“Jordan?”
“Naa..”
“United Kingdom?”
“Naa..”
“Mesir?”
“Naaa..”
“Habis??!”
“
India sudehhh”
Kenapa post kali ini saya bagi tajuk INDIA?'
“Najib, kau takde tajuk lain ke haa?”
“TAKDEEE,”
Memangpun. Saya dah takde tajuk lain dah untuk new post.
Yang ada pun INDIA je.
“Kenapa dengan INDIA?”
InsyaAllah. Saya akan menyambung pengajian saya di India dalam masa 2 tahun akan datang.
“2 tahun? Asal lambat naww.”
Ouhh. Saya kena buat International Baccalaratte dulu la. Dekat Kolej MARA Seremban. “Ape kejadah nya itu International Baccalaratte??” International Baccalaratte itu ialah IB. IB ialah sejenis diploma. Tapi peringkat antarabangsa punyaa! (tak silap saya lah )
“Bukan kau cakap nak pergi Jordan ke dulu?”
Haha.tak kata nak pergi.Bercita-cita aje.Namun takdir menentukan untuk saya belajar di India.
“Kesian kau ye dapat india jee”
Eh, kenapa plak nak kesian? Dah cukup baik dah MARA bagi saya peluang untuk pergi India.Alhamdulillah hirobbil’alamin.
“Apa yang special sangat pasal India ni Najib?”
Entahlah.yang saya tahu Universiti-universiti dekat sana menyediakan kemudahan yang bagus-bagus belaka. Tidak hairanlah jika mereka mampu menghasilkan graduan graduan yang hebat belaka.
“Apa harapan kau kalau dapat pergi India nanti?”
Dapat sesuaikan diri di sana. Moga-moga dapat belajar dengan cemerlang yang mungkin. Tidak lupa dapat memperluas segala ilmu di dada ini. InsyaAllah.
“Tapikan Najib, kau tak jeles ke dengan kawan-kawan yang lain dapat pergi Mesir lah,
Jordan lah, UK lah, Australia lah, Russia lah..dan macam macam lagi”Haaa? Takdenye nak jeles la. Rezeki masing masing lah. Yang ADA HIKMAHNYA. Allah SWT sentiasa merancang yang terbaik untuk kita walaupun kita tak pernah terfikir akan menjalani seperti mana yang telah Allah tetapkan. Secara jujurnya, saya hanya JELES dengan kawan kawan saya yang dah masuk kolej, matriks, persediaan, atau apa apa jela. Mereka semua masuk awal. Saya je belum lagi..Tapi takpe insyaAllah ini pun ada hikmahnya.
“Apa perasaan kau bila dapat tahu yang kau akan pergi India?”
SHOCKED. Haha. P/S:
Saya harap segala persoalan yang muncul dalam hati kalian berkaitan masa hadapan saya dalam pembelajaran saya sudah terjawab berdasarkan post saya kali ini. Untuk pengetahuan semua, masa hadapan saya untuk berada di India tu sebenarnya belum CONFIRM lagi kerana saya perlu menamatkan pengajian IB saya dahulu selama 2 tahun. Saya mengharapkan ihsan daripada kalian semua untuk mendoakan agar saya dapat menamatkan IB saya secemerlang yang mungkin.Insya Allah. Sekian. Wasalam.