Assalamualaikum
pilihanraya dah nak dekat.
semua orang sibuk meramal siapa yang akan naik. siapa yang tak akan naik.
dalam waktu yang sama, masing masing juga sibuk membuat perbandingan antara setiap calon untuk memilih calon yang terbaik.
jangan ingat ini kerja teknikal semata mata.
jangan main pangkah je nama tanpa melihat kemampuan calon itu tersendiri.
pengundi perlu bijak. bijak untuk memilih.
tahun depan bukan tahun yang mudah. ahli PERMAI sudah pastinya akan meningkat dengan mendadak.
bukan satu benda yang mudah untuk menguruskan ahli yang tersangatlah ramai.
aku dekat sini bukan nak berkempen. cuma nak menyeru untuk sama sama fikirkan.
pangkah lah siapa yang kalian rasa layak untuk dipangkah.
jangan tersalah pangkah sudah. ini melibatkan masa depan kita semua. fikir masak masak. jangan main pangkah saja sebab kita suka dia.
tak semestinya orang yang kita suka itu ialah orang yang berkemampuan.
boleh jadi kita menyeksa orang yang kita suka tu sekiranya dia naik dan tak mampu memimpin dengan baik.
nanti kita salah kan dia pula.
jangan bertindak kejam. memang susah nak buat pilihan.
setiap calon ada kurang dan lebihnya.
itu indahnya ciptaan Allah.
jangan fikir yang benda benda macam demokrasi macam ni tak perlu kita doa dekat Allah.
mari sama sama kita doa dekat Allah. kita minta petunjuk. buat solat hajat. buat solat istikharah.
agar dikurniakan petunjuk untuk mengundi siapa yang terbaik!
selamat mengundi semua!
sekian.
*please, ini bukan manifesto. harap maklum.