Thursday, September 24, 2009

Jordan

Assalamualaikum, Setelah sekian lama saya mendiamkan diri dari dunia blogging, hari ini terasa rindu pulak nak 'membisingkan diri'. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menyaji kalian semua dengan sajian post yang enak kali ini.

Saya pasti ramai diantara di teman-teman, sahabat handai, saudara mara serta sesiapa jela yang mengenali saya masih tersimpan persoalan mengenai keadaan saya sekrang setelah keberangkatan saya ke Bumi Anbiya' pada 12 September 2009.

Alhamdulillah, tup tap, dah hampir 13 hari saya meninggalkan Tanah Air saya demi meneruskan perjuangan saya di Jordan Sebenarnya kelas saya akan bermula pada 27/9 ni, namun disebabkan oleh placement test yang diadakan pada 15 September oleh pihak Universiti saya (Jordan University of Science and Technology), kami diterbangkan lebih awal bagi menduduki test tersebut. Dengan izin Allah, saya dpat lepas kedua-dua test tersbut ( IT test and English test). Tak hebat mane pun, janji lepas cut of point sudah laa. Alhamdulillah !! :)
Walaupun baru saja 2 minggu saya berada di Jordan, sayatelah diberi peluang oleh Allah SWT untuk membuat serba sedikit konklusi ringkas mengenai masyarakat di sini. Sama ada betul atau tidak, itu saya tak pasti, yang penting saya concludekan berdasarkan kata hati saya yang tak sebrapa ni.


JUST

Masyarakat Arab di Jordan ni ...
1. Hensem-hensem dan cantik-cantik.

2. Ramah orang-orangnya.(tgk keadaan gak laa)

3. Bergaya @ stylo habis.

4. Rajin solat jemaah dekat masjid (banding dekat malaysia)

5. Bawa kereta cekap (dekat kwsn prumah pn bawak 80 km/h)

6. Suka hon (mngkin hon dkat cni lagi sedap kot)

7. kureng sikit dalam bahasa inggeris (pemangkin bagi kami utk belajar arab ammi betul2 lagi)

depan 'apartment' kami.


8. Suka minum Pepsi/Coke/Mountain Dew (byk sgt jual dkat cni)

9. sush nk bezakan orang Melayu dan Orng Cina ( kbykn kami dpnggil 'sinii' takpun 'yabani'
yakni orang cina dan orang jepun.

10. Suka habiskan masa dekat kaki lima kedai (kalo kt mlysia ade Mid, Sunway, etc. Namun
bagi mereka ckup la sekadar kaki lima kedai-kedai sebagai tempat jalan-jalan)

11. Susah jugak nak tengok couple hangout bersama-sama. (Laki same laki, pmpuan same pmpuan je lepak)

12. Anak-anak kecil comel tetapi ganas.

budak-budak kecik arab yang ganas tapi comel.



13. agak kasar kalau nk dibandingkan orang Melayu (alhamdulillah)

14. Gunakan Lancer sebagai Teksi ( dah boring dh naik lancerr. :P)

15. Gune coaster dan takde bas (sbb jalan kecik je dkat cni)

16. Barang dekat cni agak mahal.(mana taknya afta shpping je. tak sah kalau tak convert duit RM, 1 Jordan Dinar= RM 4.90. Asik nyesal je kalau convert)

17. tak penting kan brand pakaian tapi pentingkan style je (Levi's kalah dengan jenama Straight.haha)

18. Jual bundle murah la jugak (sy beli kasut Levi's 5 JD je= RM 25)

19. Makanan sedap-sedap (boleh gemukkanbadan la jugak)

20. Budak-budak kecik dkat sini hisap rokok mcam hisap gula-gula dekat tepi jalan (bdak skola rndah mksud saya)


Saya rasa tu jela gambaran ringkas yang saya dapat bagi mengenai masyarakat di sini, Irbid, Jordan. Minta maaf la kalau salah ke apa, sebab ini hanya satu pandangan dari satu perspektif yakni mata hati saya. Ikut kalianlah nak nilai mana yang baik, mana yang buruk, yang penting kita patut bersykur atas kurniaan Allah dalam memberi peluang kepada kita untuk menjadi Rakyat Malaysia. Semua ada. Alhamdulillah kelengkapan serta kemudahan harian di Malaysia semua mencukupi. Cuba bayangkan kalau, Rapid KL, KTM, Monorel, KLIA Exprss, etc tak wujud. Kalian pasti mengeluh bukann?


So, Jadi marilah kita sama-sama menjadi hamba yng mensykuri segala nikmat yang Allah kurniakn samada ia baik ataupun buruk. Untuk menjadi mukmin yang sebenar-benar mukmin, kita perlu buangkan sikap sering merintih apabila ditimpa dugaan. Itupun kalau kita semua nk jadi seorang mukmin !

Sekian, Wasalam.





titipan tambahan: Jordan merupakan sebahagian daripada Negeri Syams yang mendapat limpahan barakah daripada Allah SWT. Banyak Mutiara ilmu yang tersimpan di sini. :)