Thursday, November 24, 2011

Emosi.



jangan terlalu emosi. nanti orang ramai tak suka.

Kita ni kalau hidup dalam komuniti, tak boleh mudah-mudah nak benci orang, walaupun orang itu buat onar dengan kita.

Kalau nak diukur tahap keonaran orang tersebut dengan kita, memang betul kita betul dan orang itu salah. Tapi kan, tak bermakna kita boleh benci dia sesuka hati.

Kerana mulut badan binasa. Mama selalu pesan ayat ni masa kecil sebab dulu mulut tak pandai jaga, main cakap lepas ja.

Kita layak untuk marah. Tapi tak feel lah kalau semua benda kita nak 'marah' kan.

Dan jangan, sama sekali disebabkan kemarahan kita, kita cerita dekat orang lain pasal keburukan orang yang kita geram tu semata-mata nak lepaskan tension kita.

Tak baik gitu.

Ada cara yang lebih baik mungkin. Benda macam ni tak akan selesaikan masalah kalau kita sentiasa cakap belakang.


Dah besar panjang, sepatutnya dah cukup arif macam mana nak manage emosi 'kemarahan'.



Thursday, November 17, 2011

Actions speak louder than words.




" (Itu) Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan "

61:3



kita seringkali lupa bahawa setiap teguran atau ingatan kita kepada orang lain sebenarnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menegur dan mengingatkan kembali diri kita sendiri.

Ingatlah, selalunya kita sendiri yang akan teruji dengan kata-kata kita sendiri.

berhati-hatilah dengan kata-kata anda.


Friday, November 11, 2011

Adha 2011: Luar biasa.




Bila dah mula masuk syita' (Winter) ni, part yang paling saya suka ialah malamnya lama.

rasa gembira sangat bila tahu yang malam lama. Kadang-kadang bila dah sibuk dengan aktiviti harian waktu siang, sampai je waktu malam. tengok jam sambil kata,

" Oh malam masih muda "

time tu la katanya nak study. tapi tak study-study pun.

Adha

Rekod juga kali ini sebab dapat solat adha dari mula. Jujurnya, selalu lewat semenjak duduk di Jordan ini. Datang-datang je orang dah masuk rakaat kedua. Takpun dah tamat khutbah. Okay, itu masa first year. Rumah jauh. *ceh alasan.

Masjid Nuh Qudoh pada pagi raya, dipenuhi dengan gemerlapan warna-warni pakaian tradisional malayziyin.

dengan kain satinnya, dengan warna striking nya. macam-macam.

Tak tahu la orang arab rasa kagum ke tidak tengok pakaian orang Melayu. Bagi mereka, sampin yang orang kita pakai tu macam skirt.

tapi kalau kita, tengok macam segak dan stylo ja.


Open House

boleh kata kali ini lah raya paling meriah, banyak jemputan rumah terbuka yang diterima. diterima bukan secara direct. tak kisah lah. Janji ada sebab boleh datang, selagi mampu mengeratkan ukhuwah yang ada.

Rumah golongan mutazawwijeen menjadi tumpuan.

Tidak kurang juga dengan jemputan takbir raya di rumah seorang sahabat (baca: Akhawat ) di pagi raya setelah tamat solat sunat raya.

Boleh kata sehari suntuk, saya tak keluarkan seqursh pun dari poket saya untuk berbelanja hari ini.

seronok juga hidup bila makan free. tapi itulah, kita bukan biawak hidup yang perlu dikendong sepanjang masa.

Saya rasa lagi meriah adha saya di sini berbanding di Malaysia.



Melapah


Tahun ini berpeluang untuk menjadi Naqib PINTAR. Seperti biasa , semua PINTAR sudahpun ditetapkan giliran untuk melapah.

Secara jujurnya, tak pernah saya harapkan kehadiran anak pintar aku seratus peratus untuk datang melapah. Bukan sebab soal tiada 'trust'. Tetapi saya faham, bahawa sebagai ahli biasa, khususnya pelajar tahun pertama di sini, sudah tentu banyak komitmen lain yang perlu diutamakan, macam makan angin, jaulah batch, dan sebagainya dikala cuti begini.

tapi ini tidak, Naqib mana yang tak terharu bila tengok anak pintar nya datang dengan penuh bersungguh-sungguh dan penuh semangat, walaupun terpaksa tunggu sejam dua sebelum daging sampai.

Begitu juga dengan orang-orang lain, boleh kata mula sampai ke akhir. Ada saja orang yang melapah. Sampai ada yang melapah, tak berkira pun dengan tenaganya walaupun bukan giliran pintar nya. Dari pagi sampai petang, mukanya ja kita boleh nampak.

Tidak kurang, kehadiran senior yang kelapangan untuk turun melapah. Sungguh mengharukan kerana pada kebiasaannya, golongan senior ini memilih untuk bersara dari arena melapah memandangkan tenaga junior-junior dah cukup banyak. Ini tidak, mereka masih turun untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ahli PERMAI.

kagum dan tahniah semua.


Exam

Cuti kali ini merupakan cuti yang paling tidak tenang untuk saya, dan sahabat-sahabat dentist tahun 3 yang lain.

Setelah sekian lama berpuasa daripada 'exam', pada minggu depan, bermula lah semula perjuangan kami untuk bertarung dengan peperiksaan.

Dengan ini saya mengumumkan, bahawa saya akan menghidapi 'examitis' bermula dari 15 hb November ini sehinggalah ke 5 hb Disember ini. Semoga kalian semua tidak putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya dan rakan-rakan seperjuangan.

Memang payah nak study dalam keadaan orang lain semua tak study. Sebab itu kita memerlukan kekuatan.

Kekuatan untuk melawan nafsu yang menyuruh kita tidak study.


Harapan

Semoga kita dapat mengambil ibrah yang terbaik daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan anak baginda, Nabi Ismail AS sempena adha ini.

Bukan senang kita nak gadaikan sesuatu yang kita sayang/cinta/suka.

Sebab tu jangan terlalu mudah lekatkan hati dengan kemewahan dunia ini. Contoh paling mudah, bila kita terhilang barang kesayangan kita. Tengok tahap 'kegelabahan' kita macam mana.

Kalau kita tenang sahaja, solat boleh khusyuk lagi. Kehidupun lain tak terganggu. insyaAllah kuat lagi la iman kita tu. (usaha mencari tu tetaplah kena ada)

kalau kita tak tentu hala, macam mak hilang anak. terbantut segala urusan kehidupan. Alamatnya, mungkin kita ada masalah hati disitu. Banyak benda yang perlu dibaiki.

banyak kali dah lalui. selalu terkandas dekat situasi nombor dua. mari muhasabah diri.



Rumah Ustaz Tajul





Rumah Ustaz Fauzi Akmal Hamdan.
Bayt Muslim

sekian.