Monday, April 16, 2012

Kenapa saya tidak berjemaah?


" kau ikut jemaah apa? "


" herm. aku rancang untuk freelance dahulu. mungkin nantilah kot aku pilih "


" Kau tak takut ke? Hidup kita ni tak lama"


" Errr.."


Begitulah perbualan yang mampu saya kongsi, diantara saya dan teman lama saya di laman facebook.


Saya terkejut dengan pernyataan teman tersebut, sambil ketawa sinis memikirkan kewujudan mentaliti sebeginian rupa. Sampaikan saya persoalkan pada diri saya sendiri " Apakah aku ini berdosa tidak mengikut mana-mana Jemaah? "


Saya tidak menyalahkan kawan yang bertanya itu, barangkali beliau bimbang dengan kondisi saya sebagai seorang sahabat. Sebagai kepastian untuk sentiasa di dalam zon 'keimanan', beliau mencadangkan saya untuk berjemaah.


Namun, sebenarnya saya mempunyai hujah yang sendiri yang menyebabkan saya sampai sekarang tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan mana-mana jemaah.




Keluarga
Dibesarkan dalam keluarga biasa, yang mempraktiskan Islam dalam keadaan moderate, menekankan soal-soal asas tentang solat, puasa, zikir dan selawat, saya membesar dengannya.


Alhamdulillah, walaupun dengan penekanan soal-soal asas itu, saya dan adik-beradik saya yang lain mampu menghayati Islam.


Saya akui, ibu dan ayah saya bukan seperti ibu bapa kalian yang mempunyai jemaah dan fikrah tertentu.


Kepelbagaian Jemaah dakwah di Malaysia ini merupakan satu perkara yang sangat 'ghoreeb' untuk saya. Lebih-lebih lagi, apabila dihantar untuk belajar ke timur tengah.


Pernah sekali dahulu, saya berasa iri hati dengan kawan-kawan yang mempunyai keluarga yang berlatarbelakangkan berjemaah. Pada pemikiran saya ketika itu, untungnya mereka dapat menikmati kehidupan yang dipenuhi dengan dakwah dan tarbiyyah semenjak kecil hingga lah sekarang. Maklumlah, bila ada jemaah ini, orang sekeliling pun baik-baik belaka. Kawan-kawan mak ayah pun yang jenis alim-alim sahaja. Sekolah pun, sekolah Islamik.


Mak dan Ayah saya 'dakwah dan tarbiyyah' sahaja anak-anak mereka. Namun tidak lah sehebat keluarga-keluarga yang ada jemaah.


Akan tetapi, saya percaya Allah SWT sentiasa rancang yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.


Kini, saya rasa bersyukur juga sebab dilahirkan dalam keluarga yang sebegini, tidak berjemaah.


Kenapa? nanti saya akan jawap di akhir kata.


Apa itu Jemaah?
Berdasarkan pemahaman saya, jemaah ini merupakan satu gerakan dakwah yang bergerak membentuk masyarakat muslim yang benar-benar memahami, mengamali, serta menghayati segala suruhan dan larangan Allah.


Dalam erti kata lain 'Melahirkan masyarakat yang benar-benar mempraktiskan Islam dalam segenap aspek kehidupan' (Kalau silap mungkin boleh betulkan)


Saya mempunyai sebilangan kawan yang berjemaah. Malahan, saya turut pernah serta bersama dalam program-program mereka sewaktu ketika dahulu.


Usrah, qiam,ceramah, majlis makan-makan, semuanya pernah saya lalui.


Saya begitu seronok sekali dengan biah yang cuba diwujudkan. Perbincangan diantara ahli jemaah, jarang-jarang sekali berkaitan benda-benda yang tidak berfaedah. Usaha saling memperingatkan itu menjadi amalan rutin agar tidak mudah tergelincir, futur dengan dunia yang penuh permainan ini.


Segala gerak kerja dakwah yang dilaksanakan begitu sistematik sekali. Boleh kata dari A sampai ke Z, perancangannnya semua digariskan dengan mantap sekali.


Saya benar-benar takjub keberkesanan usaha geng-geng jemaah ini dalam mentransformasikan sebahagian kenalan saya.


Yang dahulunya, sebelum ini kelihatan hidup tak tentu arah, identitinya bercelaru melata, solatnya kurang dijaga, Quran entah kemana,di facebook pun yang dipostnya lagha sahaja.


