duanya SAMA SAHAJA. Saya ada kawan, saya ada sahabat, semua kawan saya ialah sahabat, semua sahabat saya ialah kawan. Susah betullah kalau ade perbezaan 'kasta' tentang persahabatan ni.

Selalunya, kalau orang tanya saya, "Najib, sape bestfriend kau eh?"
dengan selambanya saya akan jawab.

"sory la weh, aku takde bestfriend"

Nampak macam teruk kan bila saya jwab mcm tu. Tapi sebenarnye saya ade alasan yang tersendiri untuk saya jwb mcm tu.

"...Semua kawan aku, aku anggap as bestfriend aku.."

Bagi saya, semua kawan yang saya kenal dekat dunia ni alhamdulillah semuanya yang TERBAIK untuk saya. Bestfriend tu kan maksud nya 'kawan yang terbaik'. Kalau kawan-kawan saya ni tak yang terbaik, tentu dorang atau anda tak dapat kawan dengan saya bukan? Bukan sebab saya terbaik tetapi saya yakin bahawa Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk saya.
KAWAN-KAWAN JAHAT KAU TU PUN TERBAIK KE?

Kawan-kawan jahat? saya tak kawan dengan orang jahat lah! kawan-kawan nakal ade laa. Nakal is inequal to Jahat. Sesetengah orang selalu membuat anggapan yang salah. Asal die nampak cam nakal je, mesti die dilabelkan jahat. kalau orang tu jahat, dah lame dah saya tak kawan dgn dia. Dah tentu saya akan menjauhkan diri daripada dia.

Dalam persahabatan, sepatutnya tiada DISKRIMNASI. Apa yang dimaksudkan dengan DISKRIMINASI oleh saya ialah satu usaha yang wujud secara tidak langsung dalam melahirkan PUAK YANG BERBILANG. Saya bagi satu contoh,


Di satu tempat, ada sorang bdak yang saya gelar Si A dan seorang budak lagi sy gelar Si B. Si A ni sorang budak yang baik, pandai, serta soleh. Si B plak seorang budak yang nakal, pandai serta bese2 je la. Si B sngat tidak suka dgn Si A disebbkan Si A ni baik dan soleh. Dalam kepala si B ni, kawan-kawan die hanya bagi mereka yang nakal, pandai dan bese2 je cam die je (spesis die je). Die takleh terima orang asing mcm Si A sebgai kawan dia. Si A plak berusaha untuk mendekati Si B atas dasar nk kawan n cuba utk bantu Si B. Namun, Si B plak buat sebaliknya.
Akhirnya, Si A bergaul dgn orang cam Si A je. Smntra tu, Si B dengan geng2 die je.


Korang nampak tak situasi tu? realitinya ia memang berlaku. Takpun Vice versa. Yang baik tanak kwan ngn yang nakal pun ade. bagaimana mane lah boleh jadi camni kan? tepuk dada, tanya diri.


Pada pendpat saya, sy lebih selesa untuk rapat dengan semua orang. Sebab ape? sebab kita dapat belajar semua perkara. Baik, buruk, bersih, kotor, cantik, buruk dan etc. Kita dah besar. kita ada akal. Kita ade iman. kita ada Allah. kita mntak la dkat Allah untuk sentiasa pelihara kita dari perkara yang tak elok. Tapi kita still perlu tahu juga ape benda2 'buruk' tu. Bukan untuk tambah dosa. Malahan, hanya sekadar mengambil iktibar sahaja.

Dalam persahabtan juga, saya juga sering 'marah' diri saya untuk tidak buruk sangka dan iri hati. Buruk sangka dan iri hati ni sebenarnya 2 bende yang kronik sngt2 dalam persahabtan. dua2 benda sbenarnya ni hanya mainan nafsu n syaitan utk pecah2kan anak Adam. Prasan tak korang, Kadang2 orang tu buat baik je kita pk die nak menunjuk (riak). Kdng2 bila orang tu buat benda mcm tak elok je, kita pk bdak tu jahat la. Ade je tak kena padahal niat orang tu baik. Padahal orang tu belum dpt hidayah lagi. Kita dok maki je tanpa doa dkat Allah agar die dpt petunjuk ke Jalan benar. Sedar tak??lemah betul kan kita ni? *astaghfirullah

Kesimpulan yang boleh saya bagi, saya anggap semua kawan saya sama saje. Semuanya yang terbaik. Biasala tu kalau ade kurang2 sket tu. Takkan kurang2 sket je kita dah anggap die salah. Kadangkala kita pun salah jugak. Bukannya kita nak pun kan? itu memang kelemhan yang Allah kurniakan untuk semua orang. Kelemhan itu dapat ditangani dengan adanya kawan yang dpat tgur. Kalu memlih kawan, dah tentu kelmhan kita takde sapa yang nk betulkan sbb msng2 ade klemhan yang same. Tapi berhati-hati jugaklah, pastikan diri kita tidak terpengaruh dgn kenakalan rakan2 kita. Terpengaruh dgn kebaikan mereka takpe. Kenakalan tu kne tapis2 la jgak supya tak over2 smpi mengatasi kebaikan diri kita sndiri. Skian.





masa dekat SBPIS dluu. rindu beb korangg.



kawn-kawn dkat kampung halaman.
(shah ALam)

ni yang the latest.
my class MEJ 1 dgn Ustzah Fatahiyah (our mommy) dkat INTEC
all of us insyaAllah nk gi jordan 12 n 14 septmbr ni



KEPADA KAWAN-KAWAN LAIN JANGAN AMIK HATI YE KALAU GAMBAR KORANG TAKDE. GAMBA KORANG AKU SEMAT DALAM HATI!

p/s: sorry for being quite sentimental.



glossary: Ya Zalameyh(arab ammiah jordan)- wahai teman/saudara!

4 comments:

asy said...

slm ziarah..
wa..hebat bt0l cra k0 menafsir istlh kwn ek..sggh kgum dgn pndgn k0..t'haru rsenya..
ak d0akn mg k0 sntsa success n d0akn ak n rkn2 len g2 jgk..
btw, tq najib..!!

eka said...

semoga bjaya dunia dan akhirat :)

aizie said...

najib,even jarang dapat jumpa n sembang2, but i'm glad to hv u as my frens. hehe, harap2 dpt jumpa b4ko fly. haha. gonna miss u alot la najib. sedih seyh.
pas ko awi plak hurm~

ihsanalhakim said...

wah. skrg abg najib dkt mna?
lama xdgr crta? mnyepi sdah?