Tapi kini, sungguh berbeza, hidupnya kelihatan jelas bermatlamat, solatnya dijaga penuh rapi, Quran pula dibawa ke mana pergi, facebook? tak usah bilang. hampir setiap inci post yang dikeluarkannya berbentuk zikr ilahi.


Masya Allah. Masya Allah. MasyaAllah.


Sekali lagi, saya begitu kagum. Diri ini pun rasa tercabar kadangkala. Manakan tidak, diri ni pulak rasa tak mampu nak jadi sehebat si teman yang sudah berubah itu.


Bergaduh
" Serabut lah nak buat banyak-banyak jemaah. Duduk dekat satu bumbung dah lah. Islam kan satu. tak perlu lah nak dipecah-pecah kan "
seorang teman merungut kepada saya.


" Masing-masing ada cara dakwah masing-masing.Lain orang, lain methodnya.Matlamat semua sama, nak sebarkan Islam. "
Saya cuba menjawab


" Kalau nak berbeza method dakwah pun. tak perlu lah sampai nak bergaduh-gaduh antara satu sama lain "
Balas temanku.


Saya terdiam sebentar kerana saya tahu ada benarnya kata-kata beliau.




Isu pergaduhan (baca: perselisihan faham ) dalam kalangan jemaah-jemaah dakwah ini, bukanlah sesuatu yang boleh disorok-sorokkan lagi. Dengan kemajuan teknologi sekarang yang begitu hebat seperti facebook, twitter, dan blog, memudahkan lagi orang ramai untuk mengakses pelbagai isu yang berlaku. Tidak terkecuali isu pergaduhan yang ingin referkan ini.


Saya rasa malu sendiri, bila terbaca sekian-sekian orang memaki hamun sekian-sekian jemaah di alam maya. Macam-macam kata kesat yang dilontarkan, memuaskan emosi yang terpendam.
Walaupun saya tahu golongan ini hanya minoriti sahaja, jiwa saya tetap sayu apabila memikirkan malapetaka yang berlaku dalam dunia para pendakwah sendiri.


Saya pernah cuba bertanya kepada kenalan saya yang terlibat dengan jemaah tentang isu ini, responnya seperti cuba menafikan bahawa perkara-perkara ini tidak berlaku.


Saya percaya, mungkin beliau sendiri merupakan antara pihak berkecuali dalam isu-isu seperti ini kerana sepertimana yang saya katakan tadi, sebahagian sahaja daripada mereka yang misbehave. Walauapa pun, ia tetap jelik untuk dilihat dalam sesuatu jemaah itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Kalau ditanya sebab apakah punca pergaduhan ini semua, saya akan jawab puncanya adalah taksub


Taksub
Setiap jemaah mempunyai metodologi dan perancangan tertentu untuk ahli-ahli mereka sendiri.
Perbezaan metodologi yang dibawa, menyebabkan lahirnya pelbagai aliran jemaah yang berbeza.
Hakikatnya, semua jemaah mempunyai matlamat yang sama, iaitu memartabatkan agama Allah.


Saya rasa kasihan, apabila melihat seseorang itu, apabila dia begitu taksub dengan ideologinya sendiri. Taksub yang saya maksudkan ini ialah menganggap idea dia sahaja yang betul, yang berhak diperjuangkan, manakala idea orang lain yang tak sama dengan dia, dia kata 'biaq pi lah'


Ketaksuban ini jarang berlaku dengan orang yang betul-betul faham tentang apa yang dia bawa. Namun, ketaksuban ini selalunya berlaku bila orang itu kurang jelas dengan asas perjuangannya.


Kalau kita cuba perhatikan sejarah tokoh-tokoh pengasas empat mazhab utama fiqh umat Islam yang berakidah Ahlul Sunnah Wal jamaah, pernah kah kita belajar yang Imam -Imam besar ini bergaduh antara satu sama lain, dek tidak persefahaman.


Imam Syafie RA yang mengasaskan Mazhab Syafie itu sendiri, berguru dengan Imam Malik RA ,pengasas Mazhab Maliki.


tak pernah pulak dengan Imam Syafie RA menentang Imam Malik RA kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya walaupun kita tahu yang mazhab syafie dan mazhab maliki berbeza kandungannya.


Tapi zaman sekarang ini pula, orang sibuk mengkafirkan orang lain, mengatakan mazhab dia yang betul. mazhab orang lain salah.


Walhal, tuan pengasas mazhab tak pernah pula menyalahkan pengasas-pengasas mazhab yang lain.


Orang seperti ini yang saya gelarkan 'Taksub'


Berbalik kepada perbincangan tadi, saya berpendapat bahawa isu pergaduhan jemaah ini sebenarnya berpunca daripada golongan-golongan yang taksub.


Golongan-golongan taksub inilah yang mempunyai keraguan dalam pemahaman mereka terhadap konsep perjuangan sesuatu jemaah itu.


Saya ragu-ragu (tak bermaksud 'tak percaya 100%'), bila ada orang kata yang ada jemaah itu, mempunyai agenda yang tersendiri, dan bukan untuk berdakwah semata-mata.


Bukan apa, kerana saya yakin, sekiranya sesebuah golongan itu mampu mengubah kehidupan seseorang hamba yang dahulunya jauh dengan Allah, kepada kehidupan yang akrab dengan Allah, mana mungkin golongan itu, golongan yang sesat, dan jahat.


Malangnya, sesuatu jemaah itu tidak mampu lari dari kewujudan golongan-golongan taksub ini dalam perjuangan mereka yang mungkin boleh diistilahkan sebagai duri dalam daging.


Orang yang berprinsip tidak boleh disamakan dengan orang yang taksub.


Orang yang berprinsip dia faham apa yang dia bawa, dan juga boleh menerima apa yang orang lain bawa, tanpa mengubah prinsip asal yang dibawa.


Orang yang taksub dia bajet faham apa yang dia bawa, dan begitu sukar menerima apa yang orang lain bawa, kononnya takut menggugat ketaksubannya.


Salah siapa?
Masalah kewujudan golongan-golongan yang taksub, ini sebenarnya tidak boleh disalahkan seratus peratus pada diri mereka sendiri.


Boleh jadi, orang yang dah cukup faham itu sendiri juga bersalah.


Kenapa pula saya katakan begitu?


Saya cuba bawakan satu analogi mudah.


" Sejak kecil lagi, Sarah minat memasak. Dalam keluarga Sarah, sudah menjadi kebiasaan, kalau nak masak tumis, bawang putih dimasukkan dahulu sebelum bawang merah. Maknya tak pernah cerita pun kenapa bawang putih didahulukan sebelum bawang merah, Sarah pun ikut sajalah. Setiap masakan yang memerlukan tumis, Sarah akan mengikut resepi kebiasaan keluarganya. Semua masakan yang Sarah buat guna resipi maknya, mesti rasa sedap. Satu hari, ditakdirkan Sarah perlu masak dirumah kawannya sebab ada majlis keramaian. Ally, kawan Sarah, dan juga tuan empunya rumah memantau masakan Sarah. Ketika nak buat tumis, disaat Sarah nak masukkan bawang putih dahulu, Ally menegur kepelikan. Kata Ally, dia tak pernah tengok orang masa tumis masukkan bawang dahulu, dan kalau boleh dia tak nak macam tu. takut tak sedap jadinya masakan itu. Ally pun cuba berdegil, malahan dia pula kata Ally yang pelik, sebab buat tumis campakkan bawang putih dan merah bersama-sama. Dipendekkan cerita, Sarah terus merajuk, meninggalkan Ally begitu sahaja"


Cuba kita ubah konteks analogi ini dengan mengumpamakan Sarah sebagai seorang mad'u, Ibunya pula sebagai seorang daei', Ally pula mad'u yang didakwah oleh daei' yang lain.


Pengajaran yang mungkin boleh kita ambil disini ialah, kesilapan seorang daei' dalam berdakwah kepada mad'unya boleh membawa malapetaka yang besar sekiranya tidak dibincangkan dakwah itu dalam skop yang lebih luas.


Kesilapan mak Sarah, yang tidak menerangkan kepada Sarah bahawa sebenarnya ada cara lain nak buat tumis, menyebabkan Sarah taksub dengan cara yang diajar oleh maknya itu. Adakah lebih indah, kalau mak Sarah beritahu awal-awal kepada Sarah


"Hakikatnya, banyak cara nak buat tumis. Apa yang mak buat, ini adalah favourite mak. Ikutlah Sarah nak ikut mana-mana yang Sarah selesa dan rasa sedap. Mak tak paksa "


Kalaulah Sarah tahu tentang hakikat ini, sudah tentu dia tidak akan bergaduh dengan Ally bukan?


Begitu juga dengan Mak Ally, yang mungkin juga boleh didakwa dalam masalah ini.


Walhal, tak kisah macam mana cara menumis pun, sebenarnya boleh je makan masakan itu.


Begitu juga dalam konteks memahamkan ahli jemaah tentang prinsip asas perjuangan jemaah.


Eksploitasi jiwa baru
Jangan dieksploitasi jiwa-jiwa yang baru sahaja mengenali cinta Allah dengan menekankan jiwa-jiwa ini untuk setia dengan ideologi jemaah kalian semata-mata.


Adakah lebih bagus, jika kalian bimbing mereka mengenal cinta Allah dengan lebih dalam dahulu, tanpa tergesa-gesa menyuntik ideologi kalian itu.


kasihinilah mereka.


Bukan apa, kadangkala agenda-agenda itu terlalu berat untuk mereka yang 'baru-baru' ini, Kelihatan sahaja mereka mampu membawa agenda tersebut, realitinya mereka belum cukup matang untuk memperjuangkan agenda sepertimana yang kalian faham. Kelak, akan membawa bala kepada jemaah kalian sendiri diatas ketaksuban mereka sendiri sepertimana yang telah berlaku pada Sarah.


Beri mereka ruang untuk faham Islam dengan lebih luas. Dedahkan mereka dengan variasi aliran yang ada, dan bukan menambat mereka pada aliran kalian sahaja.


Usah terlalu mudah mempertikaikan perjuangan orang lain seolah-olah perjuangan kalian yang terbaik. Takut nanti, mereka salah faham. Menentang perjuangan orang lain tidak tentu fasal. Akhirnya menconteng arang di muka jemaah sendiri gara-gara 'tidak cukup faham'.




Anyway, jijik sungguh sikap seorang pendakwah yang memburuk-burukkan pendakwah yang lain.


Akhir sekali setelah mereka suduh cukup faham, barulah ditanya, aliran apa yang kalian lebih cenderung?
bukankah itu yang lebih adil?


Kalian tak rugi, dia tak rugi, Jemaah lain tak rugi, lagi penting Islam sendiri tak rugi kalau kita lahirkan daei' yang betul-betul faham akan perjuangannya.


Diri ini
tiada jemaah, tidak bermaksud tiada fikrah.
Saya memilih untuk tidak berjemaah bukan kerana saya tidak berprinsip dalam kehidupan.
Saya cuba ingin memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali variasi aliran dakwah yang wujud di muka alam ini.


Fikrah saya setakat ini ialah untuk meraikan segala fikrah yang ada, tanpa mengikat diri pada satu fikrah sahaja.


Barangkali dengan pergaduhan yang berlaku, saya menjadi agak skeptik dengan mana-mana jemaah yang ada. Saya tahu sketip saya ini salah, tapi apa-apa pun kalian yang sepatutnya berusaha untuk membersihkan nama kalian sendiri, kalau tidak mahu orang lain skeptik.




Saya tidak menolak sebarang kebarangkalian bahawa diakhir waktu nanti, saya akan memilih untuk menyertai jemaah.


Cuma, orang macam saya perlukan masa.


Wallahu'alam.


Wasalam.

Saturday, April 7, 2012

cinta, kahwin dan segala.

Rugi sungguh rasanya kalau hari-hari kita dipeningkan tentang soal jodoh.

Cinta dan kahwin jadi zikir harian perbualan bersama teman.
Facebook dan blog dipenuhi dengan kata-kata jiwang yang mengeksploitasi kata-kata tuhan
menghalalkan segala topik percintaan.

aku bukan nak melawan fitrah. cuma rasa rimas kadang-kadang bila asyik nak cakap pasal cinta sahaja.

aku pun ada perasaan juga. dan juga pandai simpan perasaan. aku pun ada juga orang yang aku berkenan. tapi aku cuba belajar untuk simpan.

Aku akui, aku pernah lalui, tapi sekarang dah resign, cuma tak mustahil kalau buat lagi,
mohon jauh, seriously
hari-hari aku fikir siapalah akan aku buat isteri,
kalau boleh nak solehah yang taat suami.

Lama-lama aku mula rasa menyampah,
Apa punya diri ini begitu gelabah
Jiwa diselubungi dengan perasaan resah tak tentu arah,
Mengharapkan ditemukan dengan muslimah.



lawak rasanya.



Jangan disia-siakan jiwa muda ini,

Allah hantar kita dibumi ini bukan hanya untuk bercinta semata-mata.
Bukan ke Allah harapkan kita untuk jadi khalifah dunia?


banyak lagi benda kita kena fikir, selain cinta.
kalau dah tak boleh sangat, kahwin je lah okay?

:)